05/06/2026
Pejabat TNC JINM UPM
Office of the Deputy Vice-Chancellor (Industry and Community Network) UPM was established in Septemb
05/06/2026
18/05/2026
15/05/2026
14–15 Mei 2026 | Entiti di Bangunan Jaringan Industri dan Masyarakat yang merangkumi Pejabat TNC JINM, CiRNeT dan UCTC telah melaksanakan Audit Dalaman Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) bagi menilai tahap pematuhan PTJ terhadap keperluan Standard MS ISO 9001:2015. Audit ini diketuai oleh Encik Mohamad Ismail Baharom, Juruaudit Universiti daripada Institut Biosains dengan sokongan 18 orang Juruaudit Dalaman PTJ. Secara keseluruhan, proses audit berjalan lancar dan beberapa penemuan minor telah dikenal pasti sebagai langkah penambahbaikan berterusan dalam memperkukuh sistem pengurusan kualiti PTJ.
15/05/2026
01/05/2026
SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA TAHUN 2026
01/05/2026
29 April 2026 - Pejabat Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) telah menjalani Audit Kendiri Perjawatan dan Organisasi (AKPO) yang bertujuan untuk memastikan pengurusan perjawatan dan struktur organisasi dilaksanakan dengan cekap, optimum serta mematuhi prinsip perjawatan dan skim perkhidmatan yang berkuatkuasa. Audit telah dilaksana oleh Encik Mohamad Taufik Rahmat, Penolong Pendaftar Kanan daripada Sekolah Pengajian Siswazah, UPM.
22/04/2026
LAWATAN DELEGASI Guilin University of Aerospace Technology (GUAT) KE Pejabat Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat), Universiti Putra Malaysia PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK BIDANG TEKNOLOGI DRON
22 April 2026 | Serdang, Selangor – Universiti Putra Malaysia (UPM) hari ini menerima kunjungan hormat daripada delegasi Guilin University of Aerospace Technology (GUAT) ke Pejabat Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat), Universiti Putra Malaysia dalam usaha memperkukuh hubungan dua hala serta meneroka potensi kerjasama strategik antara kedua-dua institusi pengajian tinggi.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Profesor Dr. Shamsul Bahri Hj. Md Tamrin selaku Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat), Universiti Putra Malaysia (UPM). Delegasi GUAT diketuai oleh Pengerusinya bersama beberapa pegawai kanan universiti.
Lawatan ini susulan kunjungan kerja pihak delegasi ke China pada 14 April lalu yang melibatkan lawatan tapak ke projek dron pertanian (plant protection) milik GUAT. Pihak universiti tersebut, yang diberi amanah secara langsung dalam penyelidikan berkaitan pertanian serta program latihan antarabangsa oleh Kementerian Pertanian China, telah menyatakan minat mendalam untuk menjalin hubungan kerjasama dengan UPM.
Antara agenda utama perbincangan ialah cadangan penyertaan UPM dalam Program Latihan Teknologi Dron Pertanian anjuran GUAT yang dijadualkan berlangsung antara Mei hingga Julai 2026. Program tersebut dijangka menjadi platform awal bagi memperluas kerjasama dalam bidang latihan teknikal, penyelidikan gunaan, pembangunan modal insan serta pemindahan teknologi pertanian pintar.
Profesor Dr. Shamsul Bahri Hj. Md Tamrin dalam ucapannya menyambut baik hasrat kerjasama tersebut dan menegaskan komitmen UPM untuk terus memperluas jaringan antarabangsa yang memberi impak kepada pembangunan pertanian, inovasi teknologi serta kelestarian komuniti global.
Beliau turut memaklumkan bahawa kepakaran UPM dalam bidang pertanian, sekuriti makanan, penyelidikan agro-teknologi dan pengkomersialan inovasi berpotensi digembleng bersama kepakaran GUAT dalam teknologi aeroangkasa dan sistem dron bagi menghasilkan sinergi yang bernilai tinggi.
Sementara itu, wakil GUAT menyatakan keyakinan bahawa kerjasama dengan UPM mampu membuka ruang kepada hubungan yang lebih luas bukan sahaja di peringkat universiti, malah berpotensi dikembangkan ke peringkat institusi dan kerajaan pada masa hadapan.
Lawatan berkenaan berakhir dengan sesi pertukaran cenderamata, perbincangan lanjut mengenai pelan tindakan susulan serta sesi bergambar kenangan sebagai simbol permulaan hubungan strategik antara kedua-dua universiti.
21/04/2026
EXECUTIVES’ OVERSEAS PROGRAMME (EXOP 2026/1) ANJURAN PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT)
Penganjuran program ini merupakan rentetan daripada EXOP yang dimulakan pada tahun 2017. Program ini bertujuan memberikan pendedahan dan pengalaman di peringkat antarabangsa kepada peserta berkaitan corak kepimpinan, pengurusan organisasi, amalan terbaik dan perbezaan budaya. Justeru, UPM telah dikenali sebagai penganjur bagi latihan di luar negara dan program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada Universiti Awam dan Swasta, Badan Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan, Kementerian dan Agensi Swasta dengan maklum balas yang positif daripada peserta.
EXOP 2026/1 bertemakan China-Malaysia Strategic Engagement Programme for Public Sector. Pelaksanaan program ini secara amnya bagi menambah pengalaman praktikal serta dapat menimba idea baharu yang boleh diaplikasikan dalam pengurusan, pentadbiran dan aktiviti kerja peserta dan dapat memberikan pendedahan peserta kepada budaya pemikiran dan persekitaran baharu. Selain itu, ianya dapat meningkatkan jaringan di pelbagai peringkat terutamanya di peringkat antarabangsa. Program ini memberi tumpuan kepada mewujudkan persekitaran kerja yang menggalakkan kerjasama, akauntabiliti, dan penambahbaikan berterusan, sambil menyelaraskan usaha individu dan pasukan dengan matlamat keseluruhan organisasi. Melalui gabungan sesi interaktif dan latihan praktikal, para peserta akan mempelajari cara membangunkan dan mengekalkan budaya yang mendorong prestasi serta kepuasan pekerja, yang akhirnya membawa kepada kejayaan jangka panjang.
Justeru itu, objektif EXOP 2026/1 secara amnya adalah seperti berikut:
i. Meningkatkan tahap pemahaman pegawai Sektor Awam Malaysia terhadap aspek tadbir urus, pelaksanaan dasar, serta model pembangunan wilayah di China.
ii. Memperkukuhkan penglibatan kerajaan-ke-kerajaan (G2G) antara China dan Malaysia melalui mesyuarat institusi serta dialog dasar yang berstruktur.
iii.Memberi pendedahan kepada peserta mengenai Ekonomi Digital China, pembuatan pintar, tenaga boleh diperbaharui, serta pembangunan ekosistem bandar pintar.
iv. Memperkasakan keupayaan penggubalan dasar, keberkesanan tadbir urus, dan perancangan strategik dalam kalangan pemimpin sektor awam Malaysia.
v. Mewujudkan rangkaian institusi dan profesional yang mampan antara agensi kerajaan Malaysia, badan kerajaan China, institusi pengajian tinggi, serta pemain industri.
/1
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Telephone
Website
Address
Seri Kembangan
43400
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 17:00 |
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| Wednesday | 09:00 - 17:00 |
| Thursday | 09:00 - 17:00 |
| Friday | 09:00 - 17:00 |