10/12/2024
Bengkel Pedagogi Inovatif โ Computer Assisted Collaborative Learning
10 Disember 2024 (Selasa)
Pensyarah muda UPM dari pelbagai pusat tanggungjawab telah menyertai Bengkel Pedagogi Inovatif โ Computer Assisted Collaborative Learning yang berlangsung di Putra Learning Centre (PLS), Bangunan TNCPI, UPM. Bengkel ini dikendalikan oleh Ts. Dr. Nurul Amelina Nasharuddin, pensyarah kanan dari Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat.
Objektif bengkel ini adalah untuk menginspirasi para pensyarah mengaplikasikan pendekatan pembelajaran inovatif melalui kaedah pembelajaran kolaboratif secara dalam talian. Pendekatan ini bertujuan meningkatkan interaksi pelajar serta memperkayakan pengalaman pembelajaran sesama mereka dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Bengkel yang dijalankan secara praktikal ini memberi pendedahan kepada pensyarah muda UPM kepada penggunaan alat pembelajaran kolaboratif dalam talian.
06/12/2024
๐ Get ready for the ๐ณ๐๐ต ๐๐ป๐๐ฒ๐ฟ๐ป๐ฎ๐๐ถ๐ผ๐ป๐ฎ๐น ๐ฃ๐๐๐ฟ๐ฎ ๐๐ป๐ป๐ผ๐ฐ๐ฟ๐ฒ๐ฎ๐๐ถ๐๐ฒ ๐๐ฎ๐ฟ๐ป๐ถ๐๐ฎ๐น ๐ถ๐ป ๐ง๐ฒ๐ฎ๐ฐ๐ต๐ถ๐ป๐ด ๐ฎ๐ป๐ฑ ๐๐ฒ๐ฎ๐ฟ๐ป๐ถ๐ป๐ด (๐-๐ฃ๐๐๐ง๐๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ)! ๐
๐
๐๐ฎ๐๐ฒ: 16-17 June 2025 (Monday-Tuesday)
๐ ๐ฉ๐ฒ๐ป๐๐ฒ: Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), UPM
โจ ๐ง๐ต๐ฒ๐บ๐ฒ: Adaptive Learning for a Changing World: Embracing Innovation in Teaching and Learning
๐ฅ ๐๐
๐ฐ๐ถ๐๐ถ๐ป๐ด ๐๐ฐ๐๐ถ๐๐ถ๐๐ถ๐ฒ๐ ๐๐ป๐ฐ๐น๐๐ฑ๐ฒ:
โญ Putra Innocreative Poster Competition
โญ Putra Innocreative Award (UPM only)
โญ Putra Innocreative Tech Talk
โญ Keynote Sessions
๐ ๐๐ผ๐ฟ ๐๐ป๐พ๐๐ถ๐ฟ๐ถ๐ฒ๐:
Centre for Academic Development and Leadership Excellence (CADe-Lead), UPM
๐: +603-9769 2079 / 6175 / 1466 / 6136
๐ง: [email protected]
๐ Donโt miss this amazing opportunity to embrace innovation in teaching and learning! ๐ฆ๐๐ฎ๐ ๐๐๐ป๐ฒ๐ฑ ๐ณ๐ผ๐ฟ ๐บ๐ผ๐ฟ๐ฒ ๐๐ฝ๐ฑ๐ฎ๐๐ฒ๐ ๐ฎ๐ฏ๐ผ๐๐ ๐ถ-๐ฃ๐ถ๐ง๐๐๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ! ๐๐ป๐ป๐ผ๐๐ป๐ฐ๐ฒ๐บ๐ฒ๐ป๐๐, ๐ฟ๐ฒ๐ด๐ถ๐๐๐ฟ๐ฎ๐๐ถ๐ผ๐ป ๐ฑ๐ฒ๐๐ฎ๐ถ๐น๐, ๐ฎ๐ป๐ฑ ๐ฒ๐๐ฒ๐ป๐ ๐ต๐ถ๐ด๐ต๐น๐ถ๐ด๐ต๐๐ ๐๐ถ๐น๐น ๐ฏ๐ฒ ๐ฐ๐ผ๐บ๐ถ๐ป๐ด ๐๐ผ๐๐ฟ ๐๐ฎ๐ ๐๐ผ๐ผ๐ป.
