Malaysian Research Institute on Ageing

Malaysian Research Institute on Ageing

Share

Malaysian Research Institute on Ageing(MyAgeing®) was previously known as Institute of Gerontology

Malaysian Research Institute on Ageing (MyAgeing™) UPM is a research institute that works specifically for conducting research related to aged and ageing.
. . . Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (IPPM) UPM merupakan sebuah institut penyelidikan yang berfungsi khusus bagi menjalankan penyelidikan berkaitan warga tua dan penuaan.

13/06/2026

Adakah Pita Pengukur Kunci kepada Penuaan yang Sihat? 📏💪

Tahukah anda bahawa 1 daripada 5 warga emas dalam komuniti kita mungkin mengalami sarkopenia—iaitu kehilangan j***m dan kekuatan otot? Jika tidak dikesan lebih awal, ia boleh meningkatkan risiko jatuh, kelemahan fizikal (frailty), dan kemasukan ke hospital.

Berita baiknya, penyelidik kami di MyAgeing® UPM telah mengkaji cara yang lebih berkesan untuk melakukan saringan!

Apa itu SARC-CalF?

Ia menggabungkan soal selidik SARC-F (tentang kekuatan dan pergerakan anda) dengan ukuran lilitan betis menggunakan pita pengukur yang ringkas.

Mengapa kajian ini penting?

Lebih Tepat: Menambah ukuran lilitan betis terbukti meningkatkan ketepatan pengesanan berbanding hanya menggunakan soal selidik sahaja.

Mesra Komuniti: Ia pantas, kos rendah, dan tidak memerlukan peralatan perubatan yang canggih.

Disesuaikan untuk rakyat Malaysia: Kajian kami mencadangkan bahawa penggunaan skor 7 atau lebih boleh menjadikan saringan lebih berkesan untuk pop**asi warga emas tempatan.

Pengesanan awal adalah langkah pertama ke arah intervensi yang lebih baik agar kita kekal aktif lebih lama. Jom, utamakan kesihatan otot kita seiring peningkatan usia!

Tahniah diucapkan kepada ketua program, Prof. Dr. Chan Yoke Mun, serta seluruh pasukan penyelidik atas kejayaan penerbitan jurnal ini.

🔗 Baca kajian penuh di sini: https://journals.lww.com/amah/fulltext/9900/enhancing_sarcopenia_screening__evaluating_the.12.aspx

®

English Version

Is a Simple Tape Measure the Key to Healthier Ageing? 📏💪

Did you know that 1 in 5 older adults in our community may be living with sarcopenia—a condition involving the loss of muscle mass and strength? Left undetected, it can increase the risk of falls, frailty, and hospitalisation.

The good news? Our researchers at UPM’s MyAgeing® have been testing a better way to screen for this!

What is the SARC-CalF?

It combines the standard SARC-F questionnaire (which asks about your strength and mobility) with a simple calf circumference measurement using a tape measure.

Why does this research matter?

More Accurate: Adding calf circumference significantly improves detection compared to using the questionnaire alone.

Community-Friendly: It’s quick, low-cost, and requires no specialised medical equipment.

Tailored for Malaysians: Our study suggests that adjusting the scoring cut-off to 7 or higher could make screening even more effective for our local pop**ation.

Early detection is the first step toward better intervention and staying active for longer. Let’s prioritize muscle health as we age!

Hearty congratulations to Prof. Dr. Chan Yoke Mun and the research team for their hard work and successful publication.

🔗 Read the full study here: https://journals.lww.com/amah/fulltext/9900/enhancing_sarcopenia_screening__evaluating_the.12.aspx

®

13/06/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan,

JEMPUTAN MENGHADIRI WEBINAR SKIM KESELAMATAN PERKESO LINDUNG 24 JAM SEMPENA BULAN SINERGI PUTRA 2026

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa bersempena Bulan Sinergi Putra 2026, Jawatankuasa Latihan dan Sumber Pembelajaran (TERA), Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing®), Universiti Putra Malaysia akan menganjurkan Webinar Skim Keselamatan PERKESO Lindung 24 Jam seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 16 Jun 2026 (Selasa)
Masa: 10:00 pagi – 12:00 tengah hari
Platform: Google Meet

Sehubungan dengan itu, YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan dijemput menyertai webinar ini dengan membuat pendaftaran melalui pautan berikut:
https://forms.gle/gF6v6mZmPhb61aDR7.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Farid di talian 011-18543083.

Segala kerjasama dan sokongan pihak YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Photos from Malaysian Research Institute on Ageing's post 13/06/2026

National Forum: Residential And Non-Residential Aged Care Industry In Malaysia – Is There A Way Forward?

