Icare Tuition - Page
Care Home Tuition is a private organisation offers a personal tuition services. Assalamualaikum dan selamat sejahtera! Dengan harga serendah RM15/jam.
Care Home Tuition � menyediakan khidmat tuisyen di rumah untuk pelbagai peringkat dan subjek; perseorangan atau berkump**an di tempat anda. UPSR, PT3, SPM, PSRA, AL QURAN
Mengapa 'Home Tuition'?
- Hari & masa yang fleksibel
- Pembelajaran lebih fokus & berkualiti
- Keselamatan anak terjamin
- Lebih praktikal & interaktif
- Memudahkan ibu bapa & pelajar
Hubungi kami sekarang untuk maklumat lanjut
28/11/2019
18/11/2019
With great pleasure, _Serviceology Society Malaysia_ (SESMA) in collaboration with Knowledge Science Research Lab (KSRL), School of Technology Management & Logistics, UUM and E-Service Lab, Centre for Software Technology & Management FTSM-UKM invite you to 2nd Service Science Symposium, the details as below :-
*Date - _24 November 2019 (Sunday)_*
*Time - _8.30 am - 5.00 pm_*
*Venue - _BMU, School of Technology Management & Logistics, Universiti Utara Malaysia_*
*Theme - _Service Excellence for Sustainability_*
Speakers :
*🔹Professor Kunio Shirahada (JAIST, JAPAN)*
"Service Sustainability in Wellbeing Economy and Society"
*🔹Professor Dr. Fu-ren Lin (NTHU, TAIWAN)*
"Service Science & Sustainability"
*🔹Assoc. Prof. Dr. Huzili Hussin (UNIMAP)*
"Media Psychology in New Era of Communication"
*🔹Assoc. Prof. Dr. Hasbullah Ashari (UTP)*
"Knowledge Creation through System Dynamic Application - Enhancing the Service Excellence".
*🔹Dr. Adam Mohd Saifuddin (UUM)*
"Inland Port in Malaysia : Logistical Revisit"
*🔹Assoc. Prof. Dr. Yazrina Yahya (UKM)*
"Sustainable Universities : Synergizing Human Capital and Services"
Your attendance to the above event is highly appreciated. Please confirm your attendance by registering online :-
FORM : https://forms.gle/kVkGguGSUAoJqecp9
Further Information visit the event webpage :-
Webpage : http://sesma.com.my/index.php/event
Thank you.
With great pleasure, _Serviceology Society Malaysia_ (SESMA) in collaboration with Knowledge Science Research Lab (KSRL), School of Technology Management & Logistics, UUM and E-Service Lab, Centre for Software Technology & Management FTSM-UKM invite you to 2nd Service Science Symposium, the details as below :- *Date - _24 November 2019 (Sunday)_*
*Time - _8.30 am - 5.00 pm_*
*Venue - _BMU, School of Technology Management & Logistics, Universiti Utara Malaysia_*
*Theme - _Service Excellence for Sustainability_*
Speakers :
*🔹Assoc. Prof. Kunio Shirahada (JAIST, JAPAN)*
"Service Sustainability in Wellbeing Economy and Society"
*🔹Professor Dr. Fu-ren Lin (NTHU, TAIWAN)*
"Service Science & Sustainability"
*🔹Assoc. Prof. Dr. Huzili Hussin (UNIMAP)*
"Media Psychology in New Era of Communication"
*🔹Assoc. Prof. Dr. Hasbullah Ashari (UTP)*
"Knowledge Creation through System Dynamic Application - Enhancing the Service Excellence".
*🔹Dr. Adam Mohd Saifuddin (UUM)*
"Inland Port in Malaysia : Logistical Revisit"
*🔹Assoc. Prof. Dr. Yazrina Yahya (UKM)*
"Sustainable Universities : Synergizing Human Capital and Services"
Your attendance to the above event is highly appreciated. Please confirm your attendance by registering online :- FORM : https://forms.gle/kVkGguGSUAoJqecp9
Further Information visit the event webpage :- Webpage : http://sesma.com.my/index.php/event
18/11/2019
Adil dan timbang rasa pada anak2
Jangan tekan anak keterlaluan dalam pelajaran - Permaisuri KUANTAN - Ibu bapa dan guru disaran untuk tidak menekan anak-anak secara keterlaluan dalam perihal pelajaran kerana dibimbangi boleh memberi kesan psikologi kepada anak tersebut.
