Tadika Aktif Bijak Santun Sri Serdang -Tadika ABS 0133997271

Tadika Aktif Bijak Santun Sri Serdang -Tadika ABS 0133997271

Share

Berteraskan Hands on, Active Learning & KP2026. Tadika ABS memberikan fokus pembangunan karakter, sahsiah dengan nilai islami.

Modul Seronoknya khusus untuk anak berasa gembira dan teruja semasa proses pembelajaran awal.

13/03/2026

Amaran ⚠️

Video ini boleh menyebabkan senyuman tanpa sedar.

Berhati-hati tuan puan


Photos from Tadika Aktif Bijak Santun Sri Serdang -Tadika ABS 0133997271's post 10/03/2026

TIP AKTIVITI HARIAN - PRA TULIS

06/03/2026

“Ya Allah, jadikanlah Al-Quran sebagai penyejuk hati kami, cahaya dada kami, penghilang kesedihan kami dan penghapus kegelisahan kami.”


20/02/2026

Ada sebab mengapa kami di Tadika ABS tiada kelas besar.

Kami percaya, dalam usia awal kanak-kanak perlukan:
✨ perhatian
✨ bimbingan rapat

Apabila bilangan murid kecil, cikgu berpeluang untuk memberi perhatian penuh kepada setiap murid:

💛 Cikgu sempat adakan sesi membaca 1 to 1
💛 Cara pegang pensel boleh diperbetulkan dari awal
💛 Anak yang pendiam tak terlepas pandang
💛 Anak yang perlukan masa lebih, tidak rasa tertinggal
💛 Keyakinan anak dibina dengan lembut tanpa paksaan.

Ramai ibu ayah beritahu…
Anak mereka semakin berani, lebih fokus,
dan seronok hadir ke sekolah.

Kerana di sini, anak bukan sekadar “murid dalam kelas”.
Mereka adalah anak yang benar-benar diberi perhatian.

Itulah pendekatan kecil kami —
yang insya-Allah memberi kesan besar pada perkembangan anak 🤍

📩 Mahu datang lihat sendiri suasana di Tadika ABS?

Kami alu-alukan.


18/02/2026

Marhaban Ya Ramadan

Ramadan kembali mengetuk pintu hati,
hadir sebagai madrasah tarbiah,
yang bukan sekadar menahan lapar dan dahaga,
tetapi mendidik jiwa untuk lebih tunduk dan berserah.

Dalam madrasah Ramadan ini,
kita belajar memperlahankan langkah,
melembutkan tutur dan membesarkan rasa cinta kepada Allah SWT.

Semoga anak-anak kecil yang kita pimpin hari ini membesar dengan jiwa yang terdidik oleh Ramadan; jiwa yang sabar, penyayang dan penuh ihsan.

Kami berdoa semoga Allah SWT menerima setiap amal ibadah kita, mengampuni segala khilaf, serta melimpahkan rahmat dan rezeki yang berkat buat semua.



17/02/2026
11/02/2026

Tadika ABS Sri Serdang di buka pada 19 dan 20hb untuk Riang Ria Cuti Sekolah. Hubungi kami untuk maklumat lanjut

12/01/2026

Alhamdulillah, hari pertama persekolahan berjalan dengan baik dan ceria.

Tuan Muda dan Cikpuan Muda hadir dengan pelbagai emosi —
ada yang tersenyum teruja,
ada yang masih malu-malu,
dan ada juga yang sedih sedikit.

Semua ini adalah normal untuk hari pertama.

Ada juga murid yang belum bersedia untuk memakai uniform hari ini. Bagi kami, yang paling utama ialah murid rasa selamat, disambut dengan baik dan gembira untuk memulakan langkah pertama ke sekolah.

Alhamdulillah, dengan sokongan guru-guru,
murid-murid semakin tenang, mula bermain, berkawan dan mengikuti aktiviti dengan baik.

✨ Selamat datang ke Tadika ABS!
Semoga hari-hari seterusnya dipenuhi senyuman, keberanian dan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan.

Terima kasih ibu ayah atas kepercayaan.
Kami jaga mereka dengan penuh kasih.


12/01/2026


08/01/2026

Kemasukan 5 tahun : 3 Kekosongan
Hubungi kami untuk maklumat lanjut pendaftaran

Want your school to be the top-listed School/college in Seri Kembangan?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


No 30-2 Jln 18/32 Taman Sri Serdang
Seri Kembangan
43300