Tadika walad genius

Tadika walad genius Genius,bertaqwa dan berakhlak

26/07/2026
27/04/2026
09/01/2026

MAKLUMAN PEMBUKAAN SEKOLAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dimaklumkan bahawa sesi persekolahan akan bermula pada 12 Januari 2026 (Isnin). Sehubungan itu, ibu bapa/penjaga diminta memastikan kehadiran anak-anak pada tarikh tersebut mengikut masa yang telah ditetapkan.

Kerjasama dan perhatian daripada pihak ibu bapa/penjaga amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Siti Khatijah Mohd Nordin
18/12/2025

Siti Khatijah Mohd Nordin

18.12.2025Hari ini bukan sekadar jamuan…ia adalah titik perpisahan kecil yang penuh makna.Dari tangan kecil yang pertama...
18/12/2025

18.12.2025

Hari ini bukan sekadar jamuan…
ia adalah titik perpisahan kecil yang penuh makna.

Dari tangan kecil yang pertama kali belajar memegang pensel,
dari tangisan pagi yang perlahan-lahan bertukar menjadi senyuman,
hari ini kami lepaskan mereka melangkah ke dunia yang lebih besar.

Terima kasih ibu ayah,
kerana mempercayakan amanah paling berharga kepada kami.
Setiap pelukan, setiap tawa, setiap kenangan bersama anak-anak ini
akan sentiasa terpahat dalam ingatan.

Jika suatu hari nanti mereka lupa nama cikgunya,
biarlah mereka tetap ingat
bahawa di sinilah tempat mereka pernah disayangi tanpa syarat.

Selamat melangkah pergi, anak-anak kecil kami.
Doa kami sentiasa mengiringi langkah kalian. 🤍

Untuk pendaftaran 2026 tekan link dibawah

www.wasap.my//601110821275/daftar2026

15/12/2025

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera 🌹

🔊 *Jamuan Akhir Tahun utk Sesi 2025*

🌸 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Makluman kepada ibu bapa/ penjaga

📌 Jamuan Akhir Tahun utk murid2 Tadika,Transit, kelas Al-quran Dan kelas membaca akan diadakan seperti ketetapan berikut :

➡️ Hari : *Khamis*

➡️ Tarikh : *18 Disember 2025*

➡️ Masa : *9.00-11.00 pg*

➡️ Tempat : *TADIKA AKHLAK GENIUS*

➡️ Konsep : *Potluck*

➡️ Pakaian : *Bebas*

➡️ Penglibatan : *Murid sahaja*

Terima Kasih atas sumbangan & kerjasama yang diberi 🥳🫶🏻

Address

No1 Puj 6/4 Taman Puncak Jalil, Bandar Putra Permai
Seri Kembangan

Telephone

+601110821275

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tadika walad genius posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category