TVET MARA Ledang

TVET MARA Ledang Diploma Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan

Kolej Kemahiran Tinggi MARA Ledang merupakan institusi pengajian yang menawarkan program Diploma di bawah Bahagian Kemahiran & Teknikal yang merupakan milik penuh MAJLIS AMANAH RAKYAT.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Datoโ€™ Seri Zulfikri bin Osman, Ketua Pengarah MARA atas pengurniaan Darja...
16/07/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Datoโ€™ Seri Zulfikri bin Osman, Ketua Pengarah MARA atas pengurniaan Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (D.G.P.N) yang membawa gelaran Datoโ€™ Seri sempena Hari Ulang Tahun Ke-85 Tuan Yang Terutama Tun Datoโ€™ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang pada 14 Julai 2026.

Ikhlas daripada seluruh warga TVETMARA Ledang

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Dato' Seri Zulfikri bin Osman, Ketua Pengarah MARA atas pengurniaan Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (D.G.P.N) yang membawa gelaran Dato' Seri sempena Hari Ulang Tahun Ke-85 Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang pada 14 Julai 2026.

Ikhlas daripada Pengurusan Tertinggi serta seluruh warga MARA.








๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐——๐—œ ๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง๐— ๐—”๐—ฅ๐—” ๐—Ÿ๐—˜๐——๐—”๐—ก๐—š ๐—ž๐—œ๐—ก๐—œ ๐—Ÿ๐—˜๐—•๐—œ๐—› ๐— ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ฃ!๐Ÿš€๐Ÿฉบโ€‹14 Julai 2026 - Telah berlangsung satu sesi penyerahan sumbangan me...
15/07/2026

๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐——๐—œ ๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง๐— ๐—”๐—ฅ๐—” ๐—Ÿ๐—˜๐——๐—”๐—ก๐—š ๐—ž๐—œ๐—ก๐—œ ๐—Ÿ๐—˜๐—•๐—œ๐—› ๐— ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ฃ!๐Ÿš€๐Ÿฉบ

โ€‹14 Julai 2026 - Telah berlangsung satu sesi penyerahan sumbangan mesin bioperubatan daripada pihak Hospital Pakar An-Nur, Bangi kepada TVETMARA Ledang.

Sumbangan bermakna ini disaksikan sendiri oleh CEO Hospital An-Nur, Tuan Haji Mohd Husni bin Abdul Shukor kepada wakil TVETMARA Ledang, Ts. Dr. Norsyarizan bin Shahri.

โ€‹Alatan yang disumbangkan merangkumi pelbagai jenis mesin kritikal industri bioperubatan untuk kegunaan latihan amali pelajar, antaranya:

๐Ÿ”ฌ Peralatan Makmal (Laboratory)
๐Ÿฅ Peralatan Bilik Bedah (OT)
๐Ÿ“ธ Peralatan Diagnostik (Diagnostic)
๐Ÿ’Š Peralatan Terapeutik (Therapeutic)

โ€‹Sumbangan ini bukan sahaja meningkatkan kualiti pembelajaran _hands-on_ pelajar Bioperubatan di sini, malah memastikan mereka terus relevan bersama menerokai teknologi terkini yang digunapakai di hospital pakar.

Turut bersama lapan orang pelajar tahun akhir yang berpeluang melihat dan merasi sendiri pengalaman proses pengurusan aset bioperubatan di hospital pakar.

โ€‹Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Hospital Pakar An-Nur atas sokongan padu demi membangunkan modal insan yang mapan dan berdaya saing.

Semoga jalinan industri ini dapat membuka idea lebih luas bagi kolaborasi strategik bersama di masa akan datang. ๐Ÿคโœจ

โ€‹ PendidikanBiomedikal

๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—•๐—œ๐—ก๐—–๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—–๐—”๐——๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—”๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ฆ๐—ง๐—ฅ๐—”๐—ง๐—˜๐—š๐—œ๐—ž ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ก๐—œ๐—ข๐—ฆ๐—›13 Julai 2026 | NiOSH BangiTVETMARA Ledang telah mengadakan sesi ...
14/07/2026

๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—•๐—œ๐—ก๐—–๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—–๐—”๐——๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—”๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ฆ๐—ง๐—ฅ๐—”๐—ง๐—˜๐—š๐—œ๐—ž ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ก๐—œ๐—ข๐—ฆ๐—›

13 Julai 2026 | NiOSH Bangi

TVETMARA Ledang telah mengadakan sesi perbincangan bersama National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH) Bangi yang diwakili oleh Dr. Muhamad Ariff Bin Muhamad Noordin (Occupational Hearing Doctor - OHD) bagi membincangkan cadangan kerjasama strategik penubuhan Pusat Kecemerlangan Latihan Audiologi dan Pendengaran.

