20/03/2026
Syawal adalah waktu untuk pulang, bukan sekadar ke kampung halaman, tetapi pulang ke fitrah insan.
Gema takbir memecah sunyi, tanda kemenangan jiwa yang murni. Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Main agricultural research organization at the Universiti Putra Malaysia (UPM) focusing on the strategic basic and applied research and training of postgra
The Institute of Tropical Agriculture & Food Security (ITAFoS) is the main agricultural research organization at the Universiti Putra Malaysia (UPM) focusing on the strategic basic and applied research and training of postgraduate students. It consists of three Laboratories in the fields of Plantation Crops, Food Crops and Animal Production. The Heads and Associate Members of these Laboratories ar
20/03/2026
Syawal adalah waktu untuk pulang, bukan sekadar ke kampung halaman, tetapi pulang ke fitrah insan.
Gema takbir memecah sunyi, tanda kemenangan jiwa yang murni. Selamat Hari Raya Aidilfitri.
13/03/2026
📷📷📷
Photoshoot Raya Warga ITAFoS
Sekitar photoshoot Hari Raya warga ITAFoS bagi meraikan kedatangan Syawal yang penuh bermakna. Detik ini bukan sekadar rakaman gambar tetapi juga kenangan kebersamaan yang mencerminkan semangat silaturrahim dan kekeluargaan dalam kalangan warga ITAFoS. Semoga Aidilfitri ini membawa keberkatan, kegembiraan dan kesejahteraan kepada semua.
Bunga Melati indah berseri🌺,
Harum mewangi di pagi hari,
Syawal🌃 diraikan penuh harmoni,
Photoshoot raya kenangan abadi.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin
⭐️🌙
12/03/2026
SERDANG, 11 Mac 2026 – Kelab Kebajikan dan Rekreasi ITAFoS (KKDR) telah menganjurkan Program Bubur Lambuk dan Iftar Ramadan 1447H dengan jayanya pada 11 Mac 2026, yang menghimpunkan kakitangan, pembantu penyelidik serta ahli keluarga mereka bagi meraikan kebersamaan dan kemeriahan komuniti di ITAFoS.
Program dimulakan dengan sesi memasak bubur lambuk secara gotong-royong, di mana para peserta bersama-sama menyediakan bahan dan terlibat dalam proses memasak. Bubur lambuk yang telah siap kemudian diagihkan kepada kakitangan dan pelajar ITAFoS sebagai tanda penghargaan serta memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan warga institut.
Pada sebelah petang, para peserta berkumpul di Surau Fakulti Pertanian, UPM untuk mendengar tazkirah ringkas dan menunaikan solat Maghrib secara berjemaah. Selepas solat, para hadirin bergerak ke Kafeteria Fakulti Pertanian untuk menikmati juadah berbuka puasa dalam suasana mesra dan harmoni yang mengeratkan hubungan silaturahim sesama ahli.
Program ini turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik, termasuk pemberian duit raya kepada kanak-kanak yang hadir, cabutan bertuah, serta pertunjukan bunga api yang menambahkan lagi kegembiraan dan kemeriahan pada malam tersebut.
Program ini mencerminkan komitmen warga ITAFoS dalam memupuk semangat kebersamaan serta menghayati nilai-nilai murni sepanjang bulan Ramadan.
06/03/2026
Semoga keberkatan Malam Nuzul Al-Quran menyinari kehidupan kita semua.
Marilah kita memperbanyakkan membaca, memahami dan mengamalkan Al-Quran.
Selamat memperingati Nuzul Al-Quran. 🌙✨
19/02/2026
Selamat Menyambut Ramadhan Mubarak kepada semua seluruh muslimin muslimat. Semoga mendapat keberkatan di bulan yang mulia ini.
17/02/2026
Happy Chinese New Year 2026
Wishing you abundant blessings, endless joy, and great success in the year ahead.
11/02/2026
Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan (ITAFoS) dengan kerjasama Kelab Kebajikan dan Rekreasi (KKDR) ITAFoS telah menganjurkan Program Pengukuhan Kerja Berpasukan (ITAFoS) Tahun 2026 pada 6 - 8 Februari 2026 bertempat di Rock Garden Camping Resort, Gopeng, Perak.
Program ini merupakan salah satu inisiatif berterusan ITAFoS dalam memperkukuh hubungan silaturahim serta meningkatkan keberkesanan kerja berpasukan dalam kalangan warga institut. Sepanjang tiga hari penganjuran, para peserta telah didedahkan kepada pelbagai aktiviti yang menggabungkan elemen lasak, rekreasi, santai dan ilmiah bagi memastikan keseimbangan antara pembangunan fizikal, mental dan emosi.
Antara pengisian utama program ialah aktiviti telematch dan white water rafting yang dirangka khusus untuk menguji kerjasama, strategi serta komunikasi berkesan dalam kumpulan. Selain itu, slot motivasi dan sesi barbeque yang diadakan pada sebelah malam secara tidak langsung mengeratkan hubungan silaturahim dalam suasana santai.
Secara keseluruhannya, Program Pengukuhan Kerja Berpasukan (ITAFoS) 2026 berjaya mencapai objektif yang ditetapkan dan diharapkan dapat memberi impak positif terhadap budaya kerja serta mempertingkatkan semangat kebersamaan dalam kalangan warga ITAFoS pada masa akan datang.
"Serumpun Sehati, Langkah Bersama"
20/01/2026
Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil
SERDANG, 16 Januari 2026 – Kelab Kebajikan dan Rekreasi (KKDR), Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan (ITAFoS), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil bagi mendoakan Allahyarham ayahanda kepada Puan Noor Izura Ibrahim.
Majlis yang berlangsung pada jam 3.00 petang bertempat di Surau Fakulti Pertanian ini telah disertai oleh ahli-ahli KKDR serta warga ITAFoS yang beragama Islam. Program dimulakan dengan bacaan Yasin, diikuti dengan tahlil dan doa yang telah dipimpin oleh Encik Afham selaku wakil yang dilantik.
Penganjuran majlis ini mencerminkan keprihatinan serta semangat kebersamaan warga ITAFoS dalam menyantuni ahli yang ditimpa musibah. Inisiatif seumpama ini juga selaras dengan usaha KKDR dalam memperkukuh nilai kebajikan, silaturahim dan keharmonian dalam kalangan warga kerja institusi.
Majlis ini turut diserikan dengan sumbangan prihatin, hasil daripada kutipan derma ikhlas warga ITAFoS, yang telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah ITAFoS, Prof Dr. Hasliza Abu Hassim kepada Puan Izura sebagai tanda kebersamaan dan keprihatinan.
KKDR merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang hadir serta terlibat secara langsung dalam menjayakan majlis ini.
15/01/2026
Selamat memperingati Isra’ Mikraj Nabi Muhammad SAW.
Semoga peristiwa ini menjadi pemangkin untuk meningkatkan kualiti ibadah, akhlak dan ketakwaan dalam kehidupan seharian.