Kolej Tan Sri Aishah Ghani UPM

Kolej Tan Sri Aishah Ghani UPM

Share

Tan Sri Aishah Ghani College in Universiti Putra Malaysia. Kolej Kediaman Terunggul di Universiti Putra Malaysia. Sejahtera. Ceria. Terbilang.

01/06/2026

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447 Hijrah.

Sembah Takzim daripada kami, pihak pengurusan, pelajar serta warga Kolej Tan Sri Aishah Ghani.

Allah Peliharakan Sultan.

Sekian, terima kasih.

“Sejahtera, Ceria, Terbilang”

Ikhlas daripada seluruh warga
Kolej Tan Sri Aishah Ghani
Universiti Putra Malaysia

Instagram: .upm
Facebook: Kolej Tan Sri Aishah Ghani UPM

01/06/2026

🌾 SELAMAT HARI GAWAI 🌾

“Gayu Guru Gerai Nyamai” — Semoga panjang umur, sihat sentiasa dan murah rezeki.

Warga Kolej Tan Sri Aishah Ghani (KTAG) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Gawai kepada seluruh warga Sarawak serta semua yang meraikannya.

Hari Gawai bukan sekadar perayaan menuai hasil, tetapi juga lambang kesyukuran, perpaduan dan penghargaan terhadap warisan budaya yang kaya dan berwarna-warni. Semoga sambutan yang diraikan bersama keluarga dan sahabat tercinta membawa kebahagiaan, keharmonian serta mempereratkan hubungan sesama masyarakat.

Sekian, terima kasih.

“Sejahtera, Ceria, Terbilang”

Ikhlas daripada seluruh warga
Kolej Tan Sri Aishah Ghani
Universiti Putra Malaysia

Instagram: .upm
Facebook: Kolej Tan Sri Aishah Ghani UPM

26/05/2026

SALAM AIDILADHA 1447H

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh warga Kolej Tan Sri Aishah Ghani. Semoga hari yang penuh keberkatan ini mengajar kita erti pengorbanan, keikhlasan dan kasih sayang sesama insan.

Semoga setiap amal ibadah dan pengorbanan yang dilakukan diterima oleh Allah SWT serta membawa kebahagiaan, ketenangan dan keberkatan buat kita semua.

Sekian, terima kasih.

“Sejahtera, Ceria, Terbilang”

Ikhlas daripada seluruh warga
Kolej Tan Sri Aishah Ghani
Universiti Putra Malaysia

Instagram: .upm
Facebook: Kolej Tan Sri Aishah Ghani UPM

24/05/2026

💙💛 Di sini mulanya langkah kita…

Tempat kita belajar berdikari, berjaga malam, survive assignment, bina persahabatan dan cipta seribu satu memori.

Kini, tibalah masanya untuk kita kembali dan menghidupkan semula nostalgia itu ✨

🎓 *Reunion Hi-Tea Alumni Kolej 13*
📅 8 Ogos 2026 (Sabtu)
⏰ 2.00 - 5.00PM
📍 Dewan Putra 1, Kolej Tan Sri Aishah Ghani, UPM

Jom luangkan sedikit masa untuk bertemu semula sahabat lama, berkongsi cerita kehidupan, dan mencipta kenangan baharu bersama keluarga besar Kolej 13 ❤️

📌 Register di sini:
https://forms.gle/X4X7HkKCNCTdNHYw7

Once a Thirteen Warrior, always a Thirteen Warrior ✨

Photos from Kolej Tan Sri Aishah Ghani UPM's post 20/05/2026

UCAPAN TAHNIAH

Tahniah diucapkan kepada Ts. Mohamad Hafis Bin Kamaruddin, Ketua Felo Kolej atas kejayaan menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan tahniah juga diucapkan kepada En. Mohammad Amirul Akram Bin Razman, Pembantu Kemahiran (H1) atas kejayaan menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sempena Majlis Gemilang Putra 2026.

Pengiktirafan ini merupakan satu penghormatan yang amat bermakna hasil daripada komitmen, dedikasi, kesungguhan serta semangat kerja berpasukan yang sentiasa ditunjukkan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan penuh cemerlang. Kejayaan yang diraih bukan sahaja membanggakan diri sendiri, malah turut mengharumkan nama kolej dan universiti.

Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi serta pemangkin semangat untuk terus melakar kecemerlangan, memperkukuhkan budaya kerja berkualiti dan terus memberikan perkhidmatan terbaik demi kebajikan serta kesejahteraan seluruh warga kolej dan universiti.