SERDANG, 11 June 2026 – More than 50 stakeholders from across Malaysia’s aged care ecosystem convened at the National Forum on Residential and Non-Residential Aged Care Industry in Malaysia: Is There a Way Forward? to explore strategies for strengthening and futureproofing the nation’s aged care sector amid a rapidly ageing pop**ation.

The forum, jointly organised by the Malaysian Research Institute on Ageing (MyAgeing®), Universiti Putra Malaysia (UPM), the ASEAN Centre for Active Ageing and Innovation (ACAI), the Malaysian Caregivers Association (KENDANA), the Association for Residential Aged Care Operators of Malaysia (AGECOPE), and the Malaysian Association for Social Care Professionals and Homes (MASOC CARE), attracted 55 participants comprising researchers, industry leaders, policymakers, care providers, and practitioners.

The forum brought together stakeholders to discuss key challenges and emerging opportunities in Malaysia’s residential and community-based aged care services. Discussions centred on the growing demand for accessible, affordable, and high-quality care as the country transitions towards an ageing society.
The forum featured a distinguished panel of experts, including Y.A.M. Che’ Puan Intan Safinaz Redzuan Ranjit, Chair of AGECOPE Wilayah Persekutuan and Founder of Laman Khaira Care Centre; Mr. Rashidi Yahaya, President of KENDANA Malaysia and Chief Executive Officer of Seterra Group; Associate Professor Dr. Edward Foo Loke Min, Head of Active Ageing and Innovation at MASOC CARE and Director of the Institute of Ageing and Professional Care, New Era University College (NEUC); and Dr. Naim Laeni, Plan and Policy Analyst at ACAI.

Drawing on their extensive experience, the panellists shared insights on industry developments, policy directions, workforce challenges, service quality standards, and the critical role of multi-stakeholder partnerships in building a resilient aged care ecosystem. Discussions also highlighted the importance of strengthening governance, enhancing workforce capacity, and promoting innovative care models that support ageing in place and person-centred care.

Participants emphasised the need for a sustainable, inclusive, and integrated aged care system that safeguards the wellbeing, dignity, and quality of life of older persons. The forum concluded with a collective commitment among stakeholders to foster stronger collaboration, drive continuous improvement, and advance policy and industry initiatives that will better meet the evolving needs of Malaysia’s growing older pop**ation.

12/06/2026

📢 HEBAHAN HARI PENGUMPULAN BAHAN KITAR SEMULA MyAgeing®

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

YBhg. Prof./YBrs. Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan,

Dimaklumkan bahawa Hari Pengump**an Bahan Kitar Semula MyAgeing® akan diadakan seperti ketetapan berikut:

🗓️ Tarikh: 15 Jun 2026 (Isnin)
📍 Tempat Pengump**an: Foyer MyAgeing®
🕘 Masa Pengump**an: 9.00 pagi – 12.00 tengah hari
🕑 Sesi Penjualan: 2.00 petang – 4.00 petang

Sehubungan itu, semua warga MyAgeing® adalah dialu-alukan untuk membawa dan mengumpulkan bahan-bahan yang boleh dikitar semula seperti:

♻️ Kertas dan kotak
♻️ Botol plastik
♻️ Aluminium / tin minuman
♻️ E-waste (peralatan elektrik dan elektronik kecil)

📌 Untuk makluman, program ini juga merupakan sebahagian daripada penyertaan MyAgeing® dalam pertandingan Race to Recycle sempena Bulan Sinergi Putra 2026. Jumlah dan berat bahan kitar semula yang berjaya dikumpulkan akan direkodkan sebagai markah penyertaan PTJ.

Justeru, marilah kita bersama-sama menyokong usaha kelestarian ini dengan membawa bahan kitar semula dari pejabat atau rumah bagi membantu meningkatkan pencapaian MyAgeing® dalam pertandingan tersebut.

"Sedikit Sumbangan Anda, Besar Impaknya kepada Bumi Kita." 🌏♻️

Kerjasama dan sokongan daripada semua warga MyAgeing® amatlah dihargai.

Terima kasih.

12/06/2026

📢 PEMBUKAAN RASMI MEE KICAP IPOH (MKI) DI MyAgeing®, UPM! 🍜🎉

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan sukacitanya kami menjemput warga UPM dan orang ramai untuk memeriahkan Pembukaan Mee Kicap Ipoh (MKI) di Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing®), UPM.

🎊 PROMOSI PEMBUKAAN ISTIMEWA 🎊

🎁 100 pax Mee Kicap Ipoh PERCUMA
🎁 100 pax Ayam Gepuk PERCUMA

Terhad kepada 100 pengunjung terawal bagi setiap menu. Selagi stok masih ada.