03/12/2024
Taklimat Calon Anugerah Fellowship Naib Canselor- Kategori Pengajaran (AFNC-KP) 2024 dan Sesi Perkongsian Penyediaan Portfolio Pengajaran AFNC-KP 2024
Tarikh : 27 November 2024 (Khamis)
Masa : 9.00 pagi hingga 1.00 petang
Tempat : Putra Learning Space (PLS)
Penceramah :
Taklimat Calon AFNC-KP 2024
Prof. Madya Ts. Dr. Wan Zuhainis Saad
Pengarah CADe-Lead
Sesi Perkongsian Penyediaan Portfolio Pengajaran AFNC-KP 2024
Dr. Manraj Singh Cheema
Penerima AFNC-KP 2023 (Kategori Pengajar Cemerlang)/
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
Anugerah Fellowship Naib Canselor - Kategori Pengajaran (AFNC-KP) merupakan satu inisiatif yang bertujuan memberikan pengiktirafan kepada pegawai akademik UPM yang menunjukkan kecemerlangan dan daya kreativiti tinggi dalam pengajaran. Selain memartabatkan profesion akademik melalui pengiktirafan terhadap pengajar cemerlang, AFNC-KP juga adalah wahana untuk mengenal pasti calon yang berpotensi bagi Anugerah Akademik Negara (AAN) dalam kategori Anugerah Pengajaran, anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi, serta anugerah lain yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran.
Seramai 32 orang pegawai akademik UPM telah dicalonkan AFNC-KP 2024 (11 orang Kategori Pengajar Cemerlang, 21 orang Kategori Pengajar Muda).
22/11/2024
CADe-Lead telah berjaya meraih Tempat Pertama serta dianugerahkan Piala Pusingan dalam kategori Anugerah Indeks Akauntabiliti sempena Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) 2023/2024 yang berlangsung pada 20 November 2024 di Dewan Besar UPM.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh warga kerja CADe-Lead atas pencapaian cemerlang ini. Semoga terus melakar kejayaan gemilang pada masa hadapan!
12/11/2024
Pihak CADe-Lead melalui Seksyen Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran telah memenuhi undangan daripada Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SPE), UPM untuk menyertai bengkel bagi memurnikan kandungan kursus micro-credential MGM 3180 Asas Keusahawanan. Bengkel tersebut telah diadakan di Bangi Resort Hotel selama 3 hari bermula pada hari Sabtu hingga Isnin yang lalu. Pihak CADe-Lead telah memberikan sokongan dalam beberapa aspek seperti rakaman video pengajaran, memudah cara penghasilan penaksiran kursus selaras dengan objektif pembelajaran, serta mengemaskini paparan papan pemuka kursus di platform PutraMOOC.
30/10/2024
Warga CADe-Lead mengucapkan Selamat Hari Deepavali (โDeepavali Vaalthukalโ) kepada semua penganut agama Hindu.
15/10/2024
Audit SIRIM Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) ISO 9001:2015
14 Oktober 2024 (Isnin), CADe-Lead telah menjalani audit SIRIM bagi Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) ISO 9001:2015. Audit ini dikendalikan oleh Puan Mariam Mohamed Zin sebagai juruaudit SIRIM. Terima kasih kepada semua warga CADe-Lead yang telah memberikan kerjasama penuh sepanjang proses audit ini.
09/10/2024
๐๐ฒ๐ป๐ด๐ธ๐ฒ๐น ๐ฃ๐ฒ๐บ๐ฒ๐ฟ๐ธ๐ฎ๐๐ฎ๐ฎ๐ป ๐๐ฑ๐๐ฐ๐ฎ๐๐ถ๐ผ๐ป ๐ณ๐ผ๐ฟ ๐ฆ๐๐๐๐ฎ๐ถ๐ป๐ฎ๐ฏ๐น๐ฒ ๐๐ฒ๐๐ฒ๐น๐ผ๐ฝ๐บ๐ฒ๐ป๐ (๐๐ฆ๐) ๐จ๐ฃ๐ ๐ธ๐ฎ๐น๐ถ ๐ธ๐ฒ-๐ฎ
Bengkel Pemerkasaan Education for Sustainable Development (ESD) UPM Siri ke-2 telah diadakan pada 7 Oktober 2024 di Bilik Putra Future Classroom, Fakulti Pengajian Pendidikan. Program ini disertai oleh ahli Task Force ESD UPM yang komited terhadap pengintegrasian prinsip-prinsip kelestarian dalam program akademik. Bengkel ini juga turut dihadiri oleh felo CADe-Lead iaitu YBhg. Prof. Dr. Nor Aziah Alias.
