23/05/2026
PEMAKLUMAN CUTI PERTENGAHAN TAHUN 2026
Dimaklumkan bahawa sekolah akan bercuti sempena Cuti Pertengahan Tahun bermula 25 Mei 2026 hingga 7 Jun 2026.
📚 Sesi persekolahan akan dibuka semula pada 8 Jun 2026 (Isnin).
Pihak sekolah mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Bercuti, Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha dan Selamat Menyambut Hari Gawai kepada semua warga sekolah yang meraikannya.
Sepanjang cuti persekolahan, mohon kerjasama ibu bapa dan penjaga untuk sentiasa memastikan anak-anak menjaga kesihatan, keselamatan serta kesejahteraan diri.