Perbincangan ini memfokuskan kepada potensi kerjasama dalam pembangunan pusat perkhidmatan, pelaksanaan latihan berasaskan industri (Work-Based Learning), perkongsian kepakaran serta pembangunan kompetensi pelajar dan pensyarah selaras dengan keperluan industri dan menyokong pembangunan modal insan berkompetensi tinggi ( Hi- TVET).

Delegasi TVETMARA Ledang turut dibawa melawat Makmal kalibrasi peralatan audiometri dan klinik OSH untuk tujuan rujukan dan penandaaras.

Kerjasama ini diharapkan dapat memperkukuh ekosistem TVET berteraskan industri serta menjadikan TVETMARA Ledang sebagai hab kecemerlangan dalam bidang teknologi kesihatan dan audiologi.

๐—Ÿ๐—ฒ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ถ๐˜€ ๐—Ÿ๐—ฒ๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ๐—ป๐—ด





๐—ž๐—จ๐—ฅ๐—ฆ๐—จ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—œ๐—๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—–๐—˜๐—ž๐—”๐—ฃ๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—˜๐—ก๐—ง๐—จ๐—ž๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—ง๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—›๐—”๐—ฃ ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ฆ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒTVETMARA Ledang telah berjaya menganjurk...
10/07/2026

๐—ž๐—จ๐—ฅ๐—ฆ๐—จ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—œ๐—๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—–๐—˜๐—ž๐—”๐—ฃ๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—˜๐—ก๐—ง๐—จ๐—ž๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—ง๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—›๐—”๐—ฃ ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ฆ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

TVETMARA Ledang telah berjaya menganjurkan Kursus Persijilan Kecekapan Dalam Penentukuran Peranti Perubatan Tahap Asas / Certification of Competency in Medical Device Calibration โ€“ Entry Level dengan kerjasama Institut Metrologi Kebangsaan Malaysia (NMIM), SIRIM Berhad.

Kursus ini telah berlangsung selama 4 hari bermula 29 Jun hingga 2 Julai 2026 melibatkan 17 orang siswa Young Talent Programme (YTP) MARA, Semester 4, Diploma Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan (Makmal).

Sepanjang kursus ini, para peserta telah didedahkan dengan pengetahuan teori dan latihan praktikal berkaitan asas penentukuran peranti perubatan, merangkumi:

โœ… Calibration Standard, Traceability and Accuracy
โœ… Regulatory Requirements berkaitan peranti perubatan
โœ… Calibration of Non-invasive Sphygmomanometer
โœ… Introduction to Temperature Measurement
โœ… Latihan hands-on penentukuran peralatan pengukuran suhu dan tekanan darah
โœ… Penilaian bertulis serta penilaian praktikal secara individu

Pelaksanaan kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kompetensi, kemahiran teknikal dan kefahaman siswa dalam bidang penentukuran peranti perubatan selaras dengan keperluan industri teknologi perubatan serta amalan pengukuran yang tepat dan berstandard.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah berjaya mengikuti kursus ini dengan penuh komitmen. Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh menjadi nilai tambah dalam melahirkan graduan TVETMARA yang kompeten, berdaya saing dan bersedia memenuhi keperluan industri.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak NMIM, SIRIM Berhad, tenaga pengajar, urus setia serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kursus ini.

TVETMARA Ledang terus komited memperkasa kemahiran teknikal siswa melalui latihan berimpak tinggi dan berorientasikan industri.





