Tadika ABS Sri Serdang 013 399 7271

Tadika ABS Sri Serdang 013 399 7271 Pendidikan LENGKAP dengan 3 Nilai utama Menanam Iman, pintar sosial, dan 6 nilai preneurship.

Tadika dalam Rangkaian TADIKA ABS juga menggunakan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK 2010) yang bertujuan untuk memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat serta menyuburkan melalui aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan berma

kna. Melalui kurikulum ini kemahiran literasi dan numerasi asas murid dipertingkatkan, keyakinan dibangunkan dan konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak dipupuk. Ini adalah untuk menyediakan murid agar mereka berupaya menyesuaikan diri dengan persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran bagi kelangsungan pembelajaran seterusnya. KSPK terbina berdasarkan rekabentuk kurikulum berasaskan standard dan berbentuk modular. Standard kandungan dan standard pembelajaran yang patut diketahui dan boleh dilakukan oleh kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun. Standard kendungan dan standard pembelajaran adalah berpaksikan kepada pengetahuan, kemahiran asas serta nilai ddalam enam tunjang pembelajaran berikut:
- Komunikasi
- Kerohanian
- Sikap dan nilai
- Kemanusiaan
- Sains dan Teknologi
- Perkembangan fizikal dan estetika
- Pembangunan ketrampilan diri

Pada peringkat prasekolah, proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kepada Amalan Bersesuaian dengan Perkembangan Kanak-kanak (ABP) Developmentally Appropriate Practices. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran bersifat fleksibel tetapi terancang di mana semua murid terlibat secara aktif melalui pelbagai aktiviti individu, kumpulan dan kelas sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. Suasana pembelajaran yang selesa, ceria dan selamat dapat menggalakkan naluri ingin tahu dan gemarkan cabaran yang seiring dengan fitrah semulajadi kanak-kanak.

Address

No 30-2 Jalan 18/32 Taman Sri Serdang
Seri Kembangan
43300

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 13:00

Telephone

+601159709373

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tadika ABS Sri Serdang 013 399 7271 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Tadika ABS Sri Serdang 013 399 7271:

Shortcuts

Share

Category