SMA DARUL ULUM JOHOR

Call Directions Website Contact the school

SMA DARUL ULUM JOHOR Berilmu. Beramal. Bertaqwa Terletak di Ulu Serom 4, SMADU telah diasaskan pada tahun 1988 dan dikenali sebagai Madrasah Darul Ulum (Madus).

Pada awal penubuhan, sistem pendidikan SMADU adalah berteraskan sistem pondok. Namun sejajar dengan kemajuan bidang pendidikan negara, SMADU semakin mengorak langkah seiring dengan Sekolah-sekolah lain. Keistimewaannya, SMADU menawarkan Kurikulum Bidang Akademik (KBSM) dan Bidang Arab (Al-Azhar) serta aktiviti Ko-Kurikulum. Tahun 2012 menjadi sejarah apabila secara rasminya SMADU diambil alih oleh kerajaan pusat sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Semoga, SMADU menjadi lebih baik dari segi prestasi akademik, Ko-kurikulum dan dalam membina sahsiah para pelajarnya.

๐Ÿ“šโœจ SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SIB 2026 โœจ๐Ÿ“šBuat anak-anak Tingkatan Satu SMA Darul Ulum, selamat menduduki Peperiksaan ...
20/09/2026

๐Ÿ“šโœจ SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SIB 2026 โœจ๐Ÿ“š

Buat anak-anak Tingkatan Satu SMA Darul Ulum, selamat menduduki Peperiksaan Sijil Intensif Bahasa (SIB) yang akan berlangsung pada:

๐Ÿ“… 21 โ€“ 24 September 2026

Hadapilah peperiksaan dengan tenang, yakin dan bersungguh-sungguh.

Teruskan usaha, iringi dengan doa dan tawakal kepada Allah SWT. ๐Ÿคฒ๐Ÿป๐ŸŒŸ Usaha โ€ข Doa โ€ข Yakin โ€ข Berjaya ๐ŸŒŸ

ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ูˆูŽูู‘ูู‚ู’ู‡ูู…ู’ ูˆูŽุงูู’ุชูŽุญู’ ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ูู…ู’ ููุชููˆุญูŽ ุงู„ู’ุนูŽุงุฑููููŠู†ูŽ
ู…ุน ุงู„ุชู…ู†ูŠุงุช ุจุงู„ุชูˆููŠู‚ ูˆุงู„ู†ุฌุงุญ

Semoga dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kejayaan yang cemerlang. ๐Ÿ’™โœจ
Ikhlas daripada warga SMA Darul Ulum
๐ŸŒฟ Sahsiah Cemerlang, SMA Darul Ulum Terbilang ๐ŸŒฟ

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ SELAMAT HARI MALAYSIA 2026 โœจ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ16 September bukan sekadar tarikh dalam kalendar, tetapi lambang perpaduan, kebersamaa...
16/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ SELAMAT HARI MALAYSIA 2026 โœจ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

16 September bukan sekadar tarikh dalam kalendar, tetapi lambang perpaduan, kebersamaan dan semangat membina sebuah negara yang terus maju.

Semoga semangat Hari Malaysia terus menyatukan kita dalam menghargai kepelbagaian, memperkukuh perpaduan dan bersama-sama membina masa depan yang lebih gemilang untuk generasi akan datang.

๐Ÿ’™โค๏ธ๐Ÿค๐Ÿ’› Selamat Hari Malaysia!
Ikhlas daripada Sekolah Menengah Agama Darul Ulum (SMADU)







๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐ŸŒบ

๐Ÿ“šโœจ UJIAN LISAN SMA 2026 | TINGKATAN 4 โœจ๐Ÿ“šAlhamdulillah, bermulanya Ujian Lisan Sijil Menengah Agama (SMA) 2026 bagi murid...
13/09/2026

๐Ÿ“šโœจ UJIAN LISAN SMA 2026 | TINGKATAN 4 โœจ๐Ÿ“š
Alhamdulillah, bermulanya Ujian Lisan Sijil Menengah Agama (SMA) 2026 bagi murid Tingkatan 4 SMA Darul Ulum.

Semoga semua calon dapat menjawab dengan tenang, yakin dan lancar, serta memberikan yang terbaik sepanjang peperiksaan.