๐—ž๐—จ๐—ก๐—๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐— ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ฅ๐—”๐—› ๐—•๐—ž๐—ง ๐— ๐—”๐—ฅ๐—” & ๐——๐—˜๐—Ÿ๐—˜๐—š๐—”๐—ฆ๐—œ ๐— ๐—–๐—œ ๐—ž๐—˜ ๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง๐— ๐—”๐—ฅ๐—” ๐—Ÿ๐—˜๐——๐—”๐—ก๐—šTVETMARA Ledang berbesar hati menerima kunjungan Ir. ...
09/07/2026

๐—ž๐—จ๐—ก๐—๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐— ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ฅ๐—”๐—› ๐—•๐—ž๐—ง ๐— ๐—”๐—ฅ๐—” & ๐——๐—˜๐—Ÿ๐—˜๐—š๐—”๐—ฆ๐—œ ๐— ๐—–๐—œ ๐—ž๐—˜ ๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง๐— ๐—”๐—ฅ๐—” ๐—Ÿ๐—˜๐——๐—”๐—ก๐—š

TVETMARA Ledang berbesar hati menerima kunjungan Ir. Ts. Hj. Nuriman bin Yusop, Pengarah Bahagian Kemahiran dan Teknikal (BKT) MARA bersama delegasi Malaysia-China Institute (MCI) bagi meninjau pembangunan kompetensi, kemudahan latihan berteknologi tinggi serta inisiatif strategik yang dilaksanakan di institusi ini.

Delegasi turut melawat Dialysis Technical Excellence Centre (DTEC) dan Makmal Radiologi & Pengimejan bagi meninjau kemudahan latihan serta pembangunan kompetensi di TVETMARA Ledang.

Dalam lawatan tersebut, Ir. Ts. Hj. Nuriman bin Yusop turut menyampaikan Sijil Kompetensi kepada Jurutera Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berjaya menamatkan Latihan Kompetensi Peralatan Makmal anjuran THETA TVETMARA Ledang.

Kunjungan ini memperkukuh kerjasama strategik antara BKT MARA, MCI dan TVETMARA Ledang dalam memperkasa ekosistem TVET serta melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang memenuhi keperluan industri masa hadapan.

๐—Ÿ๐—ฒ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ถ๐˜€ ๐—Ÿ๐—ฒ๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ๐—ป๐—ด.

๐Ÿ“ข HARI KETIGA & PENUTUP | COMPETENCY IN LABORATORY DEVICES FOR INTRODUCTION TO MEDICAL LABORATORYAlhamdulillah, program ...
09/07/2026

๐Ÿ“ข HARI KETIGA & PENUTUP | COMPETENCY IN LABORATORY DEVICES FOR INTRODUCTION TO MEDICAL LABORATORY

Alhamdulillah, program Competency in Laboratory Devices for Introduction to Medical Laboratory telah berjaya melabuhkan tirainya selepas berlangsung selama tiga hari.

Pada hari terakhir, para peserta telah menduduki ujian bertulis dan ujian kompetensi praktikal secara individu bagi menilai tahap pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh sepanjang latihan. Keputusan penilaian akan dimaklumkan kepada peserta selepas disahkan oleh panel pakar dan pihak pengurusan.

Program diakhiri dengan Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil Tamat Latihan, yang telah disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Kemahiran dan Teknikal MARA, Ir. Ts. Hj. Nuriman Yusop, diiringi oleh Pengarah TVETMARA Ledang, En. Nurul Azmi Johari, serta barisan Timbalan Pengarah TVETMARA Ledang.

THETA TVETMARA Ledang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Bahagian Kemahiran dan Teknikal MARA, Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan, Kementerian Kesihatan Malaysia, MHAS Global, pihak pengurusan TVETMARA Ledang, para fasilitator dan semua peserta atas komitmen serta kerjasama yang diberikan sepanjang program.

Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam meningkatkan kompetensi pengurusan peralatan makmal perubatan. Diharapkan jalinan kerjasama antara TVETMARA Ledang dan Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan, KKM akan terus diperkukuhkan pada masa hadapan.

Empowering Competence. Inspiring Excellence.

๐Ÿ“ข HARI KEDUA | COMPETENCY IN LABORATORY DEVICES FOR INTRODUCTION TO MEDICAL LABORATORYHari Kedua program diteruskan deng...
08/07/2026

๐Ÿ“ข HARI KEDUA | COMPETENCY IN LABORATORY DEVICES FOR INTRODUCTION TO MEDICAL LABORATORY

Hari Kedua program diteruskan dengan sesi hands-on yang memberi peluang kepada para peserta duntuk mengenali dengan lebih dekat pelbagai peralatan makmal perubatan.

Melalui bimbingan para pensyarah THETA TVETMARA Ledang, peserta didedahkan kepada peralatan makmal yang digunakan dalam persekitaran hospital. Sesi praktikal ini membolehkan peserta mengaplikasikan teori yang dipelajari kepada situasi sebenar.

