Pejabat Pendaftar UPM

Pejabat Pendaftar UPM

Share

Pejabat Pendaftar, Universiti Putra Malaysia

Photos from Universiti Putra Malaysia's post 20/05/2026
16/05/2026

🌟 Tahniah diucapkan kepada Pn. Nurhayatul Nira Ramli, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia atas pengiktirafan Anugerah Guru Inovatif Individu Prasekolah Swasta (Tempat Kedua) sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-55 Tahun 2026.

16/05/2026

✨ Raikan kecemerlangan warga Universiti Putra Malaysia di Majlis Gemilang Putra (MGP) 2026!

📅 19 Mei 2026 (Selasa)
🕗 8:00 pagi
📍 Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM

Photos from Pejabat Pendaftar UPM's post 15/05/2026

Taklimat Dasar Pemisah UPM Siri 1/2026 dapat sambutan hangat warga universiti

SERDANG, 13 Mei – Taklimat Dasar Pemisah Universiti Putra Malaysia (UPM) Siri 1/2026 yang berlangsung pada hari ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada warga universiti apabila berjaya menghimpunkan sejumlah 1,150 peserta secara keseluruhan.

Program yang berlangsung dari jam 2.30 hingga 4.30 petang di Auditorium Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM ini telah dihadiri oleh 83 peserta secara bersemuka dan 1,067 peserta secara dalam talian.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Cik Siti Ima Munirah binti Ahmad, Ketua Bahagian Perkhidmatan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar, UPM yang menekankan kepentingan pemahaman berkaitan pelaksanaan Dasar Pemisah dalam kalangan warga universiti.

Seterusnya, Taklimat Dasar Pemisah telah disampaikan oleh Encik Nor Zahidi bin Abdul Rahman, Ketua Penolong Pengarah, Unit Laporan Ketua Audit Negara dan Operasi Khas (ULKAN & OK), Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.

Beliau telah berkongsi penerangan menyeluruh berkaitan pelaksanaan dasar, prosedur serta implikasi berkaitan pengurusan perkhidmatan awam.

Program ini merupakan anjuran Seksyen Perkhidmatan Intervensi, Pejabat Pendaftar yang diketuai oleh Puan Siti Fatimah Abdul Ghani.

Siri pertama taklimat ini memfokuskan jemputan melibatkan 28 pusat tanggungjawab (PTJ) di UPM dengan penyertaan lima orang ahli pengurusan bagi setiap PTJ.

Penganjuran program ini dilihat berjaya mencapai objektifnya dalam meningkatkan kefahaman serta kesedaran warga universiti terhadap pelaksanaan Dasar Pemisah.

Susulan sambutan yang amat memberangsangkan, sesi taklimat ini akan diteruskan melalui siri kedua dalam masa terdekat.

05/05/2026

Tahniah diucapkan kepada Pn. Arba'ah Md Salleh atas lantikan sebagai Pengarah, Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, UPM dan Pn. Besek Intan Zafina Basok atas lantikan sebagai Pengarah, Pusat Pengayaan dan Kemakmuran, UPM.

05/05/2026

HEBAHAN PENGISIAN JAWATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN DAN INOVASI) DI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

a) Iklan Pengisian Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) https://pendaftar.upm.edu.my/kandungan/pengisian_jawatan_timbalan_naib_canselor_penyelidikan_dan_inovasi-93199
b) Kriteria Jawatanhttps://pendaftar.upm.edu.my/upload/dokumen/202605041631002026_-_Kriteria_TNCPI.pdf
c) Borang Permohonan Jawatan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) https://pendaftar.upm.edu.my/upload/dokumen/20260504163209Borang_Permohonan_TNCPI.docx

Want your school to be the top-listed School/college in Seri Kembangan?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Tingkat 3, Bangunan Pentadbiran UPM, Serdang
Seri Kembangan
43400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00