๐Ÿคฒ ู…ุน ุงู„ุชู…ู†ูŠุงุช ู„ูƒู… ุจุงู„ุชูˆููŠู‚ ูˆุงู„ู†ุฌุงุญ

โ€œUsaha dengan tekun, berdoa dengan penuh yakin, bertawakal kepada Allah.โ€

๐ŸŒŸ Selamat menduduki Ujian Lisan SMA 2026!
Ikhlas daripada seluruh warga SMA Darul Ulum.







29/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

31 Ogos 1957 โ€“ 31 Ogos 2026

Seluruh warga Sekolah Menengah Agama Darul Ulum (SMADU) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Marilah kita bersama-sama menghayati erti kemerdekaan dengan menyemai semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan serta terus memelihara keamanan dan keharmonian negara tercinta.

Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Merdeka! Merdeka! Merdeka! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

โ€œSahsiah Cemerlang, SMADU Terbilangโ€

๐ŸŒฟ SELAMAT MENDUDUKI UJIAN LISAN SPM 2026 ๐ŸŒฟ๐Ÿ“š Al-Adab Wa-Al-Balaghah (5405/2)Warga Sekolah Menengah Agama Darul Ulum mengu...
15/08/2026

๐ŸŒฟ SELAMAT MENDUDUKI UJIAN LISAN SPM 2026 ๐ŸŒฟ

๐Ÿ“š Al-Adab Wa-Al-Balaghah (5405/2)

Warga Sekolah Menengah Agama Darul Ulum mengucapkan selamat menduduki Ujian Lisan SPM kepada semua calon SPM 2026.

๐Ÿ“… 17 Ogos 2026 | Isnin

Semoga semua calon diberikan ketenangan, keyakinan, kelancaran dalam bertutur serta dipermudahkan menjawab setiap soalan.

๐Ÿคฒ ุจุงู„ุชูˆููŠู‚ ูˆุงู„ู†ุฌุงุญ ููŠ ุงู„ุงู…ุชุญุงู†

Semoga dikurniakan kejayaan yang cemerlang, ilmu yang bermanfaat dan keberkatan daripada Allah SWT.

โœจ Do your best, tawakkal and let Allah do the rest. โœจ

Sahsiah Cemerlang, SMADU Terbilang. ๐Ÿ’š๐Ÿ’›

DarulUlum

ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡๐Ÿ“ข JEMPUTAN KEPADA IBU BAPA / PENJAGAAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam ...
12/08/2026

ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡

๐Ÿ“ข JEMPUTAN KEPADA IBU BAPA / PENJAGA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Dengan segala hormatnya, ibu bapa/penjaga dijemput hadir ke Majlis Penyerahan PBD (Pentaksiran Bilik Darjah) bagi anak-anak.

๐Ÿ“… Tarikh: Jumaat, 14 Ogos 2026
โฐ Masa: 10.30 pagi
๐Ÿซ Tempat: Di kelas masing-masing

Kehadiran dan sokongan ibu bapa amatlah dihargai dalam membantu perkembangan serta pencapaian anak-anak.

๐Ÿค โ€œKerjasama Ibu Bapa, Kejayaan Anak.โ€

Semoga pertemuan ini menjadi ruang yang baik untuk kita bersama-sama membincangkan perkembangan pembelajaran, sahsiah dan pencapaian anak-anak.

๐Ÿ’™ Sahsiah Cemerlang, SMADU Terbilang ๐Ÿ’™

Terima kasih atas perhatian, kerjasama dan sokongan daripada semua ibu bapa/penjaga.

Sekolah Menengah Agama Darul Ulum

๐ŸŒฟ SELAMAT MENDUDUKI UJIAN LISAN SPM 2026 ๐ŸŒฟุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูฐู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู’ู…ูSelamat menduduki Ujian Lisan SPM 2026 bua...
10/08/2026

๐ŸŒฟ SELAMAT MENDUDUKI UJIAN LISAN SPM 2026 ๐ŸŒฟ
ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูฐู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู’ู…ู

Selamat menduduki Ujian Lisan SPM 2026 buat semua calon SPM, khususnya bagi mata pelajaran Manahij al-โ€˜Ulum al-Islamiah (5404/2) yang akan berlangsung pada 10 Ogos 2026.

๐Ÿคฒ Semoga Allah SWT memberikan ketenangan hati, kelancaran tutur bicara, keyakinan diri serta memudahkan setiap jawapan yang disampaikan.

