Sekolah Kebangsaan ST Philip Bugu

Sekolah Kebangsaan ST Philip Bugu NEW AND OFFICIAL SK ST PHILIP BUGU PAGE

🌟 Selamat Kembali Ke Sekolah bagi Sesi Persekolahan Pertengahan Tahun 2026: 30 Mac 2026 - 22 Mei 2026.🌻Semoga semua muri...
29/03/2026

🌟 Selamat Kembali Ke Sekolah bagi Sesi Persekolahan Pertengahan Tahun 2026: 30 Mac 2026 - 22 Mei 2026.

🌻Semoga semua murid hadir dengan semangat baharu, ceria dan bersedia untuk meneruskan pembelajaran!

📌 Makluman penting kepada ibu bapa & penjaga:

💧 Murid diingatkan untuk membawa bekalan air minuman secukupnya setiap hari untuk mengekalkan hidrasi sepanjang sesi pembelajaran.

Kerjasama semua pihak amat dihargai.


SESI PEMILIHAN ATLET SOFBOL BAWAH 12 TAHUN PERINGKAT ZON KEDUP📆 17 Mac 2026 / Selasa📌 SK St Raymond MujatTelah berlangsu...
18/03/2026

SESI PEMILIHAN ATLET SOFBOL BAWAH 12 TAHUN PERINGKAT ZON KEDUP
📆 17 Mac 2026 / Selasa
📌 SK St Raymond Mujat

Telah berlangsung Sesi Pemilihan Atlet Sofbol Bawah 12 Tahun Peringkat Zon Kedup dengan jayanya.

👏🏻Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid yang telah hadir dan menunjukkan komitmen, disiplin serta semangat kesukanan yang tinggi sepanjang sesi pemilihan dijalankan.

🌻Ucapan penghargaan juga diberikan kepada guru-guru serta semua pihak yang terlibat dalam memastikan kelancaran program ini.

Semoga atlet yang terpilih akan terus berusaha dengan gigih, meningkatkan prestasi dan seterusnya mengharumkan nama sekolah serta Zon Kedup ke peringkat yang lebih tinggi. 💪🥎

“Usaha, Disiplin dan Semangat Membawa Kejayaan”


🎉MAJLIS PENYERAHAN SIJIL PENGHARGAAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH📆26 Januari 2026 / Isnin👏Tahniah dan syabas diucapka...
18/03/2026

🎉MAJLIS PENYERAHAN SIJIL PENGHARGAAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH

📆26 Januari 2026 / Isnin

👏Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid yang telah menerima Sijil Penghargaan Merentas Desa atas penyertaan dan pencapaian dalam program yang telah berlangsung dengan jayanya baru-baru ini.

🎖️Majlis peyerahan sijil ini adalah sebagai tanda penghargaan atas usaha, semangat juang dan komitmen yang ditunjukkan oleh para peserta sepanjang aktiviti berlangsung.

👏Tahniah kepada para penerima sijil. Semoga penghargaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus aktif, berdisiplin dan mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa akan datang.

Bagi murid-murid yang lain p**a, ketahuilah bahawa setiap langkah yang anda ambil sepanjang Merentas Desa adalah satu kejayaan yang sangat bermakna.

Keberanian untuk menyertai, usaha untuk menamatkan larian dan semangat untuk tidak berputus asa adalah nilai yang sangat berharga.

❤️Kami bangga dengan anda semua.


KEJOHANAN SUKAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH📆23 Januari 2026📌SK St Philip Bugu👏Syukur, Kejohanan Sukan Merentas Desa ...
18/03/2026

KEJOHANAN SUKAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH
📆23 Januari 2026
📌SK St Philip Bugu

👏Syukur, Kejohanan Sukan Merentas Desa peringkat sekolah bagi tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana penuh semangat dan keceriaan.

🌟Tahniah kepada semua murid yang telah mengambil bahagian dengan penuh komited, disiplin dan semangat kesukanan yang tinggi. Anda semua membuktikan bahawa kesihatan dan kecergasan amat penting dalam kehidupan seharian.

💐Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada barisan guru, staf sekolah serta semua pihak yang bekerjasama untuk menjayakan program ini dengan lancar dan selamat.

Semoga aktiviti seperti ini dapat diteruskan bagi melahirkan murid yang sihat, cergas dan berdaya saing.


🏃‍♂️MERENTAS DESA MSSB SERIAN 2026 🏃‍♀️‍➡️📆 11 Februari 2026📍SK Tanah Putih, Serian👏Tahniah dan syabas diucapkan kepada ...
18/03/2026

🏃‍♂️MERENTAS DESA MSSB SERIAN 2026 🏃‍♀️‍➡️
📆 11 Februari 2026
📍SK Tanah Putih, Serian

👏Tahniah dan syabas diucapkan kepada adik Sylvester, adik Andreas, adik Anis dan adik Nellie yang telah mewakili sekolah dalam Kejohanan Merentas Desa MSSB Serian.

