Fusion Lab UPM

Fusion Lab UPM Page rasmi FUSION LAB UPM Serdang Selangor.

MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM INTERVENSi FUSION LAB BERSAMA PELAJAR ASDSerdang – Majlis penutupan bagi Program Intervensi Fus...
27/09/2023

MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM INTERVENSi FUSION LAB BERSAMA PELAJAR ASD

Serdang – Majlis penutupan bagi Program Intervensi Fusion Lab bersama pelajar Austisme Spectrum Disorder (ASD) telah diadakan baru-baru ini di Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia bagi meraikan serta menghargai penglibatan para peserta dan fasiliatator yang terlibat sepanjang perlaksanaan program.

Program Intervensi Fusion Lab ini telah berjaya dilangsungkan selama 8 minggu di Fakulti Pengajian Pendidikan yang telah melibatkan seramai 15 orang peserta yang terdiri daripada pelajar ASD yang berada di sekitar Selangor.

Program ini merupakan susulan daripada pelbagai siri intervensi oleh kumpulan penyelidikan PeaCE yang diasaskan kepada terapi komuniti iaitu proses untuk membina kemahiran sosialisasi dalam diri murid berkeperluan khas melalui pelaksanaan pelbagai aktiviti dengan sokongan para sukarealawan dan warga masyarakat yang terlibat.

Intervensi Fusion Lab ini telah bermula sejak tahun 2013 di mana pada ketika itu ahli penyelidikan PeaCE telah mendapat kerjasama dengan Profesor Yoshihito Shirai daripada Kyutec dan ini turut melibatkan pertukaran dan lawatan daripada ahli Twinkle Cats di Jepun ke Malaysia serta lawatan dan perkongsian pelajar UPM ke Kyushu.

Walaubagaimanapun, pada tahun 2023 program Intervensi Fusion Lab ini telah berjaya diteruskan dan dilaksanakan semula dengan mendapat sokongan daripada Pengurusan FPP serta dana daripada tabung amanah PeaCE dan SUK Negeri Selangor.

Menurut YBhg. Prof. Madya Dr Wan Marzuki Wan Jaafar, Dekan FPP, "Pelaksanaan intervensi ini selama 8 minggu sudah tentu memberikan banyak manfaat terutamanya kepada peserta yang telah terlibat. Hal ini kerana pelaksanaan intervensi ini berbeza dengan terapi lain kerana intervensi ini merupakan satu terapi yang menggalakakan pembentukan kemahiran secara organic dan semula jadi melalui pelaksanaan pelbagai aktiviti bersama seperti aktiviti kraftangan, tanaman pokok, sukaneka dan juga aktiviti masakan dan penyediaan hidangan."

Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada YBhg. Prof. Dr Samsilah Roslan, pengarah program dan kesemua ahli jawatankuasa program yang telah terlibat dalam menjayakan program ini. Diharapkan agar program sebegini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Menjalankan aktiviti seperti berikut:a) Penanaman/ Semaian anak benihb) Hirdoponik DIYc) Lukisan Alam
09/01/2020

Menjalankan aktiviti seperti berikut:
a) Penanaman/ Semaian anak benih
b) Hirdoponik DIY
c) Lukisan Alam

Assalamualaikum dan salam sejahtera, untuk makluman semua, kami dari Fusion Lab, Fakulti Pengajian Pendidikan UPM akan m...
30/10/2019

Assalamualaikum dan salam sejahtera, untuk makluman semua, kami dari Fusion Lab, Fakulti Pengajian Pendidikan UPM akan menjalankan program intervensi untuk murid berkeperluan khas (masalah pembelajaran) di sekitar kawasan Serdang secara PERCUMA.

Syarat-syarat kemasukan adalah seperti berikut:
1. Berdaftar di bawah kebajikan masyarakat
2. Berumur 10 tahun sehingga 18 tahun
3. Tinggal di Kawasan Serdang/ Seri Kembangan

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di talian 014-5014964 (En. Safiee).

MINGGU 1 : PEGENALAN ASAS MASAKAN DAN DEMO MASAKANGURU PELATIH : PN. ANIS ZAKARIA
19/10/2019

MINGGU 1 : PEGENALAN ASAS MASAKAN DAN DEMO MASAKAN
GURU PELATIH : PN. ANIS ZAKARIA

Minggu 1: Pengenalan Asas TaniBil. Pelanajar: 29 OrangGuru Pengajar: Pn. Noranisa Said
18/10/2019

Minggu 1: Pengenalan Asas Tani
Bil. Pelanajar: 29 Orang
Guru Pengajar: Pn. Noranisa Said

Bersama tenaga pakar UPM
18/04/2019

Bersama tenaga pakar UPM

10/11/2018
Assalamualaikum dan salam sejahtera,Sukacita dimaklumkan bahawa kelas Inovasi dan Rekacipta, Pusat Kokurikulum dan Pemba...
09/11/2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa kelas Inovasi dan Rekacipta, Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar UPM dengan kerjasama Fusion Lab, Langkawi Organics Resources dan PSP akan menganjurkan WAKE UP AND SMELL THE GREENS PROGRAM yang merupakan program untuk memupuk kesedaran bagi melihat potensi kanak-kanak berkeperluan khas melalui intervensi tani dan menggalakkan persekitaran hijau.

Sehubungan dengan itu, saya ingin menjempuat tuan/puan untuk turut serta menyertai program ini bersama2 anak berkeperluan khas.

Segala pertanyaan lanjut boleh hubungi (en.safiee - 0145014964)

Terapi Muzik - Kuda Kepang
05/10/2018

Terapi Muzik - Kuda Kepang

Fusion Lab is the center of intervention for special children and community communities that carry various therapies such as garden therapies, cooking therap...

Address

Seri Kembangan
44300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Fusion Lab UPM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Fusion Lab UPM:

Shortcuts

Share