โœจ Buat yang terbaik, yakin dengan usaha dan doa.

Setiap usaha yang ikhlas pasti ada nilainya di sisi Allah SWT.Semoga dikurniakan kejayaan yang cemerlang dan diredai Allah.

๐ŸŒธ All the best, calon SPM 2026! ๐ŸŒธ






Selamat Maju Jaya, Ustazah Afiqah ๐ŸŒธSetinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Ustazah Afiqah a...
02/08/2026

Selamat Maju Jaya, Ustazah Afiqah ๐ŸŒธ

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Ustazah Afiqah atas segala jasa, pengorbanan dan kasih sayang yang dicurahkan sepanjang berkhidmat sebagai Warden Aspuri.

Segala keikhlasan dan pengorbanan ustazah pasti akan sentiasa dikenang.

Semoga setiap langkah selepas ini dipermudahkan oleh Allah SWT, dikurniakan kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah, kebahagiaan serta kejayaan yang berpanjangan. Moga segala bakti yang telah dicurahkan menjadi amal soleh yang berterusan dan diberi ganjaran sebaik-baiknya di sisi Allah SWT.

Terima kasih atas segala kenangan dan jasa. Selamat maju jaya, Ustazah Afiqah. Semoga Allah sentiasa memelihara dan memberkati setiap langkah kehidupan ustazah. ๐Ÿค

KARNIVAL STEM GENERASI MADANI DAERAH TANGKAKPertandingan Bridge BuildingHari: Selasa dan Rabu (14โ€“15 Julai 2026)Tempat: ...
02/08/2026

KARNIVAL STEM GENERASI MADANI DAERAH TANGKAK

Pertandingan Bridge Building

Hari: Selasa dan Rabu (14โ€“15 Julai 2026)
Tempat: SMK Bukit Gambir

Sekolah Menengah Agama Darul Ulum (SMADU) telah menyertai Pertandingan Bridge Building sempena Karnival STEM Generasi Madani Daerah Tangkak yang berlangsung di SMK Bukit Gambir. Penyertaan ini bertujuan mengasah kemahiran murid dalam bidang STEM melalui penerapan elemen kreativiti, inovasi, penyelesaian masalah dan kerja berpasukan.

Alhamdulillah, pasukan SMADU telah berjaya meraih TEMPAT KEDUA, sekali gus mengharumkan nama sekolah. Tahniah diucapkan kepada para peserta:

1. Muhammad Fatih A***n bin Mohd Faiz
2. Muhammad Adam Shyazmei bin Suhaimei
3. Aathif Umayr bin Ahmad Bayazid

Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada guru pembimbing serta semua pihak yang telah memberikan bimbingan dan sokongan. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat kepada seluruh warga SMADU untuk terus cemerlang dalam bidang STEM dan pertandingan pada masa hadapan.

PROGRAM JOM BERUS GIGITarikh: 22 Julai 2026 (Rabu)Masa: 9.30 pagiTempat: Blok AkademikProgram Jom Berus Gigi telah dilak...
02/08/2026

PROGRAM JOM BERUS GIGI

Tarikh: 22 Julai 2026 (Rabu)
Masa: 9.30 pagi
Tempat: Blok Akademik

Program Jom Berus Gigi telah dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran murid tentang kepentingan penjagaan kesihatan dan kebersihan gigi sebagai amalan harian. Program ini bertujuan mendidik murid mengenai teknik memberus gigi yang betul serta kepentingan menjaga kebersihan mulut untuk mencegah masalah pergigian.

Sepanjang program, murid diberikan pendedahan tentang amalan penjagaan kesihatan mulut yang baik dan digalakkan mengamalkan tabiat memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari. Program ini turut memberi penekanan kepada pembentukan gaya hidup sihat dalam kalangan murid.

Diharapkan Program Jom Berus Gigi dapat memupuk kesedaran dan membentuk amalan menjaga kebersihan diri yang berterusan, seterusnya melahirkan murid yang sihat, berdisiplin dan sentiasa mengutamakan kebersihan diri.

Address

SMA Darul Ulum, Serom 4, Sungai Mati, Tangkak
Serom
84000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6069755049

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMA DARUL ULUM JOHOR posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SMA DARUL ULUM JOHOR:

Shortcuts

Share

Category