Bengkel dimulakan dengan taklimat oleh Pengarah CADe-Lead selaku Pengerusi Task Force Prof. Madya Dr. Wan Zuhainis Saad berkenaan ๐๐ฅ๐ถ๐ค๐ข๐ต๐ช๐ฐ๐ฏ ๐ง๐ฐ๐ณ ๐๐ถ๐ด๐ต๐ข๐ช๐ฏ๐ข๐ฃ๐ญ๐ฆ ๐๐ฆ๐ท๐ฆ๐ญ๐ฐ๐ฑ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐ต (๐๐๐) dan kompetensi utama yang diperlukan untuk memastikan keberkesanan integrasi ESD dalam kurikulum.
Satu sesi perkongsian yang sangat menginspirasi dibawakan oleh Prof. Dr. Thian Lok Boon, Pro Vice-Chancellor - Learning and Teaching, Taylorโs University, bertajuk โ๐๐ฏ๐ฏ๐ฐ๐ท๐ข๐ต๐ช๐ฐ๐ฏ ๐ฐ๐ฏ ๐๐ฅ๐ถ๐ค๐ข๐ต๐ช๐ฐ๐ฏ ๐ง๐ฐ๐ณ ๐๐ถ๐ด๐ต๐ข๐ช๐ฏ๐ข๐ฃ๐ญ๐ฆ ๐๐ฆ๐ท๐ฆ๐ญ๐ฐ๐ฑ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐ต ๐ข๐ต ๐๐ข๐บ๐ญ๐ฐ๐ณโ๐ด ๐๐ฏ๐ช๐ท๐ฆ๐ณ๐ด๐ช๐ต๐บโ. Prof. Dr. Thian berkongsi amalan terbaik dan inovasi di Taylorโs University melalui inisiatif Impact Labs, yang menekankan kepentingan memacu universiti berdasarkan tujuan dan impak kepada masyarakat serta alam sekitar.
Kemudian, bengkel diteruskan dengan sesi perbincangan kumpulan yang memberi tumpuan kepada pengintegrasian kompetensi kelestarian ke dalam hasil pembelajaran kursus dan program.
Inisiatif pengintegrasian ESD ini juga sejajar dengan keperluan MQF2024, yang menetapkan agenda kelestarian sebagai elemen penting dalam pendidikan tinggi di Malaysia, memastikan pelajar dilengkapi dengan kompetensi yang relevan untuk menghadapi cabaran global dan menyumbang kepada pembangunan mampan.
05/10/2024
SELAMAT MENYAMBUT HARI AKADEMIA- โTRANSFORMASI AKADEMIA DENGAN AI: MASYARAKAT MADANI BERINOVASIโ
Hari Akademia yang disambut pada 5 Oktober setiap tahun bertujuan menghargai sumbangan keilmuan dan pemikiran para pendidik di peringkat pendidikan tinggi.
Seluruh warga CADe-Lead mengucapkan Selamat Menyambut Hari Akademia kepada semua para pendidik. Semoga jasa dan usaha para pendidik dalam mendidik anak bangsa terus membawa nama Malaysia unggul di persada antarabangsa.
04/10/2024
Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Kepemimpinan Akademik (CADe-Lead) bersama Persatuan Pegawai Akademik (PPA), UPM menjemput semua warga akademik menyertai aktiviti Program Bulan Pendidik UPM 2024 berikut:
MAJLIS PERASMIAN DAN UCAPTAMA BULAN PENDIDIK UPM 2024
๐๏ธ 04 Oktober 2024 (Jumaat)
โฑ๏ธ 02.45 ptg โ 05.00 ptg
oleh:
YBhg. Dato' Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah
Naib Canselor, Universiti Putra Malaysia
Semua dijemput untuk turut serta secara fizikal/ bersemuka di Dewan Taklimat Serdang, Bangunan Canselori Putra, UPM
Program turut disiarkan secara langsung melalui saluran Facebook UPM
https://www.facebook.com/UniPutraMalaysia/
Maklumat lanjut Program Bulan Pendidik UPM 2024, layari laman web CADe-Lead UPM:
https://cadelead.upm.edu.my/acara/bulan_pendidik_upm_2024-15408
Terima kasih & jumpa anda nanti.
Selamat Menyambut Bulan Pendidik!
Unggul
Akademia Kebangsaan
Akademia 2024