🌙✨ Salam Aidilfitri ✨🌙
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin daripada warga Program Master Perancangan dan Respons Kecemasan (MERP).
Semoga Syawal yang mulia ini membawa keberkatan, kebahagiaan dan kesejahteraan buat anda sekeluarga. Dalam kegembiraan menyambut lebaran, semoga nilai keprihatinan, kesiapsiagaan dan semangat kebersamaan terus mekar dalam diri kita semua.
🌿 Selamat Hari Raya Aidilfitri 🌿
Emergency Response and Planning UPM
Graduates from this program will be able to form a network of MSc in the field of ERP...
This program is designed for emergency response and planning in various fields. The core courses of the program stress the principles and concepts, taking into account the development in technological field in facing emergency situations. Graduates from this program will be able to form a network of Master of Science in the field of Emergency Response and Planning (ERP), equipped with engineering
18/03/2026
✨ WELCOME TO MERP! ✨
Pada 11 Mac 2026 (Rabu), sesi Briefing Pelajar Baharu bagi Program Master Perancangan dan Respons Kecemasan (MERP) Semester 2 Sesi 2025/2026 telah berlangsung dengan jayanya secara atas talian melalui Google Meet 💻
Pelajar telah diberi pendedahan awal berkaitan struktur program, proses pendaftaran kursus serta maklumat penting sepanjang pengajian.
Terima kasih kepada semua pelajar yang hadir dan memberikan kerjasama yang baik 🙌
Semoga perkongsian ini membantu anda semua untuk memulakan pengajian dengan lebih lancar!
Selamat datang ke keluarga MERP dan selamat maju jaya! 🎓
30/01/2026
🎓 Pembentangan Disertasi MERP Sem 1 2025/2026
Program Master Perancangan dan Respons Kecemasan (MERP)
Telah berlangsung sesi pembentangan disertasi bagi pelajar Program Master Perancangan dan Respons Kecemasan (MERP), Universiti Putra Malaysia pada 29 Januari 2026 bertempat di Thinker Space 2.0, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia.
Sesi ini menjadi platform penting kepada pelajar untuk membentangkan hasil kajian akademik mereka di hadapan panel penyelia dan pemeriksa. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada para penyelia dan pemeriksa atas komitmen dan sokongan berterusan, serta tahniah kepada semua pelajar atas pembentangan yang telah dijalankan dengan baik. 👏
19/01/2026
📍 Lawatan Akademik ke Markas Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), NADMA
Seramai 27 orang pelajar bersama 3 orang pensyarah pengiring daripada Program Master Perancangan dan Respons Kecemasan (MERP), Universiti Putra Malaysia telah menyertai lawatan akademik ke Markas Pasukan SMART, NADMA pada 15 Januari 2026 (Khamis).
Lawatan ini memberi pendedahan langsung kepada pelajar berkaitan sistem pengurusan bencana negara, peranan SMART dalam operasi penyelamatan serta aplikasi teknologi dan latihan taktikal dalam respons kecemasan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak SMART, NADMA Malaysia atas kerjasama dan perkongsian ilmu yang amat bermakna.
09/12/2025
Latihan Praktikal Program Master Perancangan dan Respons Kecemasan (MERP)
Seramai 26 pelajar MERP, bersama 5 pegawai pengiring, telah mengikuti Latihan Praktikal di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM) Wilayah Tengah, Kuala Kubu Bharu pada 05–07 Disember 2025.
Latihan ini memberi pendedahan langsung kepada pelajar dalam aspek pengurusan bencana, operasi kecemasan dan amalan keselamatan di lapangan.
Tahniah kepada semua pelajar yang telah berjaya menamatkan latihan ini.
Terima kasih kepada ABPM Wilayah Tengah atas kerjasama yang diberikan.
02/12/2025
🎓 Majlis Konvokesyen UPM Ke-49 | 1 Disember 2025
Tahniah dan syabas diucapkan kepada 7 orang graduan Program Master Perancangan dan Respons Kecemasan (MERP) yang telah berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang!
Program ini menuntut komitmen tinggi, dedikasi dan semangat juang dalam bidang keselamatan, perancangan kecemasan serta pengurusan risiko dan anda telah membuktikan kemampuan luar biasa tersebut.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus maju dalam kerjaya serta menyumbang lebih besar dalam bidang keselamatan dan kecemasan negara. Selamat maju jaya dalam apa jua langkah selepas ini!
🎉 Tahniah sekali lagi kepada semua graduan MERP!
03/10/2025
📢 TAKLIMAT BERSAMA BAKAL PELAJAR MERP SEMESTER 1 2025/2026
Program Master Perancangan dan Respons Kecemasan (MERP) telah mengadakan sesi taklimat bersama bakal pelajar baharu Semester 1 2025/2026 pada 02 Oktober 2025 sebagai persediaan memulakan pengajian pada 13 Oktober 2025.
Taklimat ini bertujuan memberi penerangan tentang pengurusan pengajian, kaedah pengajaran & pembelajaran, serta perkongsian maklumat penting untuk memastikan perjalanan pengajian pelajar berjalan lancar.
Selamat datang ke keluarga MERP dan semoga semua pelajar berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang! 🎓✨
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Telephone
Address
Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra
Seri Kembangan
43400
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 17:00 |
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| Wednesday | 09:00 - 17:00 |
| Thursday | 09:00 - 17:00 |
| Friday | 09:00 - 17:00 |