24/08/2026
PACE TURUN SEKOLAH (POTS) Siri 4 | Maahad Tahfiz As-Sa’idiyyah, Seremban
Alhamdulillah, PACE Turun Sekolah (POTS) meneruskan langkah ke Siri 4, kali ini bersama anak-anak pelajar di Maahad Tahfiz As-Sa’idiyyah (MTAS), Seremban, Negeri Sembilan.
POTS merupakan salah satu usaha PACE untuk turun ke sekolah dan mendekati generasi muda melalui perkongsian, dialog dan ruang perbincangan tentang isu-isu semasa, khususnya berkaitan Palestin, dunia Islam dan cabaran yang dihadapi generasi hari ini.
Di MTAS, kami berkesempatan bertemu dan berinteraksi dengan para pelajar dalam suasana yang cukup baik dan penuh semangat. Lebih daripada sekadar menyampaikan maklumat, POTS mahu membina kesedaran bahawa generasi muda juga mempunyai peranan dalam memahami dunia di sekeliling mereka serta membentuk masa depan masyarakat.
Terima kasih kepada pihak Maahad Tahfiz As-Sa’idiyyah atas sambutan dan ruang yang diberikan.
Semoga usaha kecil ini menjadi sebahagian daripada proses melahirkan generasi yang berilmu, cakna terhadap isu ummah dan bersedia untuk menyumbang kepada masyarakat.