05/05/2026
Selamat Menyambut Hari Bidan Antarabangsa! ❤️
Hari ini, kita raikan insan-insan luar biasa yang menjadi tulang belakang dalam penjagaan kesihatan ibu dan anak.
🤝🏻 Terima kasih kepada semua bidan atas pengorbanan, ketabahan dan kasih sayang yang tidak ternilai. Anda adalah wira yang membawa sinar kepada setiap permulaan hidup.
05/05/2026
📌 Hari Kebersihan Tangan Sedunia disambut pada 5 Mei setiap tahun bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan anggota kesihatan dan masyarakat tentang kepentingan amalan kebersihan tangan.
✅ Amalan kebersihan tangan yang dilakukan dengan betul dan pada masa yang sesuai berupaya melindungi pesakit, anggota kesihatan serta persekitaran daripada pencemaran kuman berbahaya.
Jadikan amalan mencuci tangan sebagai budaya dalam kehidupan seharian. Ingat, tangan yang bersih menjamin kesihatan yang berpanjangan.
27/04/2026
Gigitan kecil, risiko besar.
Jangan ambil mudah, malaria boleh dicegah!
Pastikan persekitaran bersih dan bebas pembiakan nyamuk.
27/04/2026
Hari Malaria Sedunia merupakan salah satu dari sambutan Hari Kesihatan Awam Sedunia yang diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau WHO. Hari Malaria Sedunia disambut pada 25 April setiap tahun bagi mengiktiraf usaha-usaha global dalam mengawal Malaria.
Malaria merupakan penyakit yang disebabkan oleh parasit plasmodium yang disebarkan melalui gigitan nyamuk Anopheles.
Langkah pencegahan malaria termasuk memakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang, menggunakan repelan dan kelambu berubat semasa melaksanakan aktiviti berisiko.
27/04/2026
🩺Sekiranya anda mengalami masalah gastrik yang berpanjangan ini adalah perkara yang perlu anda elakkan.
Tanda tanda ketara bahawa anda sedang gastrik adalah sendawa berulang kali, rasa senak berangin atau pedih, merasa mual dan rasa tidak selesa atau kembung.
Sekiranya anda mengalami masalah gastrik yang berpanjangan sila berjumpa doktor dengan segera untuk mendapatkan rawatan lanjut bagi menghindari daripada ia berlarutan hingga menjadi ulser dalam perut.
27/04/2026
🧠🧠Demensia merupakan penyakit kemerosotan fungsi kognitif yang mengganggu aktiviti harian.
Penyakit demensia menunjukkan beberapa gejala awal yang lazimnya melibatkan kemerosotan daya ingatan, kebolehan membuat keputusan dan sebagainya.
Sehubungan itu, ahli keluarga terdekat hendaklah cakna jika warga emas di sekeliling menunjukkan gejala-gejala ini. Warga emas disarankan untuk mendapatkan rawatan awal di kemudahan kesihatan jika menunjukkan gejala demensia.
21/04/2026
Pesakit Hemofilia mengalami kekurangan faktor pembekuan darah dan pesakit Hemofilia akan mengalami pendarahan berlanjutan walaupun berlaku luka yang kecil.
Dikongsikan kaedah R.I.C.E bagi merawat pesakit Hemofilia sekiranya mereka mengalami pendarahan.
Rawatan yang cepat dan mencukupi ini boleh mengelakkan komplikasi seperti kecacatan kekal pada anggota badan pesakit.
21/04/2026
🩸Hemofilia merupakan sejenis penyakit warisan yang sedia ada sejak seseorang itu dilahirkan dan ia tidak boleh berjangkit daripada seseorang. Penyakit ini berpunca daripada kekurangan faktor pembekuan darah.
Selamat Menyambut Hari Hemofilia Sedunia!
21/04/2026
🩺Tekanan darah tinggi merujuk kepada kenaikan berterusan bacaan sistolik sama dengan atau melebihi 140mmHg dan/atau bacaan diastolik sama dengan atau melebihi 90mmHg.
Tekanan darah tinggi yang tidak dikawal boleh mengakibatkan komplikasi seperti serangan jantung, strok dan kerosakan buah pinggang.
Oleh itu, orang ramai disarankan untuk mengamalkan tip bagi mencegah tekanan darah tinggi agar tubuh dapat berfungsi dengan efisien.
21/04/2026
🌷 Penyakit Parkinson kerap melanda golongan tua 👴🏻 yang seterusnya mengganggu fungsi kehidupan mereka.
Penyakit ini berpunca daripada kerosakan saraf 🧠 yang akan menghasilkan gejala yang melibatkan pergerakan badan.
Sehubungan itu, pengesanan awal serta rawatan dan sokongan berterusan amat penting bagi membantu pesakit mengekalkan kualiti hidup yang lebih baik, di samping meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap penyakit ini.
21/04/2026
🌷 Hari Parkinson Sedunia disambut pada 11 April setiap tahun untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai penyakit Parkinson.
Parkinson adalah penyakit degeneratif neuron yang mengurangkan pengeluaran dopamin, sejenis bahan kimia untuk pergerakan. Parkinson lebih kerap berlaku dalam kalangan warga emas.
Bersama-sama menangani Pakinson untuk kehidupan yang lebih bermakna dan berkualiti.
Selamat Menyambut Hari Parkinson Sedunia!