🍜 Rasai sendiri keenakan Mee Kicap Ipoh Signature yang terkenal dengan rasa kicap autentik, bahan-bahan premium dan sajian yang segar setiap hari.

✅ Rasa Kicap, Jiwa Perak
✅ Bahan Premium
✅ Segar Setiap Hari
✅ Memang Padu!
✅Sarapan pagi & tengahari yang mantap!

📅 Tarikh: 15 Jun 2026
⏰ Waktu Operasi: 7:00 pagi - 5:00 ptg
📍 Lokasi: Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing®), UPM

*Menu Pembukaan bermula jam 11.00 Pg sehingga habis*

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan istimewa ini dan menjadi antara yang terawal merasai menu signature kami.

📌 Jom datang beramai-ramai dan kongsikan kepada keluarga, rakan-rakan serta warga UPM yang lain!

🍜✨

Photos from Malaysian Research Institute on Ageing's post 12/06/2026

MANILA, 3 - 4 June - The ASEAN High-Level Forum on Unlocking the Silver Economy brought together regional stakeholders in Pasay City, Manila, to discuss strategies for preparing Southeast Asia for its rapidly ageing pop**ation. Jointly organized by the Philippine Department of Social Welfare and Development (DSWD), the United Nations Pop**ation Fund (UNFPA), and the Economic Research Institute for ASEAN and East Asia (ERIA), the forum addressed the projected surge of older persons in the region to 127 million by 2035. Government officials, private sector leaders, and international experts exchanged policy insights and best practices aimed at transforming demographic ageing from a societal challenge into an economic opportunity.

The forum underscored the urgent need for a cohesive silver economy strategy that integrates technological innovation, lifelong learning, healthy ageing, age-friendly infrastructure, and sustainable financing models. Participants explored new caregiving systems, senior-inclusive employment policies, and digital tools designed to enhance independent living. A key highlight was the Silver Economy Innovation Gallery, which showcased cutting-edge healthcare technologies and social enterprise models.

Mr. Chai Sen Tyng, Senior Research Officer from the Social Gerontology Laboratory, participated in Session 2 discussions on "Healthy Ageing and the Care Economy" with four other panelists. The session was moderated by Prof. Dr. Grace T. Cruz from the University of the Philippines Pop**ation Institute (UPPI). The two-day event concluded with a strong commitment from ASEAN member states to finalize and adopt a regional framework that ensures social protection, health equity, and active economic participation for the older persons across Southeast Asia.

11/06/2026

Residential and Non-Residential Aged Care Industry in Malaysia : Is there a Way Forward

Photos from Malaysian Research Institute on Ageing's post 10/06/2026

Pelajar Psikologi Perkembangan Dewasa FEM Teroka Inovasi Warga Emas di MyAgeing®

SERDANG, 8 Jun – Seramai 53 orang pelajar daripada Fakulti Ekologi Manusia (FEM), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing®) Isnin lalu. Lawatan pengayaan akademik ini merupakan sebahagian daripada komponen praktikal bagi kursus Psikologi Perkembangan Dewasa dan Penuaan. Kehadiran kump**an pelajar tersebut turut diiringi oleh Dr. Asmidawati Ashari selaku pensyarah bagi kursus berkenaan.

Program lawatan ini dimulakan dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh Encik Mohd Rizal Hussain, Pegawai Penyelidik di MyAgeing®. Dalam sesi tersebut, para pelajar telah didedahkan kepada pelbagai maklumat merangkumi trend serta cabaran penuaan penduduk di Malaysia, penyelidikan terkini, dan juga peranan dinamik yang boleh dimainkan oleh mereka sebagai bakal graduan dalam menyokong kesejahteraan warga emas pada masa hadapan. Sesi ini memainkan peranan penting dalam memperkukuh pemahaman teori pelajar sebelum mereka didedahkan kepada aplikasi praktikal dalam persekitaran sebenar.

Lawatan menjadi lebih interaktif apabila para pelajar dibawa meninjau fasiliti di MyAgeing®. Sesi jelajah yang dikendalikan oleh Datin Siti Suhailah Abdullah ini memberi peluang kepada pelajar melihat sendiri makmal-makmal penyelidikan serta memahami operasi dan perkhidmatan yang ditawarkan. Sesi ini membantu pelajar mengaitkan pembelajaran teori dengan aplikasi praktikal dalam bidang penuaan dan kesejahteraan warga emas.