🌷Semangat juang, disiplin tinggi dan usaha tanpa jemu yang ditunjukkan oleh para peserta amat membanggakan.

🌼Kemenangan bukan hanya pada kedudukan, tetapi pada keberanian untuk mencuba dan tidak mudah berputus asa.

🪻Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada guru pengiring yang memberi sokongan dan bimbingan sepanjang kejohanan berlangsung.


Karnival STEMBest 3.0 : Explore, Innovate, Create📆12-13 February 2026📍SK Mubok Berawan, Serian💐 Tahniah dan syabas diuca...
18/03/2026

Karnival STEMBest 3.0 : Explore, Innovate, Create
📆12-13 February 2026
📍SK Mubok Berawan, Serian

💐 Tahniah dan syabas diucapkan kepada adik Aldrich dan adik Diana yang mewakili sekolah dalam Karnival STEMBest 3.0 👏

🌟 Dengan semangat Explore, Innovate, Create, mereka berani meneroka idea baharu, berfikir secara kreatif dan mencipta sesuatu yang luar biasa.

👏Penyertaan ini bukan saja mengasah kemahiran STEM, malah membina keyakinan diri dan semangat daya saing yang tinggi.

🌷Semoga pengalaman ini menjadi inspirasi untuk terus maju dan berjaya pada masa hadapan. Teruskan usaha, kami bangga dengan kalian.

🌺Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada guru pengiring yang komited dalam membimbing dan mengiring murid ke Karnival STEMBest 3.0 👏


📢 Makluman Cuti SekolahCuti Tambahan KPM & Hari Raya Aidilfitri: CUTI TAMBAHAN PERUNTUKAN KPM📅 18.03.2026 (Rabu) hingga ...
18/03/2026

📢 Makluman Cuti Sekolah
Cuti Tambahan KPM & Hari Raya Aidilfitri:

CUTI TAMBAHAN PERUNTUKAN KPM
📅 18.03.2026 (Rabu) hingga 20.03.2026 (JUMAAT)

CUTI PENGGAL 1/2026
📅 21.03.2026 (SABTU) hingga 29.03.2026 (AHAD)

🎒 KEMBALI KE SEKOLAH
📅 30.03.2026 (ISNIN)

Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada seluruh warga SK St Philip Bugu. Maaf Zahir dan Batin!🌙 ✨

Selamat bercuti, manfaatkan masa bersama keluarga. 🚗🏡

✨Majlis Penutupan Minggu Transisi Tahun 1/2026 & Pelantikan Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas Tahun 1📍Bilik darjah Ta...
11/02/2026

✨Majlis Penutupan Minggu Transisi Tahun 1/2026 & Pelantikan Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas Tahun 1
📍Bilik darjah Tahun 1
📍SK St Philip Bugu
📅 Isnin 9 Februari 2026

💐Minggu Transisi Tahun 1 selama 4 minggu melabuhkan tirainya dengan penuh senyuman dan kenangan manis 🥳

🎉 Murid-murid Tahun 1 telah melalui pelbagai aktiviti yang menyeronokkan bagi membantu mereka menyesuaikan diri dengan alam persekolahan secara formal.

🌟Semoga pengalaman ini menjadi langkah awal yang bermakna dalam perjalanan pembelajaran mereka.

💖 Terima kasih kepada semua guru, ibu bapa dan pihak yang terlibat atas sokongan padu yang diberikan.

🌟 Semoga murid-murid Tahun 1 terus ceria dan bersemangat menimba ilmu 📚

💐Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang telah dilantik sebagai Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas. Semoga dapat memimpin rakan sekelas dengan baik, bertanggungjawab dan sentiasa berdisplin.


Program Minggu Pertama Sesi Persekolahan 2026Tarikh: 12-16 Januari 2026👏🎒Selamat kembali ke sekolah dan selamat menempuh...
16/01/2026

Program Minggu Pertama Sesi Persekolahan 2026

Tarikh: 12-16 Januari 2026

👏🎒Selamat kembali ke sekolah dan selamat menempuh sesi persekolahan 2026!

✨Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada barisan pentadbir, guru-guru, staf sokongan serta ibu bapa atas kerjasama, sokongan dan komitmen padu dalam menjayakan Program Minggu Pertama Persekolahan Sesi 2026. Penghargaan turut dirakamkan kepada Pegawai Perhubungan Sekolah, Sarjan Angelin atas kerjasama erat, sokongan dan bantuan berterusan sepanjang pelaksanaan program. 🤝

Penghargaan turut diberikan kepada semua murid yang telah menunjukkan disiplin, kesungguhan dan semangat positif sepanjang program berlangsung.

