Pusat Islam Universiti, UPM

Pusat Islam Universiti, UPM

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pusat Islam Universiti, UPM, College & University, PUSAT ISLAM UNIVERSITI , UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA UPM, Seri Kembangan.

Media Sosial Rasmi Pusat Islam Universiti,
Universiti Putra Malaysia
Layari : https://pic.upm.edu.my
Tiktok : www.tiktok.com/@upmpusatislamofficial
WhatsApp Channel: https://whatsapp.com/channel/0029VaQGNX43LdQcFGrxJR0A

Photos from Pusat Islam Universiti, UPM's post 11/06/2026

PROGRAM SULAM PEMINDAHAN ILMU KHASIAT BIOAKTIF PANDAN: FORMULASI DETERGEN MESRA ALAM DI KOMUNITI KARIAH SERDANG

10 Jun 2026(Rabu) – Program SULAM Pemindahan Ilmu Khasiat Bioaktif Pandan: Formulasi Detergen Mesra Alam di Komuniti Kariah Serdang telah berjaya dilaksanakan di Masjid UPM hasil kerjasama antara Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul UPM, Pusat Islam UPM serta Jawatankuasa Kariah Masjid UPM.

Program ini merupakan projek pelajar Tahun 3 Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul bagi kursus Pembelajaran Perkhidmatan Berasaskan Komuniti dalam Biokimia (BCH4904) di bawah seliaan Prof. Madya Dr. Uswatun Hasanah Zaidan, Penyelaras Kursus BCH4904.

Pelaksanaan program melibatkan sesi teori dan praktikal yang memberi pendedahan kepada peserta mengenai khasiat bioaktif pandan serta penghasilan detergen mesra alam. Program ini turut disertai oleh staf Pusat Islam UPM dan komuniti Kariah Serdang sebagai usaha memperkukuh pemindahan ilmu antara universiti dan masyarakat.

Program ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap penggunaan produk mesra alam serta menggalakkan aplikasi ilmu biokimia dalam kehidupan seharian.

Photos from Pusat Islam Universiti, UPM's post 11/06/2026

LAWATAN PENANDA ARAS EKSA KE FAKULTI SAINS UPM

Pada 11 Jun 2026, Pusat Islam UPM telah mengadakan lawatan penanda aras ke Fakulti Sains UPM bagi mendapatkan perkongsian amalan terbaik dalam pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA).

Delegasi Pusat Islam UPM yang diketuai oleh Timbalan Pengarah, Encik Ahmad Nizam bin Abdullah, telah disambut oleh pegawai dan staf Fakulti Sains. Taklimat telah disampaikan oleh Puan Juita Md Tahir, Ketua Pentadbir merangkap Pengerusi EKSA Fakulti Sains, yang berkongsi pelbagai inisiatif dan aktiviti EKSA yang telah dilaksanakan.

Delegasi turut dibawa melawat beberapa lokasi tumpuan EKSA di sekitar Fakulti Sains sebagai persediaan memperkukuh pelaksanaan EKSA di Pusat Islam UPM.

Photos from Pusat Islam Universiti, UPM's post 11/06/2026

MAJLIS PERTEMUAN BERSAMA YB ABBAS AZMI, ADUN SERI SERDANG

Telah berlangsung Majlis Pertemuan Bersama YB Abbas Azmi, ADUN Seri Serdang bersama pengerusi-pengerusi serta wakil-wakil masjid dan surau Qariah Serdang di Dewan Al-Khawarizmi, Pusat Islam UPM.

Pertemuan ini bertujuan menyampaikan keputusan hasil perbincangan bersama Naib Canselor UPM berkaitan usaha penyediaan tapak tanah perkuburan baharu bagi memenuhi keperluan penduduk Qariah Serdang.

Turut hadir Pengarah Pusat Islam UPM merangkap Nazir Masjid UPM, Encik Zuhaimi Abd Rahim.

Semoga usaha dan kerjasama semua pihak dapat merealisasikan penyediaan kemudahan tanah perkuburan yang lebih teratur demi manfaat masyarakat Islam setempat.

Photos from Pusat Islam Universiti, UPM's post 10/06/2026

SESI PERKONGSIAN PROGRAM HAFAZAN AL-QURAN KANAK-KANAK (THALATHA TIS'A) SEAWAL USIA 3 TAHUN

Alhamdulillah, pada hari ini, 10 Jun 2026, telah berlangsung Sesi Perkongsian bersama Pengasas Thalatha Tis'a, YBhg. Tan Sri Dato' Seri Idris bin Jusoh di Al-Biruni Smart Space, Masjid Universiti Putra Malaysia (UPM).

Sesi ini diadakan bagi memberikan penerangan dan perkongsian mengenai Program Hafazan Al-Quran untuk kanak-kanak seawal usia 3 tahun yang akan mula dilaksanakan pada 1 Julai 2026.

