SK Taman Sungai Besi Indah

SK Taman Sungai Besi Indah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from SK Taman Sungai Besi Indah, Elementary School, SK Taman Sungai Besi Indah, Seri Kembangan.

PENYAMPAIAN HADIAH PERHIMPUNAN MINGGU KE-20 SKTSBITarikh  : 29.6.2026, IsninTempat : Dataran Adenium SKTSBI1. Tahniah Ke...
29/06/2026

PENYAMPAIAN HADIAH PERHIMPUNAN MINGGU KE-20 SKTSBI

Tarikh : 29.6.2026, Isnin
Tempat : Dataran Adenium SKTSBI

1. Tahniah Kelas 4 Tulip, sekali lagi muncul sebagai Johan Pertandingan Keceriaan Kelas

2. Tahniah Pasukan Ragbi SK Taman Sungai Besi Indah merangkul Tempat Ketiga Cup dalam Sirkit 2 Barbarian Rimau Bawah 11 Tahun Tahun 2026

3. Tahniah Adik Anas Zafri pemenang Saguhati Larian 75m Kategori Sindrom Down Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas MSSD Petaling Perdana 2026

4. Tahniah Adik Isyraq Anaqi pemenang Pingat Gangsa dalam acara Lompat Jauh Kategori BPL Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas MSSD Petaling Perdana 2026

5. Tahniah Adik Hariz Shafiy atas pencapaian cemerlang dalam Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas MSSD Petaling Perdana 2026:

i. Emas Larian 100m Kategori BPL
ii. Emas Larian 200m Kategori BPL
iii. Olahragawan Kategori BDL12

TAKLIMAT & PELAKSANAAN PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK TAHUN 4Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Berikut dilampirkan Jadual ...
28/06/2026

TAKLIMAT & PELAKSANAAN PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK TAHUN 4

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Berikut dilampirkan Jadual Taklimat & Pelaksanaan Pentaksiran Psikometrik Tahun 4

๐Ÿ“ŒMohon ibu bapa pastikan anak hadir ke sekolah bagi Taklimat & pelaksanaan psikometrik 29&30 Jun 2026 (sekiranya sihat).

Sekian untuk makluman dan tindakan.

Terima kasih๐Ÿ˜Š

ุงู„ุณูŽู‘ู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ูYg Dihormati,Ibu bapa dan penjaga murid. *Program SMART SOLAT (TAHAP...
10/06/2026

ุงู„ุณูŽู‘ู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู

Yg Dihormati,
Ibu bapa dan penjaga murid.

*Program SMART SOLAT (TAHAP 1)*

Dengan ini dimaklumkan, Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab akan melaksanakan, Program SMART solat pada ketetapan berikut:

๐Ÿ•’Tarikh: 12/6/26 *(Jumaat)*
๐Ÿ•’ Masa: Waktu persekolahan sesi petang

๐Ÿ“Sasaran: Semua murid islam tahap 1
๐Ÿ“Pakaian: Baju sukan sekolah
๐Ÿ“ Peralatan : Alat tulis dan warna, sejadah dan buku nota

๐Ÿ“PDPC ditangguhkan pada hari tersebut, tidak perlu membawa buku teks.

"SOLAT MEMBENTUK GENERASI BERJAYA"

TAKLIMAT AKADEMIK IBU BAPA & PENJAGA TAHUN 4 2026Semua ibu bapa dan penjaga murid-murid telah dijemput menghadiri Taklim...
09/06/2026

TAKLIMAT AKADEMIK IBU BAPA & PENJAGA TAHUN 4 2026

Semua ibu bapa dan penjaga murid-murid telah dijemput menghadiri Taklimat Akademik Tahun 4 2026 yang berlangsung pada hari Selasa, 9 Jun 2026. Antara isi utama taklimat ini adalah kesediaan pihak sekolah dalam mempersiapkan anak-anak bagi menghadapi Matriks Pembelajaran Malaysia (MPM) yang akan dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan mulai tahun ini.