Semoga permulaan yang cemerlang ini menjadi asas kukuh ke arah sesi persekolahan 2026 yang lebih terancang, lancar dan bermakna demi kemenjadian murid. 📚✨

✨ MAJLIS LAMBAIAN KASIH & SELAMAT DATANG GURU BAHARU ✨🗓️ 19 Disember 2025/JumaatSetulus penghargaan dan ucapan terima ka...
19/12/2025

✨ MAJLIS LAMBAIAN KASIH & SELAMAT DATANG GURU BAHARU ✨
🗓️ 19 Disember 2025/Jumaat

Setulus penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Ustaz Muhd. Aizuddin @ Cikgu Din yang akan melangkah pergi. Segala jasa, bakti dan pengorbanan yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat Ustaz di sini sejak tahun 2018 sehingga 2025 amatlah dihargai dan akan sentiasa terpahat dalam ingatan warga sekolah. Semoga terus maju jaya dan sukses di tempat baharu 🌸.

Dalam masa yang sama, warga sekolah mengalu-alukan kehadiran guru-guru baharu, Cikgu Noveliana dan Ustaz Fairuz dengan penuh rasa syukur dan keterbukaan. Semoga kehadiran ini membawa sinar baharu, semangat positif serta memperkukuhkan lagi budaya kerja cemerlang demi kecemerlangan murid dan sekolah 📚.

Tidak lupa juga kepada murud-murid Tahun 6. Enam tahun penuh kenangan, tawa dan pembelajaran kini menjadi sejarah terindah. Terima kasih atas setiap momen yang kalian ukir di sekolah ini. Teruskan melangkah dengan yakin, kejar impian setinggi langit dan jadilah insan yang berilmu serta berakhlak mulia.
Doa kami sentiasa mengiringi perjalanan kalian. 💙🌈

Sesungguhnya, perpisahan dan pertemuan adalah lumrah kehidupan. Semoga ikatan ukhuwah yang terjalin kekal utuh, dan segala yang baik menjadi kenangan terindah.

✨ HARI KECEMERLANGAN MURID SEKOLAH ✨🗓️18 Disember 2025 / KhamisSetinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua...
19/12/2025

✨ HARI KECEMERLANGAN MURID SEKOLAH ✨
🗓️18 Disember 2025 / Khamis

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid yang diraikan sempena Hari Kecemerlangan Murid.
Majlis ini bukan sekadar satu pengiktirafan, malah menjadi tanda penghargaan terhadap usaha gigih, disiplin serta komitmen para murid sepanjang sesi persekolahan 📚.

Kejayaan yang diraih hari ini merupakan hasil kesungguhan murid dalam menimba ilmu, bimbingan dan dedikasi para guru, serta sokongan padu dan berterusan daripada ibu bapa dan penjaga 🤝. Setiap pencapaian yang diperoleh amat bermakna dan wajar dibanggakan.

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah membantu menjayakan majlis ini, khususnya barisan pentadbir, guru-guru, kakitangan sokongan, ibu bapa serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Sumbangan masa, tenaga dan komitmen yang diberikan amatlah dihargai 🌟.

Semoga pengiktirafan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan serta melahirkan murid yang seimbang dari segi akademik, sahsiah dan kepimpinan 🎓.

🦟 GOTONG-ROYONG PERANGI DENGGI PERINGKAT SEKOLAH 🧹17 Disember 2025Warga sekolah telah bersama-sama menyertai Program Got...
19/12/2025

🦟 GOTONG-ROYONG PERANGI DENGGI PERINGKAT SEKOLAH 🧹

17 Disember 2025

Warga sekolah telah bersama-sama menyertai Program Gotong-Royong Cegah Denggi bagi memastikan persekitaran sekolah sentiasa bersih, selamat dan bebas daripada pembiakan nyamuk Aedes.

Program ini melibatkan pembersihan kawasan kelas, longkang, kuarters, padang serta kawasan berisiko yang boleh menjadi tempat takungan air. Usaha ini bukan sahaja memupuk semangat kerjasama, malah meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kebersihan demi kesihatan bersama.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada guru-guru, murid-murid, staf sokongan dan semua ibubapa dalam menjayakan program ini.

💪 Bersama kita cegah denggi!
🏫 Sekolah bersih, warga sihat.





Address

D/A PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SERIAN
Serian
94700

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Kebangsaan ST Philip Bugu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category