Sribest Lestari Perdana

Sribest Lestari Perdana Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Sribest Lestari Perdana, School, SRIBEST LP Jalan LP3/5, Lestari Perdana, Seri Kembangan.

Sekolah Rendah Islam Integrasi Bestari (SRIBEST) sebuah taman Ilmu bagi melahirkan insan Mukmin Bestari.SRIBEST kini beroperasi Lestari Perdana dan Taman Tasik Prima.

19/08/2026

4 Hari Lagi !!!
SUKBEST 2026




๐Ÿ”ฅ LATIHAN KEBAKARAN SRIBEST LESTARI PERDANA! ๐Ÿš’๐Ÿ”ฅKeselamatan bukan sekadar teori, ia perli dilatih.Pada 7 Ogos yang lalu, ...
19/08/2026

๐Ÿ”ฅ LATIHAN KEBAKARAN SRIBEST LESTARI PERDANA! ๐Ÿš’๐Ÿ”ฅ

Keselamatan bukan sekadar teori, ia perli dilatih.

Pada 7 Ogos yang lalu, Bahagian Hal Ehwal Murid SRIBEST Lestari Perdana bersama Jawatankuasa Kualiti, Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar BAHSB telah menganjurkan Program Latihan Kebakaran dengan kerjasama Balai Bomba dan Penyelamat Seri Serdang, Selangor.

Para murid bukan sahaja menyaksikan demonstrasi, malah berpeluang merasai sendiri pengalaman mengendalikan alat pemadam api, simulasi menyelamat mangsa dan prosedur menghadapi situasi kecemasan.

Lebih mengujakan, kehadiran jentera bomba dan anggota penyelamat memberikan pengalaman sebenar yang pastinya menjadi memori berharga dan ilmu yang akan kekal dalam diri anak-anak.

Matlamat kami jelas:
Membentuk generasi yang berani, tenang, peka dan tahu tindakan yang betul apabila berdepan kecemasan.

Terima kasih tidak terhingga kepada Balai Bomba dan Penyelamat Seri Serdang atas perkongsian ilmu dan kerjasama yang sangat bermakna.

SRIBEST sentiasa komited memastikan keselamatan anak-anak menjadi keutamaan!

KELAS TERBERSIH MINGGU KE 27.Tahniah kepada Kelas 2 Firdaus menjadi Pemenang Kelas Terbersih pada Minggu ke 27.Semoga te...
19/08/2026

KELAS TERBERSIH MINGGU KE 27.

Tahniah kepada Kelas 2 Firdaus menjadi Pemenang Kelas Terbersih pada Minggu ke 27.

Semoga terus konsisten dan menjadi inspirasi kepada kelas-kelas yang lain

5 HARI LAGI! SUKBEST 2026! Saat yang ditunggu-tunggu semakin hampir! Sukan Tahunan SUKBEST 2026 bakal kembali dengan sem...
18/08/2026

5 HARI LAGI! SUKBEST 2026!

Saat yang ditunggu-tunggu semakin hampir!
Sukan Tahunan SUKBEST 2026 bakal kembali dengan semangat, sorakan dan aksi hebat anak-anak Bestari!

๐Ÿ“… 23 Ogos 2026 | Ahad
โฐ 8.00 pagi
๐Ÿ“ Mini Stadium UNITEN

Ibu ayah, jom hadir beramai-ramai!
Sokongan dan sorakan anda adalah pembakar semangat buat anak-anak untuk berani mencuba, bersaing dan memberikan yang terbaik!

JOM KITA MERIAHKAN SUKBEST 2026!
Bersama Kita Hebat, Bersatu Kita Juara! ๐Ÿ†

PERCUBAAN PSRA 2 | SRIBEST LESTARI PERDANA 10 โ€“ 12 Ogos 2026Langkah demi langkah menuju kecemerlangan. Percubaan PSRA 2 ...
12/08/2026

PERCUBAAN PSRA 2 | SRIBEST LESTARI PERDANA

10 โ€“ 12 Ogos 2026

Langkah demi langkah menuju kecemerlangan.
Percubaan PSRA 2 menjadi ruang buat anak-anak SRIBEST Lestari Perdana menguji ilmu, membina keyakinan dan mempersiapkan diri menghadapi PSRA yang sebenar.