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) turut menyatakan komitmen untuk teguh membantu pihak sekolah, justeru berganding bahu dalam pelaksanan Tusyen Intensif Matematik Tahun 2026 yang bakal bermula tidak lama lagi.

Semoga anak-anak SKTSBI akan terus cemerlang dan berakhlak mulia.

Selamat kembali ke sekolah kepada seluruh warga SKTSBI (y)
07/06/2026

Selamat kembali ke sekolah kepada seluruh warga SKTSBI (y)

JEMPUTAN KE TAKLIMAT KELAS INTENSIF MATEMATIK MURID TAHUN 4Pihak Sekolah Kebangsaan Taman Sungai Besi Indah dengan sukac...
03/06/2026

JEMPUTAN KE TAKLIMAT KELAS INTENSIF MATEMATIK MURID TAHUN 4

Pihak Sekolah Kebangsaan Taman Sungai Besi Indah dengan sukacitanya menjemput semua ibu bapa dan penjaga murid Tahun 4 untuk menghadiri Taklimat Kelas Intensif Matematik yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 9 Jun 2026 (Selasa)
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Dewan Terbuka, SK Taman Sungai Besi Indah

Program ini dianjurkan sebagai salah satu usaha berterusan pihak sekolah dalam memperkukuhkan penguasaan Matematik murid serta meningkatkan tahap kesiapsiagaan akademik mereka. Melalui taklimat ini, ibu bapa akan diberikan penerangan yang lebih jelas berkaitan pelaksanaan Kelas Intensif Matematik, objektif program, strategi pembelajaran yang akan digunakan serta peranan yang boleh dimainkan oleh ibu bapa dalam membantu kecemerlangan anak-anak di rumah.

Pihak sekolah percaya bahawa kerjasama erat antara sekolah dan ibu bapa merupakan faktor penting dalam memastikan kejayaan murid. Oleh itu, sesi taklimat ini turut menjadi platform untuk berkongsi maklumat, menyelaraskan harapan serta membina persefahaman bersama demi perkembangan akademik murid yang lebih cemerlang dan seimbang.

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah amat mengalu-alukan kehadiran semua ibu bapa dan penjaga bagi mendapatkan maklumat secara langsung serta bersama-sama menyokong usaha meningkatkan prestasi Matematik murid Tahun 4.

Semoga dengan komitmen dan kerjasama yang diberikan oleh semua pihak, program ini dapat membantu melahirkan murid yang lebih berkeyakinan, berkemahiran serta berupaya mencapai potensi terbaik mereka dalam bidang akademik.

Kehadiran dan sokongan ibu bapa amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

GURU BESAR
SK TAMAN SUNGAI BESI INDAH

25/05/2026

PERTANDINGAN BICARA BUKU 2026

Adik David A/L Johnson mewakili SKTSBI dalam Pertandingan Bicara Buku 2026 (Bahasa Inggeris), dan memilih buku A Courageous Prince untuk dipersembahkan.

RAKAMAN BICARA BUKU BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS 2026Adik David A/L Johnson dan Adik Nur Syaza Irdina binti Mohd. A...
25/05/2026

RAKAMAN BICARA BUKU BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS 2026

Adik David A/L Johnson dan Adik Nur Syaza Irdina binti Mohd. Afendy telah mewakili sekolah dalam Pertandingan Bicara Buku kali ini. Buku pilihan kali ini ialah Sayang Ibuku Sayang bagi Bahasa Melayu, dan Patience is Virtue bagi Bahasa Inggeris.

25/05/2026

PERTANDINGAN BICARA BUKU 2026

Adik David A/L Johnson mewakili SKTSBI dalam Pertandingan Bicara Buku 2026 (Bahasa Melayu), dan memilih buku Sayang Ibuku Sayang untuk dipersembahkan.

Address

SK Taman Sungai Besi Indah
Seri Kembangan
43300

Telephone

+60166322011

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Taman Sungai Besi Indah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SK Taman Sungai Besi Indah:

Shortcuts

Share