17/11/2019
AJAR ABC , 123 atau NILAI MURNI DULU?
Setujukah anda jika saya kata nilai murni itu jauh lebih susah untuk di kuasai berbanding sebarang ilmu pelajaran?
⚡Kita lihat ada anak yang takut betul nak buang sampah di dalam kawasan sekolah kerana tak mahu di denda dan di marahi. Namun anak yang sama, berani campak saja plastik makanan sejurus melepasi pagar sekolah.
⚡Kita lihat seseorang yang 'kuat agama'. Namun orang yang sama ini, selamba saja memotong barisan atau biarkan tisu kotor bekas bersihkan 'make up' bersepah di tempat solat.
⚡Kita lihat seorang ketua yang berkaliber di pejabat, bijak dan di kagumi, 'berkira' p**a walau nak kemas pinggan makan kotor sendiri bila di rumah atau di tempat awam.
Itu semua contoh, bagaimana nilai murni tak semestinya dapat di miliki walau dengan bersekolah, kesedaran agama atau kehebatan jawatan. Bahagian inilah yang menjadikan nilai murni satu pelajaran yang susah.
Helah untuk kuasainya?: ASASNYA WAJIB DI KUKUHKAN sewaktu usia amat muda➡ TERUTAMANYA pada 1001 hari pertama anak di dunia.
1001 hari yang kritikal adalah usia semenjak anak di senyawakan sehingga hari jadi ke-2 tahunnya. Saiz otak bayi berkembang 80% di usia ini akibat ciri 'plasticity' (boleh lentur/fleksibel) otak yang amat tinggi dan kematangan otak yang sangat rendah.
SEMUA YANG BERLAKU di 1001 hari ini (faktor pengaruh luaran) + kombinasi gen semulajadi (faktor pengaruh dalaman), menjadi ASAS STRUKTUR BINAAN otak bayi.
Saya beri satu contoh mudah nilai murni dan saya tunjukkan betapa SUKARnya proses perkembangan mental yang perlu anak lalui sepanjang 1001 hari ini, ⚠walau untuk menguasai SATU contoh nilai murni ini⚠:
CONTOH NILAI MURNI: MENUNGGU GILIRAN MENAIKI GELONGSOR MAINAN
1⃣ Usia 5 minggu: Dunia Perubahan Sensasi ⏩ anak pertama kalinya sedar dia telah beralih alam.
2⃣ Usia 8 minggu: Dunia Corak & Bentuk ⏩ anak mula sedar dan dapat rasa sambungan (joints) antara sendi dan tulang-tulangnya. Kerana itu ramai anak mula pandai main jari di usia ini.
3⃣ Usia 12 minggu: Dunia Peralihan Lancar⏩ Pergerakan fizikal anak lebih kemas (kurang kaku). Visualnya juga mampu ekori gerakan ringkas. Misalnya anak lihat gerakan orang turun gelongsor mainan.
4⃣ Usia 19 minggu: Dunia Kejadian⏩ anak faham sesuatu kejadian itu terbina dari beberapa episod gerakan. Misalnya turun gelongsor itu dimulakan dengan panjat tangga 🔜 duduk 🔜 gelongsor turun.
5⃣ Usia 26 minggu: Dunia Hubungan ⏩ anak 'explore' isu jarak, kedalaman, ketinggian dan pelbagai hal melibatkan kedudukan objek. Juga, hubungan sesuatu bunyi atau gerakan dengan sesuatu kejadian. Misalnya bila ibu dukung saya bermain gelongsor, ibu buat bunyi 'yeeha!', saya rasa hembusan angin ke muka saya dan saya rasa kelajuan meningkat sewaktu menuruni gelongsor. Itulah 'rasanya' bila bermain gelongsor.
6⃣ Usia 37 minggu: Dunia Kategori ⏩ anak tahu setiap objek, orang atau perkara termasuk dalam kump**an mereka sendiri. Ia termasuk kategori emosi. Anak 'berlebihan' dalam menunjukkan betapa dia gembira bermain gelongsor. Jika anak anda tak minat atau takut gelongsor, dia juga akan beritahu jelas dari reaksinya.