Pada sebelah petang, program diteruskan dengan lawatan industri ke Makmal KPJ Maharani Specialist Hospital, Muar. Lawatan ini memberi pendedahan secara langsung kepada peserta mengenai operasi makmal hospital, aliran kerja, penggunaan peralatan diagnostik serta amalan terbaik dalam pengurusan makmal.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada KPJ Maharani Specialist Hospital, Muar atas kesudian menerima kunjungan kami dan memberikan kerjasama yang amat baik dalam menjayakan program ini. Semoga jalinan kerjasama ini dapat diteruskan demi memperkukuh pembangunan kompetensi tenaga kerja bioperubatan negara.

Empowering Competence. Inspiring Excellence.

๐Ÿ“ข HARI PERTAMA BERJAYA DILAKSANAKAN!๐—–๐—ผ๐—บ๐—ฝ๐—ฒ๐˜๐—ฒ๐—ป๐—ฐ๐˜† ๐—ถ๐—ป ๐—Ÿ๐—ฎ๐—ฏ๐—ผ๐—ฟ๐—ฎ๐˜๐—ผ๐—ฟ๐˜† ๐——๐—ฒ๐˜ƒ๐—ถ๐—ฐ๐—ฒ๐˜€ ๐—ณ๐—ผ๐—ฟ ๐—œ๐—ป๐˜๐—ฟ๐—ผ๐—ฑ๐˜‚๐—ฐ๐˜๐—ถ๐—ผ๐—ป ๐˜๐—ผ ๐— ๐—ฒ๐—ฑ๐—ถ๐—ฐ๐—ฎ๐—น ๐—Ÿ๐—ฎ๐—ฏ๐—ผ๐—ฟ๐—ฎ๐˜๐—ผ๐—ฟ๐˜†Alhamdulillah...
07/07/2026

๐Ÿ“ข HARI PERTAMA BERJAYA DILAKSANAKAN!

๐—–๐—ผ๐—บ๐—ฝ๐—ฒ๐˜๐—ฒ๐—ป๐—ฐ๐˜† ๐—ถ๐—ป ๐—Ÿ๐—ฎ๐—ฏ๐—ผ๐—ฟ๐—ฎ๐˜๐—ผ๐—ฟ๐˜† ๐——๐—ฒ๐˜ƒ๐—ถ๐—ฐ๐—ฒ๐˜€ ๐—ณ๐—ผ๐—ฟ ๐—œ๐—ป๐˜๐—ฟ๐—ผ๐—ฑ๐˜‚๐—ฐ๐˜๐—ถ๐—ผ๐—ป ๐˜๐—ผ ๐— ๐—ฒ๐—ฑ๐—ถ๐—ฐ๐—ฎ๐—น ๐—Ÿ๐—ฎ๐—ฏ๐—ผ๐—ฟ๐—ฎ๐˜๐—ผ๐—ฟ๐˜†

Alhamdulillah, Hari Pertama program Competency in Laboratory Devices for Introduction to Medical Laboratory telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya di Makmal Hematologi, TVETMARA Ledang.

Program ini telah menghimpunkan para peserta daripada Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi meningkatkan kompetensi serta pemahaman berkaitan operasi makmal perubatan, teknologi makmal dan penyelenggaraan peralatan makmal perubatan.

Sepanjang sesi hari pertama, para peserta telah berjaya menamatkan pembelajaran sehingga Modul 3, yang merangkumi:
โœ… Modul 1: Introduction to Medical Laboratory
โœ… Modul 2: Laboratory Operations and Workflow
โœ… Modul 3: Laboratory Equipment and Technology

Sepanjang hari pertama, sesi perkongsian ilmu telah disampaikan oleh barisan tenaga pengajar berpengalaman daripada THETA TVETMARA Ledang, iaitu:

๐Ÿ‘จโ€๐Ÿซ Abdullah bin Abdul Rahman
๐Ÿ‘จโ€๐Ÿซ Abdul Samad bin Abdul Rahman
๐Ÿ‘จโ€๐Ÿซ Muhamad Hariz bin Hamid
๐Ÿ‘จโ€๐Ÿซ Mohamed Fadzli bin Ismail

Setiap pensyarah telah berkongsi kepakaran dalam bidang masing-masing bagi memberikan pendedahan menyeluruh kepada peserta mengenai operasi makmal perubatan, teknologi diagnostik, serta asas penyelenggaraan peralatan makmal.

