Faculty of Veterinary Medicine UPM

Faculty of Veterinary Medicine UPM

Share

The official page for the Faculty of Veterinary Medicine, Universiti Putra Malaysia

Photos from University Veterinary Hospital UPM's post 10/06/2026
Photos from Faculty of Veterinary Medicine UPM's post 08/06/2026

Fakulti Perubatan Veterinar UPM Terima Kunjungan Akademik Pelajar Farmasi UiTM Puncak Alam

Oleh: Dr. Hidayat Mohd. Yusof | [email protected]

SERDANG, 3 Jun – Fakulti Perubatan Veterinar (FPV), UPM telah menerima kunjungan rombongan pelajar tahun dua Ijazah Sarjana Muda Farmasi dari Fakulti Farmasi, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam bagi tujuan lawatan akademik dan pendedahan industri.

Rombongan tersebut terdiri daripada 31 orang pelajar dan enam orang pegawai pengiring yang diketuai oleh Dr. Noreen Hussain. Lawatan ini bertujuan memberikan pendedahan kepada para pelajar mengenai peranan dan pengurusan farmasi dalam bidang perubatan veterinar, khususnya berkaitan penggunaan ubat-ubatan, pengendalian preskripsi serta kepentingan farmasi dalam menyokong perkhidmatan kesihatan haiwan.

Program dimulakan dengan sesi taklimat oleh Timbalan Dekan Hospital Veterinar UPM, Profesor Dr. Mohd Hezmee Mohd Noor, yang menerangkan latar belakang FPV serta peranan Hospital Veterinar Universiti sebagai pusat perkhidmatan, pengajaran dan pembelajaran klinikal. Beliau turut berkongsi mengenai fungsi hospital dalam menyokong latihan pelajar, penyampaian perkhidmatan kesihatan haiwan serta kepentingan pendekatan pelbagai disiplin dalam bidang perubatan veterinar.

Sepanjang lawatan, para peserta dibawa melawat beberapa fasiliti utama di FPV termasuk Muzium Anatomi FPV UPM dan beberapa lokasi di Hospital Veterinar Universiti. Antara kawasan yang menjadi tumpuan ialah wad haiwan besar, wad haiwan kesayangan kecil serta Unit Farmasi Hospital Veterinar Universiti.

Melalui lawatan ini, para pelajar berpeluang melihat secara langsung operasi perkhidmatan hospital veterinar serta memahami pengurusan farmasi veterinar dalam persekitaran klinikal. Pendedahan tersebut memberikan gambaran yang lebih luas mengenai aplikasi ilmu farmasi, bukan sahaja dalam bidang perubatan manusia tetapi juga dalam bidang perubatan veterinar.

Selain itu, program ini turut menjadi platform perkongsian ilmu antara bidang farmasi dan perubatan veterinar, sekali gus meningkatkan kefahaman pelajar mengenai kepentingan pendekatan antara disiplin dalam memastikan penggunaan ubat yang berkesan, selamat dan bertanggungjawab.

FPV UPM merakamkan penghargaan kepada Fakulti Farmasi UiTM Puncak Alam atas kunjungan tersebut dan berharap agar lawatan seumpama ini dapat terus memperkukuh hubungan akademik serta membuka lebih banyak peluang kerjasama pada masa hadapan.

Photos from Universiti Putra Malaysia's post 05/06/2026
Photos 04/06/2026

KERATAN AKHBAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 4 JUN 2026

The work of a veterinary anesthetist is not just about administering anesthesia in animals, but about monitoring and protecting lives - Sin Chew Daily (Prof. Madya Dr. Chen Hui Cheng, Fakulti Perubatan Veterinar)

Photos 03/06/2026

KERATAN AKHBAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 3 JUN 2026

Beri Haiwan Diet Mentah - Harian Metro (Dr. Nur Indah Ahmad, Fakulti Perubatan Veterinar)

27/05/2026

🐟 UPM CIPTA SEJARAH: INOVASI PEMBEDAHAN IKAN PERTAMA DI MALAYSIA

🏆 UPM mencipta sejarah dalam bidang veterinar akuatik dengan memperkenalkan kaedah pembedahan ikan berasaskan sistem anestesia kitar semula yang pertama dibangunkan di Malaysia.

🔬 Inovasi dikenali sebagai 'Fish Anesthetic Delivery System' ini merupakan hasil penyelidikan berterusan selama lebih 15 tahun, bagi memastikan prosedur rawatan hidupan akuatik dilaksanakan dengan lebih selamat, efisien dan sistematik.

🌊 Sistem ini dijangka membuka dimensi baharu dalam rawatan kesihatan ikan, sekali gus memperkukuh keupayaan negara dalam bidang akuakultur, keselamatan makanan dan industri perikanan.

💡 Inovasi ini turut mencerminkan komitmen UPM dalam memperkasa penyelidikan berimpak tinggi yang bukan sahaja memajukan ilmu veterinar, malah memberi manfaat langsung kepada industri dan masyarakat.

Zambry Abd. Kadir
Adam Adli
Aminuddin Hassim
Universiti Putra Malaysia



26/05/2026
Want your school to be the top-listed School/college in Seri Kembangan?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Jalan Mardi-UPM
Seri Kembangan
43400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00