15/02/2016
Rebutlah peluang pekerjaan dengan menyertai Program Bootcamp kerjasama di antara Kementerian Belia dan Sukan dengan KL Airport Services Sdn. Bhd. DRB HICOM bagi Customer Service Officer dan Ramp Service Assistant seperti dinyatakan dlm ringkasan skop kerja di bwh. Program ini dibuka kepada para belia yang berminat dan mempunyai kelayakan seperti berikut.
1. Customer Service Officer
Skop Kerja β
Γ Meliputi pengurusan pengendalian penumpang pesawat, pengurusan kemasukan kaunter "Check-In" , pengendalian pengurusan, penumpang ke pintu-masuk ke pesawat, "Meet & Assist", perkhidmatan pengurusan "Lost & Found" bagasi penumpang pesawat di lapangan terbang
Γ Lokasi kerja: KLIA1 dan 2
Γ Pakej gaji RM1600.00 ke atas (termasuk elaun kedatangan)
Kriteria Pemilihan
Γ Diploma dari pelbagai bidang (SPM/SPVM/SAP/SKM/STPM atau setaraf dengannya boleh dipertimbangkan)
Γ Minimum kredit / C5 atau C- bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau
Γ Minima MUET Band 3 atau lulus Test of English for International Communication (TOEIC)
Γ Minimum Gred C dalam matapelajaran Bahasa Inggeris dalam program Diploma
Γ Warganegara Malaysia: Lelaki dan Perempuan
Γ Berumur antara 18 β 35 tahun
Γ Berpersonaliti menarik
Γ Mempunyai skil di dalam Khidmat Pelanggan
Γ Keutamaan kepada calon yang berkebolehan bertutur dan menulis didalam bahasa ke 3 (Arab, Jepun, Mandarin, dsb)
Γ Tinggi minima: 158 cm (Perempuan) & 168 cm (Lelaki)
Γ Berat: 50 β 58 kg (Perempuan) & 60 β 68 kg (Lelaki)
Γ Sanggup bekerja pada waktu shif
Γ Tidak muflis
Γ Tiada rekod jenayah / dadah
2. Ramp Service Officer
Skop Kerja β
Γ Mengendalikan operasi pengurusan bagasi penumpang dan peralatan pengendalian darat di kawasan lapangan terbang
Γ Lokasi kerja: KLIA1 dan 2
Γ Pakej gaji RM1525.00 ke atas (termasuk elaun kedatangan, prestasi, seragam, memandu)
Kriteria Pemilihan
Γ Sekurang2nya SPM/SPVM/SAP/SKM atau setaraf dengannya (Diploma dari pelbagai bidang boleh dipertimbangkan)
Γ Minima β Kredit di dalam Bahasa Malaysia semasa SPM
Γ Warganegara Malaysia: Lelaki sahaja
Γ Berumur antara 18 β 35 tahun
Γ Sihat tubuh badan
Γ Mempunyai lesen memandu yang sah Kelas D (Penuh)
Γ Keutamaan kepada calon yang mempunyai latarbelakang / kemahiran Mekanikal
Γ Tinggi minima: 160 cm
Γ Sanggup bekerja pada waktu shif
Γ Tidak muflis
Γ Tiada rekod jenayah / dadah
Ringkasan dan Keistimewaan Program Bootcamp Kerjasama KBS βKLAS DRB HICOM
Γ Latihan intensif 3 bulan sepenuhnya di KLAS/KLIA
Γ Penginapan dan pengangkutan disediakan
Γ Elaun disediakan sepanjang latihan
Borang permohonan boleh dimuatturun di Facebook Institut Latihan Kementerian Belia dan Sukan. Bole juga memohon borang melalui emel kpd [email protected] atau [email protected]. Semua permohonan hendaklah dihantar sama ada melalui emel, faks atau dikirim terus sebelum 19 Februari 2016 kepada :
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Cawangan Latihan Luar
Aras 3, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia
Menara KBS
No. 27, Persiaran Perdana, Presint 4
62570 PUTRAJAYA
(u.p: En. Mohd Khairulshahril bin Isa)
Tel : 03-8871 3682
Faks : 03-8888 8785
Emel : [email protected]
Permohonan yg berjaya akan diminta untuk menghadiri sesi temuduga yang akan diadakan pada ketetapan berikut:
Jawatan : Customer Service Officer
Tarikh : 22 Februari 2016
Jawatan. : Ramp Service Assistant
Tarikh : 23 Februari 2016
Masa : 9.00 pagi β 6.00 petang
Tempat : Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Aras 4, Menara KBS, No 27, Persiaran Perdana, Presint 4, 62570 Putrajaya.
Mohon dihebahkan. Terima kasih.