Program perkongsian ini telah dihadiri oleh ibu bapa yang telah mendaftarkan anak-anak mereka untuk mengikuti program tersebut. Pelbagai input dan panduan telah dikongsikan berkaitan kaedah pembelajaran hafazan yang sesuai untuk kanak-kanak serta peranan ibu bapa dalam menyokong perkembangan hafazan anak-anak sejak usia muda.

Turut hadir ialah Puan Siti Amira binti Shukor, Bursar UPM dan Encik Zuhaimi Abd Rahim, Pengarah Pusat Islam UPM sebagai tanda sokongan terhadap usaha melahirkan generasi Al-Quran yang cemerlang.

Semoga program ini menjadi platform terbaik dalam menyemai kecintaan terhadap Al-Quran dan membentuk generasi huffaz yang berakhlak mulia serta berilmu.






09/06/2026

FREE MARKET & CARBOOT FREE @ MASJID UPM TERBUKA KEPADA SEMUA!

📅 14 JUN 2026 (Ahad)
⏰ 9.00 pagi – 3.00 petang
📍 Masjid Universiti Putra Malaysia (UPM)

Google Maps:
https://maps.google.com/?q=Masjid+Universiti+Putra+Malaysia

Ayuh hadir ke Pasar Percuma Putra, sebuah program komuniti penuh manfaat untuk seisi keluarga! 🤍

✨ Antara aktiviti menarik menanti anda:
✅ Pasar Percuma (Free Market)
✅ Carboot Free Market
✅ Bengkel Kraf Tangan
✅ Aktiviti Kanak-kanak (sukaneka, aktiviti kolaj & terapi seni )

Program ini dianjurkan bagi menyemarakkan budaya berkongsi dan menyantuni komuniti 💚

🎈 PERCUMA & TERBUKA UNTUK ORANG RAMAI

📲 Ibu bapa yang berminat untuk aktiviti kanak-kanak (5–16 tahun), sila daftar melalui QR pada poster.
Jom hadir beramai-ramai, ajak keluarga dan rakan-rakan.

Jumpa anda di Pasar Percuma Putra! 🌈

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
📞 016-5754745 - ummi
📞 011-5756 1562 - ainun

Photos from Pusat Islam Universiti, UPM's post 09/06/2026

IKLAN JAWATAN KOSONG PEGAWAI EKSEKUTIF 5 (PE5)
BILAL MASJID UPM

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Pusat Islam Universiti, UPM ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi satu (1) kekosongan jawatan sebagaimana berikut :

Jawatan dan Gred: Pegawai Eksekutif (PE5)
Taraf Jawatan: Kontrak
Penempatan: Pusat Islam Universiti, UPM
Seksyen: Seksyen Pengurusan Masjid

Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 JUN 2026 sebelum jam 4.30 petang.

Bersama ini disertakan lampiran iklan kekosongan jawatan di ruangan bawah dan link borang permohonan pada ruang komen.

08/06/2026

KULIAH MAGHRIB MASJID UPM ( 8/6/2026)

Photos from CATURMATIK's post 08/06/2026
Photos from Pusat Islam Universiti, UPM's post 08/06/2026

Majlis Penyerahan Sumbangan, Penyerahan Daging Korban dan Kotak Makanan Asas oleh Bank Rakyat

Alhamdulillah, pada 8 Jun 2026 telah berlangsung Majlis Penyerahan Sumbangan di Pusat Islam UPM oleh Bank Rakyat.

🤲 Seramai 50 penerima kategori asnaf dan staf terpilih menerima kotak makanan asas serta sumbangan wang tunai yang disampaikan oleh YBrs. Encik Roslan Din, Pengarah Wilayah Tengah & Selatan Bank Rakyat.

🏛️ Bank Rakyat turut menyalurkan RM5,000.00 kepada Masjid UPM bagi menyokong aktiviti pengimarahan dan RM10,000.00 untuk 50 penerima sumbangan.

🥩 Sebanyak 400kg daging korban diagihkan kepada orang ramai secara pandu lalu di hadapan WAZAN UPM.

Turut hadir bersama, Pengarah Pusat Islam UPM, Encik Zuhaimi Abd Rahim dan Pengarah WAZAN, Tuan Hj. Haris bin Dahlan, bersama staf Bank Rakyat.

📌

Photos from Pusat Islam Universiti, UPM's post 07/06/2026

Program Mesra Kubur UPM 2026

Program Mesra Kubur sempena Bulan Sinergi Putra UPM telah berlangsung pada 7 Jun 2026 di Tanah Perkuburan Islam Kariah Serdang(UPM).

Lebih 50 peserta terdiri daripada Kariah Masjid UPM dan staf HSAAS berganding bahu dalam gotong-royong membersihkan kawasan perkuburan. Turut hadir, Pengarah Pusat Islam UPM, Encik Zuhaimi Abd Rahim, memberi sokongan moral kepada para peserta.

🤝 Program ini mencerminkan semangat kebersamaan, ukhuwah, dan tanggungjawab sosial warga kampus bersama komuniti setempat.

Want your school to be the top-listed School/college in Seri Kembangan?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


PUSAT ISLAM UNIVERSITI , UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA UPM
Seri Kembangan