Menurut Dr. Asmidawati Ashari, lawatan sambil belajar seperti ini memberikan peluang keemasan kepada pelajar untuk melihat sendiri realiti industri dan perkembangan penyelidikan penuaan di peringkat nasional. Beliau menyifatkan pendedahan langsung ini bukan sahaja memperkayakan kefahaman akademik pelajar, malah berjaya membuka minda mereka tentang prospek kerjaya yang luas dalam bidang gerontologi. Melalui penganjuran program berimpak seperti ini, FEM UPM membuktikan komitmen berterusan dalam melahirkan graduan yang holistik, peka, dan bersedia mendepani isu-isu sosial negara terutamanya dalam fasa persediaan Malaysia menuju status negara tua.

09/06/2026

Siri 19/2026

BM version:

Pernah tertanya-tanya kenapa satu sumber kata sesebuah negara dikira “menua” pada 7%, tetapi sumber lain p**a guna 10%? 🤔

Sebenarnya, kedua-duanya tidak semestinya salah — bezanya terletak pada had umur yang digunakan.

Ada sumber yang menggunakan 65 tahun ke atas. Ada yang menggunakan 60 tahun ke atas. Ambang peratusan yang digunakan pun berbeza bergantung pada kerangka tersebut.

Untuk perbandingan antarabangsa, kerangka 65+ yang lazim digunakan ialah:
🔹 7% = masyarakat menua
🔹 14% = masyarakat tua
🔹 20% = masyarakat sangat tua

Namun dalam konteks dasar di Asia — terutama apabila “warga emas” ditakrifkan sebagai 60 tahun ke atas — had peratusannya boleh berbeza.

Infografik ini membantu kita memahami perbezaan antara beberapa sistem klasifikasi supaya kita tidak tersalah banding angka dan istilah. Beza kecil pada had umur, kesannya besar pada analisis. 📊

English version:

Ever wondered why one source says a country is “ageing” at 7%, while another uses 10%? 🤔

The truth is — both could be right. The difference lies in which age threshold is being used.

Some sources use 65 and above. Others use 60 and above. And the percentage benchmarks shift depending on the framework.

For international comparisons, the commonly used 65+ framework is:
🔹 7% = ageing society
🔹 14% = aged society
🔹 20% = super-aged society

However, in certain Asian policy contexts — especially where “senior citizens” are defined as 60 and above — the thresholds can differ.

This infographic breaks down the different classification systems so we’re not mixing up numbers and terms when making comparisons. A small difference in age threshold can have a big impact on analysis. 📊

08/06/2026

MyAgeing® Terima Kunjungan Hormat PAWE Putrajaya, Teroka Kerjasama Baharu Bagi Tahun 2026

SERDANG, 5 Jun – Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing®), UPM telah menerima kunjungan hormat daripada barisan kepimpinan Persatuan Aktiviti Warga Emas (PAWE) Putrajaya. Kunjungan tersebut disambut mesra oleh Pengarah MyAgeing®, Prof. Madya Dr. Rahimah Ibrahim, bersama pegawai-pegawai penyelidik institut dalam usaha memperkukuh hubungan strategik yang telah lama terjalin antara kedua-dua pihak.

Fokus utama perbincangan dalam pertemuan tersebut adalah hasrat bersama untuk memperbaharui komitmen melalui penyambungan semula Memorandum Persefahaman (MoU) yang telah tamat tempoh sebelum ini. Pembaharuan MoU ini dilihat penting bagi memastikan kesinambungan program pembangunan warga emas yang berimpak tinggi dapat diteruskan secara lebih menyeluruh pada masa hadapan.

Selain itu, perbincangan turut memberi tumpuan kepada penerokaan peluang kerjasama baharu bagi tahun 2026. Antara agenda utama yang dibincangkan termasuk usaha pemindahan ilmu dan pembangunan kapasiti melalui program latihan berasaskan penyelidikan yang dapat dimanfaatkan oleh ahli-ahli PAWE.

Menurut Prof. Madya Dr. Rahimah Ibrahim, sinergi antara MyAgeing® dan PAWE Putrajaya merupakan satu langkah yang signifikan dalam memperkasakan agenda penuaan aktif dan sihat dalam komuniti. Beliau berkata, gabungan kepakaran akademik yang dimiliki oleh pihak institut bersama rangkaian komuniti yang kukuh di bawah PAWE berupaya mewujudkan ekosistem penuaan yang lebih berkualiti, inklusif dan progresif demi kesejahteraan warga emas negara.

Kunjungan hormat tersebut diakhiri dengan sesi fotografi bersama sebagai simbolik kepada pengukuhan hubungan serta komitmen kedua-dua pihak dalam meneruskan kerjasama strategik pada masa hadapan.

Want your school to be the top-listed School/college in Seri Kembangan?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Malaysian Research Institute On Ageing, Persiaran Mardi-UPM
Seri Kembangan
43400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00