Sekali lagi, tahniah dan syabas atas pencapaian yang membanggakan ini. Semoga terus maju jaya dan dipermudahkan segala urusan pada masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

“Sejahtera, Ceria, Terbilang”

Ikhlas daripada seluruh warga
Kolej Tan Sri Aishah Ghani
Universiti Putra Malaysia

Instagram: .upm
Facebook: Kolej Tan Sri Aishah Ghani UPM

16/05/2026

Salam sejahtera warga Kolej Tan Sri Aishah Ghani, Universiti Putra Malaysia.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Pasukan Softball Wanita atas pencapaian cemerlang mereka menempatkan diri sebagai tempat kedua sempena Sukan Kolej UPM (SUKPRA), Sesi 2025/2026.

Kejayaan ini menjadi bukti kepada komitmen dan usaha mereka dalam memartabatkan agenda kelestarian dan mengharumkan nama Kolej Tan Sri Aishah Ghani peringkat universiti dan kebangsaan.

Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi buat semua mahasiswa untuk terus berusaha dalam membina kecemerlangan diri, masyarakat dan negara.

Sekian, terima kasih.

“Sejahtera, Ceria, Terbilang”

Ikhlas daripada seluruh warga
Kolej Tan Sri Aishah Ghani
Universiti Putra Malaysia

Instagram: .upm
Facebook: Kolej Tan Sri Aishah Ghani UPM

Photos from Kolej Tan Sri Aishah Ghani UPM's post 16/05/2026

TAHNIAH KEPADA SEMUA PENERIMA ANUGERAH

Majlis Perwakilan Kolej (MPK) dan pihak pengurusan Kolej Tan Sri Aishah Ghani merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh penerima anugerah sempena Malam Permata Gemilang 2026 yang telah berlangsung dengan penuh gemilang pada 10 Mei 2026 bertempat di Grand Oasis Event Hall.

Pengiktirafan yang diterima merupakan hasil usaha, komitmen, kepimpinan serta kecemerlangan yang telah ditunjukkan sepanjang sesi pengajian di kolej. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga KTAG untuk terus melakar kecemerlangan dalam akademik, kepimpinan, kesukarelawanan, sukan dan sahsiah diri.

“Permata yang bersinar hari ini, pencetus kejayaan masa hadapan.”

Sekali lagi, tahniah dan syabas kepada semua penerima anugerah!

Sekian, terima kasih.

“Sejahtera, Ceria, Terbilang”

Ikhlas daripada Majlis Perwakilan Kolej
Kolej Tan Sri Aishah Ghani
Universiti Putra Malaysia

Instagram: .upm
Facebook: Kolej Tan Sri Aishah Ghani UPM

16/05/2026

SELAMAT HARI GURU

“Guru ibarat lilin yang menyinari hidupku” setiap ilmu yang dicurahkan, setiap nasihat yang diberikan, dan setiap pengorbanan yang dilakukan menjadi cahaya yang menerangi perjalanan anak bangsa menuju kejayaan.

Warga Kolej Tan Sri Aishah Ghani merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua insan bergelar pendidik yang tidak pernah jemu mendidik, membimbing dan membentuk generasi berilmu serta berakhlak mulia.

Semoga segala jasa dan pengorbanan para guru sentiasa diberkati dan menjadi amal yang berpanjangan. Teruslah menjadi inspirasi dan penyuluh kehidupan buat semua pelajar.

Sekian, terima kasih.

“Sejahtera, Ceria, Terbilang”

Ikhlas daripada seluruh warga
Kolej Tan Sri Aishah Ghani
Universiti Putra Malaysia

Instagram: .upm
Facebook: Kolej Tan Sri Aishah Ghani UPM

10/05/2026

SELAMAT HARI IBU

Kasih ibu membawa seribu erti,
pengorbanannya tidak terhitung,
doanya sentiasa mengiringi setiap langkah anak-anak menuju kejayaan.

Sempena sambutan Hari Ibu ini, warga Kolej Tan Sri Aishah Ghani ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ibu atas kasih sayang, pengorbanan serta cinta yang tiada batas.

Semoga semua insan bergelar ibu sentiasa dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan rahmat yang berpanjangan. ✨

“Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.”

Sekian, terima kasih.

“Sejahtera, Ceria, Terbilang”

Ikhlas daripada seluruh warga
Kolej Tan Sri Aishah Ghani
Universiti Putra Malaysia

Instagram: .upm
Facebook: Kolej Tan Sri Aishah Ghani UPM

Want your school to be the top-listed School/college in Seri Kembangan?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Kolej Tan Sri Aishah Ghani
Seri Kembangan
43400

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00