23/12/2019
5 TIPS STIMULASI TANPA PERLU "ATTEND" ANAK (AUTO-STIMULASI)
====================================
Jadi ibu bapa ni, antara perkara penting yang perlu kita ada adalah keupayaan "manip**asi" keperluan anak kita.
Kenapa?
Sebab.
Anak ni, "demand"nya tinggi.
Kalau boleh, dia memang nak kita "attend" dia sepanjang masa.
Tapi, kita juga perlukan MASA untuk ATTEND DIRI SENDIRI, betul?
Ibu-ibu terutamanya, terdedah kepada risiko tekanan yang tinggi.
Mana nak buat aktiviti dengan anak.
Mana nak uruskan rumah tangga.
Mana nak siapkan kerja-kerja tambahan.
Mana nak uruskan ahli keluarga.
Salah satu komponen penting dalam "occupation" harian manusia adalah LEISURE.
LEISURE adalah luangan masa peribadi yang boleh membantu mengurangkan stress, menenangkan fikiran dan membantu "freshen up" diri kita.
Amat penting untuk kita pastikan diri kita bijak memanip**asi keadaan agar kita punya masa untuk
β
Makan dengan tenang
β
Selesaikan kerja tanpa gangguan anak
β
Melakukan hobi dengan gembira
Ibu ayah yang tenang, menjamin anak yang lebih tenang.
Saya kongsikan 5 TIPS ANDA BOLEH STIMULASI ANAK TANPA ATTEND mereka.
1οΈβ£ FAHAMI MILESTONE
Memahami milestone perkembangan anak akan sangat membantu anda. Bila milestone perkembangan tu dah di hujung jari, maka anda akan lebih tenang melihat perkembangan dan progress anak anda setiap hari.
Dan anda juga akan lebih mudah membuat perancangan auto-stimulasi anak anda π
2οΈβ£ 3 PERMAINAN, 3 BEKAS
Sediakan 3 jenis permainan sahaja, yang diletakkan dalam 3 bekas berlainan. Permainan lain? Simpan kedap dalam almari di bilik anda, atau stor yang anak tak boleh ambil. Selepas 1 minggu atau 2 minggu, tukar permainan lain p**a.
Kenapa?
Bila TERLALU BANYAK permainan dalam 1 masa, anak akan "overwhelmed" dan tidak dapat eksplore satu-satu permainan dengan baik. Maka, anak akan "demand" lebih banyak permainan lagi dan sentiasa seperti tidak cukup.
Bila permainan limited, anak akan lebih kreatif.
Jangan lupa untuk gunakan 3 permainan itu semasa aktiviti Quality-15 anda (15 minit masa main berstruktur dengan anak). Anak akan boleh belajar lebih banyak cara bermain dari anda.
3οΈβ£ PENYEDIAAN PERSEKITARAN
Tidak kisah rumah anda besar atau kecil, sentiasa ingat yang ini adalah masa anak membesar. Kalau anak anda memang jenis yang s**a bergerak, elakkan letak barang-barang mudah pecah di ruangan yang anak anda main.
Seluruh rumah adalah playground anak. Sediakan "station" bermain untuk anak anda.
Contohnya:
Ruang "pretend play" dengan kotak disusn seperti khemah dalam biliknya.
Ruang karpet di dapur untuk anak main di situ.
Meja dan kerusi serta susunan balance beam, trampoline di ruang keluarga.
Sediakan ruang untuk anak main dengan 3 permainannya dalam 3 bekas tadi.
4οΈβ£ NO GADGETS
Gadget akan buat anak tinggi "demand".
Gadget akan buat anak kurang kreativiti.
Gadget akan buat anak sentiasa mahu di "entertain".
Usahakan untuk meminimakan penggunaan gadget jika anda mahu anak belajar stimulasi dirinya sendiri.
Usahakan sehingga semasa anak sedang makan dengan anda, anak lebih berminat dengan tulisan dan gambar di botol kicap, berbanding paparan di skrin gadget.
5οΈβ£ BERI RUANG & PELUANG
Sentiasa beri ruang dan peluang pada anak untuk eksplorasi.
Jika anda sedang basuh pinggan, terdengar anak menangis, dan bila anda toleh anak anda hanya menangis kerana marah Legonya tidak boleh pasang, biarkan sebentar.
Tengok jika anak anda boleh selesaikan masalahnya.
Kalau anak tidak berjaya, bantu sebentar, dan masukkan dalam perancangan Quality-15 anda untuk main Lego dengan anak anda.
Beri ruang & peluang anak belajar urus sendiri dirinya. Jangan hover helikopter sangat ya.
πππ
Semoga perkongsian ini bermanfaat β€β€
SHARE kan artikel ini kepada pasangan, keluarga dan rakan-rakan