Program kompetensi selama 3 hari ini dianjurkan melalui kerjasama strategik antara:

๐Ÿค THETA โ€“ Technical Expert Training Academy, TVETMARA Ledang
๐Ÿค MHAS Global
๐Ÿค Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan, Kementerian Kesihatan Malaysia

Kerjasama ini menjadi platform penting dalam memperkukuh kompetensi jurutera dan juruteknik bioperubatan negara agar sentiasa bersedia menghadapi perkembangan teknologi peralatan makmal perubatan yang semakin pesat.

Terima kasih kepada semua peserta atas komitmen dan penglibatan aktif sepanjang sesi hari pertama. Semoga perjalanan latihan bagi hari-hari berikutnya terus berjalan lancar dan memberi manfaat kepada semua.

Empowering Competence. Inspiring Excellence.

๐—œ๐—ž๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—š๐—จ๐—ฅ๐—จ ๐—ฆ๐—”๐— ๐—•๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ก (๐— ๐—”๐—ง๐—˜๐— ๐—”๐—ง๐—œ๐—ž) | ๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—”๐— ๐—”๐—ก๐—”๐—› ๐—ฅ๐—”๐—ž๐—ฌ๐—”๐—ง (๐— ๐—”๐—ฅ๐—”)Sukacita dimaklumkan bahawa TVETMARA Ledang, mempel...
06/07/2026

๐—œ๐—ž๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—š๐—จ๐—ฅ๐—จ ๐—ฆ๐—”๐— ๐—•๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ก (๐— ๐—”๐—ง๐—˜๐— ๐—”๐—ง๐—œ๐—ž) | ๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—”๐— ๐—”๐—ก๐—”๐—› ๐—ฅ๐—”๐—ž๐—ฌ๐—”๐—ง (๐— ๐—”๐—ฅ๐—”)

Sukacita dimaklumkan bahawa TVETMARA Ledang, mempelawa calon-calon warganegara Malaysia yang berkelayakan, dinamik, dan kompeten untuk mengisi kekosongan jawatan Guru Sambilan bagi subjek Matematik.

๐—š๐—ฎ๐—ท๐—ถ: ๐—ฅ๐— ๐Ÿญ๐Ÿฌ๐Ÿฌ.๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ
๐—ž๐—ฒ๐—ธ๐—ผ๐˜€๐—ผ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป: ๐Ÿญ ๐—ฃ๐—ผ๐˜€๐—ถ๐˜€๐—ถ
๐—Ÿ๐—ผ๐—ธ๐—ฎ๐˜€๐—ถ: ๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง๐— ๐—”๐—ฅ๐—” ๐—Ÿ๐—ฒ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป๐—ด, ๐—ง๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐—ธ ๐—๐—ผ๐—ต๐—ผ๐—ฟ

Cara Memohon:
Calon yang memenuhi syarat dikehendaki mengemukakan permohonan rasmi (๐™๐’†๐™จ๐’–๐™ข๐’†, ๐™จ๐’‚๐™ก๐’Š๐™ฃ๐’‚๐™ฃ ๐™ ๐’‚๐™™ ๐™ฅ๐’†๐™ฃ๐’ˆ๐™š๐’๐™–๐’๐™–๐’, ๐™จ๐’‚๐™ก๐’Š๐™ฃ๐’‚๐™ฃ ๐™จ๐’Š๐™Ÿ๐’Š๐™ก ๐™ก๐’‚๐™๐’Š๐™ง ๐™™๐’Š๐™จ๐’‚๐™๐’Œ๐™–๐’, ๐™™๐’‚๐™ฃ ๐™™๐’๐™ ๐’–๐™ข๐’†๐™ฃ ๐™จ๐’๐™ ๐’๐™ฃ๐’ˆ๐™–๐’) di alamat emel [email protected] atau secara serahan tangan kepada :

Pengarah
TVETMARA Ledang,
Serom 4 & 5, Jalan Serom - Bukit Gambir
Tangkak, Johor
๐Ÿ“ž No Tel: 06-975 6200

๐—ง๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ธ๐—ต ๐˜๐˜‚๐˜๐˜‚๐—ฝ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—บ๐—ผ๐—ต๐—ผ๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐Ÿญ๐Ÿฏ ๐—๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ. Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk sesi temu duga.

๐—Ÿ๐—ฒ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ถ๐˜€ ๐—Ÿ๐—ฒ๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ๐—ป๐—ด





06/07/2026

Address

Serom 4 & 5
Serom
84000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 05:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6069756200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when TVET MARA Ledang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share