7⃣ Usia 46 minggu: Dunia Turutan ⏩ anak tahu ada beberapa jalan untuk menjayakan sesuatu perkara. Misalnya, cara 'biasa' untuk bermain gelongsor dengan berjaya dan selamat, ia mesti bermula dengan panjat naik ikut tangga dan turun ikut gelongsor. Anak di usia ini akan cuba bereksperimen mencari 'jalan lain' yang mungkin ada. Mungkin mereka cuba panjat naik ikut gelongsor. Maka, kejadian tergelincir dan tersembam itu biasa terjadi.
8⃣ Usia 55 minggu: Dunia Program⏩ anak tahu dia boleh lancarkan kejadian atau programnya sendiri tanpa perlu tunggu atau dapat persetujuan orang lain. Misalnya, jika dia mahu menaiki gelongsor sekarang, ia bermakna S.E.K.A.R.A.N.G. Saya tak mahu menunggu di barisan kerana saya tak boleh sabar. Maka anak akan mula meragam bila perlu tunggu giliran. Atau, dia 'arahkan' anda untuk terus angkatnya ke atas gelongsor supaya dia tak perlu naik guna tangga. Ini usia anak mula jadi 'baby bos'.
9⃣ Usia 64 minggu: Dunia Prinsip ⏩ anak akan bertegas untuk menjayakan sesuatu sampai jadi mengikut cara dan kehendaknya, walaupun ia bermakna anak terpaksa guna kekerasan dan sakiti orang lain. Misalnya, jika dia mahu menaiki gelongsor S.E.K.A.R.A.N.G, dia akan menolak atau menarik jatuh rakan lain yang dirasakan menganggu laluannya. Ini usia anak mula agresif.
🔟 Usia 75 minggu: Dunia Sistem⏩ anak mula ada 'conscience'( hati nurani). Iaitu anak dapat faham apa yang orang lain rasa bila berada dalam situasi serupa yang pernah dia lalui. Inilah sistem dunia: 'apa yang anda beri, itulah yang anda dapat '(what you give is what you will get back). Dia tahu perasaan geram,marah dan sedih bila orang lain bermain gelongsor sesuka hati tanpa ikut peraturan dan tak fikirkan hati orang lain. Maka, anak di lihat mula pandai dan boleh memilih untuk menjadi 'nice' atau 'naughty' ketika bersosial BERGANTUNG KEPADA DIDIKAN ANDA SELAMA INI.
Ya, 2 tahun BUKAN USIA YANG TERLALU AWAL untuk anak pilih jadi 'budak baik'.
⏩⏩ anda lihat begitu lamanya masa yang anak ambil untuk akhirnya tahu bermain gelongsor dengan BAIK DAN BERETIKA.
⏩⏩ anda lihat banyaknya peluang di sepanjang usia tersebut untuk anda ajar anak anda bagaimana menjadi manusia yang baik bila berhubungan sesama manusia dan hidupan di dunia ini.
⛔Itu baru hanya satu contoh nilai murni. Bayangkan ada berapa banyak nilai murni dalam hidup ini ❓⁉ ⛔
Kerana itu, 2 tahun pertama usia anak terutamanya, yang lebih layak di fokuskan ialah pelajaran sikap. BUKAN BERMAKSUD ibubapa langsung tidak boleh mengajar anak tentang ABC, 123, shapes, colors dan sebagainya. ⏩'Point'nya, pilihlah fokus didikan sikap ketika otak anak sedang dalam proses membina struktur asasnya⏪.
Menjelang usia 8-9 tahun misalnya, tiada siapa dapat beza anak yang pandai ABC, 123 ketika di usia 11 bulan vs di usia 3 tahun.
Usah obses membanding pencapaian 'brain' anak hingga lupa pencapaian 'manners' anak.
Jika kita mahu melihat negara yang benar-benar mencapai maksud 'bertamadun', ia wajib di mulakan dengan mengubah fokus kita mendidik anak-anak kecil kita.
" Manners are the basic building blocks of civil society "; Alexander McCall Smith.
USWATUN HASANAH MOHD HABIB
KONSULTAN TANGISAN BAYI
DBL INSTITUTE
THB EDU ASSC
THE WONDER WEEKS ACADEMY
SLEEPSMART ACADEMY
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Website
Address
Lot 2, Kompleks Mahasiswa UPM
Seri Kembangan
43400