04/06/2026
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Dr. Nur Adilah Roslan dan Dr. Nur Biha Mohamed Nafis atas kejayaan menyertai Program Summer Institute 2026 (Train-the-Trainers Program)
Program berprestij ini dianjurkan oleh Saint Petersburg Electrotechnical University dan Ministry of Science and Higher Education of the Russian Federation, bertempat di Moscow, Obninsk dan Saint Petersburg, Russia.
Penyertaan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap kecemerlangan akademik dan komitmen dalam memperkasa pembangunan ilmu, kepimpinan serta jaringan kerjasama antarabangsa. Semoga pengalaman dan pengetahuan yang diperoleh dapat dimanfaatkan untuk memperkukuh kecemerlangan pendidikan, penyelidikan dan inovasi di universiti serta negara.
03/06/2026
🚨REGISTRATION NOW OPEN🚨
Sign up today for the WORKSHOP MASTERING MATERIAL CHARACTERIZATION: HIGHSCORE XRD ANALYSIS, PARTICLE SIZING & ZETA POTENTIAL
The Faculty of Science, UPM , alongside DKSH, Malvern Panalytical and MASS Chapter UPM, are hosting an exclusive 2-day workshop just for you!
📅 Date & time: 10–11th June 2026 | 08:30 am - 05:00 pm
📍 Venue: Bilik Saintis Gemilang, Faculty of Science, UPM
The Lineup:
🔹 Day 1 (10th June 2026): HighScore XRD Analysis
🔹 Day 2 (11th June 2026): Particle Sizing & Zeta Potential
Fees: RM 200 per day OR grab the Combo Deal for just RM 300!
🎯 Don't miss out! Click the link below or scan the QR code on the poster to lock in your seat today:
👉 Register Here: https://forms.gle/4bs9gWQjSwCYuhDG6
📧 Enquiries:
012-8112863 [email protected] / 013-9714690 [email protected]
See you there! 👋🏼
03/06/2026
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Mohd Amiruddin Abd Rahman kerana terpilih menyertai program latihan antarabangsa “Foundations of Science Diplomacy: A Training Programme for Early and Mid-Career Researchers” yang dianjurkan oleh South African Radio Astronomy Observatory (SARAO), Cape Town, South Africa.
Pencapaian ini mencerminkan kecemerlangan dan komitmen beliau dalam memperkukuh jaringan kerjasama penyelidikan antarabangsa serta memartabatkan bidang sains dan diplomasi sains di peringkat global.
Semoga penyertaan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak kejayaan, inovasi dan kolaborasi strategik yang memberi manfaat kepada universiti, negara dan komuniti saintifik sejagat.
31/05/2026
✨ Selamat Menyambut Hari Wesak ✨
Semoga sinar kedamaian, kasih sayang dan keharmonian sentiasa menerangi kehidupan kita semua.
Marilah kita bersama menyemai nilai belas ihsan, toleransi dan kesejahteraan demi membina masyarakat yang harmoni dan penuh kemakmuran.
Ikhlas daripada
Warga Jabatan Fizik, Fakulti Sains, UPM 🌸
26/05/2026
Seluruh warga Jabatan Fizik ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam.
Semoga hari yang mulia ini dipenuhi dengan keikhlasan, kesyukuran, dan kebahagiaan bersama keluarga yang tersayang 🕋 🕌✨
25/05/2026
✨ Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Mohd Amiruddin Abd Rahman atas lantikan sebagai Adjunct Professor di Universitas Brawijaya, Indonesia.
Semoga pelantikan ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan berterusan dalam bidang penyelidikan, inovasi serta pengukuhan jaringan kerjasama antarabangsa.
Warga Jabatan Fizik, Fakulti Sains UPM turut berbangga atas kejayaan projek penyelidikan yang membawa impak besar dalam pembangunan teknologi dan pertanian pintar.
🌟 Tahniah dan syabas atas pencapaian yang membanggakan!
22/05/2026
Happy Mid-Semester Break to everyone!
We’ve officially hit the halfway mark.
Time to temporarily switch off your study mode and recharge your mental batteries. Take this opportunity to rest, relax, and restore your energy.
Have a wonderful break! ✨
19/05/2026
ANUGERAH SETIA PUTRA🎖️
Warga Jabatan Fizik, Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada:
♦️Puan Noor Farizatul Shida Abdul Rahman
di atas kejayaan menerima Anugerah Setia Putra sempena Majlis Gemilang Putra (MGP) 2026.
Anugerah berprestij ini diberikan sebagai pengiktirafan dan penghargaan tertinggi kepada pegawai yang telah menabur bakti dan berkhidmat dengan penuh dedikasi untuk tempoh 20 tahun di UPM.
Terima kasih atas segala sumbangan, komitmen, dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi sepanjang dua dekad demi kecemerlangan universiti.
Semoga anugerah ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga jabatan untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik.
Selamat maju jaya!
19/05/2026
ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) 🎖️
Warga Jabatan Fizik, Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada barisan pensyarah dan pegawai yang telah dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sempena Majlis Gemilang Putra (MGP) 2026:
♦️Prof. Madya Dr. Lim Kean Pah
♦️Dr. Nizam Tamchek
♦️Puan Amira Nur Hamzah
♦️Puan Wan Nor Najwa Zahira Wan Md. Nasir
Anugerah ini merupakan pengiktirafan tertinggi ke atas prestasi cemerlang, komitmen tinggi, serta mutu kerja berkualiti yang telah ditunjukkan sepanjang tahun perkhidmatan.
Sumbangan dan dedikasi anda semua amat dihargai dalam memacu kecemerlangan Jabatan Fizik dan Fakulti Sains ke peringkat yang lebih tinggi.
Semoga pengiktirafan ini menjadi pendorong semangat untuk terus berbakti dengan cemerlang, di samping memberi inspirasi kepada seluruh warga universiti.
Syabas dan selamat maju jaya!
19/05/2026
ANUGERAH FELLOWSHIP NAIB CANSELOR (PENGAJARAN) 🎖️
Warga Jabatan Fizik, Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada:
♦️Dr. Tan Sin Tee
di atas kejayaan luar biasa menerima Anugerah Fellowship Naib Canselor (Pengajaran) - Kategori Pengajar Muda (Sains Tulen) sempena Majlis Gemilang Putra (MGP) 2026.
Anugerah berprestij ini merupakan pengiktirafan tertinggi universiti terhadap kompetensi, kreativiti, dan dedikasi tinggi beliau dalam memartabatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran (PdP) sains tulen di UPM.
Seluruh warga jabatan amat berbangga dengan pencapaian cemerlang ini. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat buat Dr. Tan Sin Tee untuk terus memacu kecemerlangan akademik, serta menjadi inspirasi kepada seluruh warga pendidik di Fakulti Sains.
Selamat maju jaya dan terus gemilang!