Teruskan berusaha, berdoa dan tawakal.
Semoga dipermudahkan setiap urusan dan dikurniakan kejayaan buat semua calon.

SELAMAT DATANG & SELAMAT BERTUGAS SRIBEST Lestari Perdana mengalu-alukan kehadiran Ustaz Ahmad Taqiyuddin Bin Mohd Noh, ...
07/08/2026

SELAMAT DATANG & SELAMAT BERTUGAS

SRIBEST Lestari Perdana mengalu-alukan kehadiran Ustaz Ahmad Taqiyuddin Bin Mohd Noh, Ustazah Mawar Hidayah Binti Nizam dan Ustazah Alya Batrisya Binti Mohd Zeffry ke keluarga besar SRIBEST Lestari Perdana.

Semoga kehadiran kalian membawa semangat baharu, idea yang bernilai dan menjadi asbab lahirnya lebih ramai Generasi Mukmin Bestari yang cemerlang dunia dan akhirat.

Selamat datang, selamat bertugas dan selamat menabur bakti. Bersama Kita Mendidik, Generasi Mukmin Bestari.

Daripada bahan terpakai... lahirlah sebuah impian. ๐Ÿ’šSiapa sangka, di tangan anak-anak Kelab RBT SRIBEST Lestari Perdana,...
05/08/2026

Daripada bahan terpakai... lahirlah sebuah impian. ๐Ÿ’š

Siapa sangka, di tangan anak-anak Kelab RBT SRIBEST Lestari Perdana, bahan yang dianggap tidak bernilai mampu bertukar menjadi kincir angin yang berputar penuh makna.

Setiap putaran bukan sekadar menggerakkan bilah kincir, tetapi melambangkan idea, kreativiti dan keyakinan yang sedang berkembang dalam diri mereka.

Di sinilah mereka belajar bahawa setiap masalah ada penyelesaiannya, setiap idea ada nilainya, dan setiap anak berpotensi menjadi pencipta masa depan.

Kerana di SRIBEST, kami bukan sekadar mendidik murid untuk berjaya dalam peperiksaan, tetapi membina generasi yang mampu berfikir, mencipta dan memberi manfaat kepada dunia.

Tahniah anak-anak hebat! Teruskan berani berkarya, kerana inovasi besar sentiasa bermula dengan langkah yang kecil.

โœจ TAHNIAH KELAS 2 ADNAN! ๐Ÿ†๐Ÿ’šAlhamdulillah, Kelas 2 Adnan dinobatkan sebagai Kelas Terbersih SRIBEST โ€“ Minggu Ke-26. ๐ŸŒŸKebe...
03/08/2026

โœจ TAHNIAH KELAS 2 ADNAN! ๐Ÿ†๐Ÿ’š

Alhamdulillah, Kelas 2 Adnan dinobatkan sebagai Kelas Terbersih SRIBEST โ€“ Minggu Ke-26. ๐ŸŒŸ

Kebersihan bukan sekadar amalan, tetapi mencerminkan disiplin, kerjasama dan akhlak yang unggul. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga SRIBEST untuk terus membudayakan persekitaran pembelajaran yang bersih, ceria dan kondusif.

๐Ÿ‘ Like untuk ucapkan tahniah kepada Kelas 2 Adnan dan kongsikan sebagai tanda sokongan kepada budaya kebersihan di sekolah!

Address

SRIBEST LP Jalan LP3/5, Lestari Perdana
Seri Kembangan
43300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+601137241733

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sribest Lestari Perdana posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sribest Lestari Perdana:

Shortcuts

Share

Category