Musleh Integrated Education Berhad

Musleh Integrated Education Berhad Musleh Integrated Education Berhad (MIEB)

"Membina Insan Rabbani" Moga-moga Allah swt merahmati kita semua dengan al-hidayah dan taufiq-NYA – amiin.
(224)

Semenjak tahun 1985, beberapa individu yang mempunyai passion terhadap pendidikan anak bangsa, telah mula menubuhkan beberapa buah Sekolah Rendah Islam di tempat tinggal masing-masing. Sehingga kini, sebanyak 25 buah Sekolah Rendah Islam (SRI) dan 15 buah Sekolah Menengah Islam (SMI) telah ditubuhkan. Setelah beberapa tahun sekolah beroperasi, terdapat keperluan untuk mengasaskan satu jaringan yan

g boleh membantu kepentingan bersama SRI dan SMI dari sudut:

1-Memperkasa pendidikan Islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah.
2-Mengintegrasi kurikulum pembelajaran berteraskan nilai Islam dengan pendekatan pedagogi terkini dan kemudahan teknologi berpandukan pendekatan Tauhid.
3-Sistem pentaksiran pelajar yang holistik, bersepadu dan berterusan melibatkan semua pihak berkepentingan, termasuk ibubapa atau penjaga.
4-Peningkatan profesionalisme dan kualiti guru di SRI dan SMI supaya mereka menjadi seorang Murabbi dan menjadi contoh melalui perlakuan dan sahsiah yang tinggi
5-Menjadi badan berwibawa yang mengawal proses pendidikan SRI-SMI. Pada tahun 2000, MUSLEH (sebelum ini dikenali sebagai Pusat Pendidikan SRI-SMI) telah ditubuhkan bertujuan untuk memantapkan kerjasama, penyelarasan, perkongsian wawasan dan sumber dalam kalangan SRI-SMI. MUSLEH berpegang kepada prinsip bahawa para pelajar seharusnya di beri pendidikan secara tauhidik (holistik dan bersepadu) sehingga mereka mampu menghayati sifat-sifat insan rabbani. MUSLEH, sebagai sebuah badan yang telah berdaftar di bawah Registrar of Societies (ROC) pada tahun 2000 (no. pendaftaran 513402), adalah sebuah syarikat berhad menurut jaminan (Company Limited by Guarantee). Pada tahun 2010, data menunjukkan bahawa seramai 14,085 orang pelajar telah berdaftar di SRI-SMI, 10,246 orang di SRI dan 3839 di SMI. Bilangan pendidik pula adalah seramai 1,024 orang; iaitu 682 orang di SRI dan 342 orang di SMI. Dalam konteks pengurusan, pihak Lembaga Pengelola SRI-SMI diberi autonomi mentadbir SRI-SMI masing-masing. Kini MUSLEH telah bernaung di bawah Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) dan di kenali sebagai IKRAM-MUSLEH. Adalah diharapkan agar konsep dan falsafah pendidikan yang ingin diketengahkan oleh MUSLEH akan memberi impak kepada pendidikan perdana di peringkat nasional dan serantau . FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

Satu proses pendidikan berteraskan Tauhid yang bertujuan membina dan melahirkan insan rabbani yang berilmu, beriman dan berakhlak mulia serta berkemampuan membentuk kehidupan diri sendiri, masyarakat, negara dan dunia sebagaimana yang dituntut oleh Al-Quran dan As-Sunnah melalui satu sistem yang seimbang, bersepadu, menyeluruh dan berterusan.

[Aktiviti] SITIAWAN - Sedang berlangsung Ujian Kenaikan Pangkat (UKP) Sarjan Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) Musleh 20...
03/09/2026

[Aktiviti] SITIAWAN - Sedang berlangsung Ujian Kenaikan Pangkat (UKP) Sarjan Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) Musleh 2026 di D'Amer Chalet bermula semalam.

Menurut rekod, seramai 954 peserta dari 39 buah sekolah dari seluruh negara telah didaftarkan untuk turut serta dalam UKP kali ini yang dijangka berakhir pada esok, 4 September 2026.

[Berita] SRI Hidayah Johor Bahru Raih Excellence Islamic Best Practice Award di ICIED 2026SINTOK – Sekolah Rendah Islam ...
03/09/2026

[Berita] SRI Hidayah Johor Bahru Raih Excellence Islamic Best Practice Award di ICIED 2026

SINTOK – Sekolah Rendah Islam (SRI) Hidayah Johor Bahru, salah sebuah sekolah rendah dalam rangkaian Musleh Integrated Education Berhad (MUSLEH), meraih Excellence Islamic Best Practice Award sempena International Conference on Islamic Education (ICIED) 2026 yang berlangsung di Universiti Utara Malaysia (UUM) dari 26 hingga 28 Ogos lalu.

Berita penuh: https://musleh.edu.my/2026/sri-hidayah-johor-bahru-raih-excellence-islamic-best-practice-award-di-icied-2026/

Kredit foto: Facebook Sekolah Rendah Islam Hidayah

[Aktiviti] Sekitar Sambutan Bulan Kebangsaan di Sekolah Rendah Islam Al-Amin Gombak.
02/09/2026

[Aktiviti] Sekitar Sambutan Bulan Kebangsaan di Sekolah Rendah Islam Al-Amin Gombak.

[Silang Budaya] Program Persembahan Bersama Sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2026 anjuran bersama SM Foon Yew Kulai dan ...
02/09/2026

[Silang Budaya] Program Persembahan Bersama Sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2026 anjuran bersama SM Foon Yew Kulai dan SMI Hidayah Johor Bahru.

[Berita] SRI I-Musleh Raih Anugerah Pengurusan dan Pentadbiran IPIS Terbaik Negeri MelakaMELAKA – Sekolah Rendah Islam (...
02/09/2026

[Berita] SRI I-Musleh Raih Anugerah Pengurusan dan Pentadbiran IPIS Terbaik Negeri Melaka

MELAKA – Sekolah Rendah Islam (SRI) I-Musleh, salah sebuah sekolah rendah Islam rangkaian MUSLEH, terus mengukir pencapaian membanggakan apabila menerima Anugerah Pengurusan dan Pentadbiran Institusi Pendidikan Islam Swasta (IPIS) Terbaik sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Melaka 1448H/2026M dan Penyampaian Anugerah Khas Maulidur Rasul pada Sabtu, 29 Ogos lalu.

Berita penuh: https://musleh.edu.my/2026/sri-i-musleh-raih-anugerah-pengurusan-dan-pentadbiran-ipis-terbaik-negeri-melaka/

Kredit foto: Sekolah Rendah Islam I-Musleh Melaka

Kemerdekaan bukan sekadar warisan sejarah, tetapi amanah untuk terus membina generasi yang berilmu, berakhlak dan mengho...
30/08/2026

Kemerdekaan bukan sekadar warisan sejarah, tetapi amanah untuk terus membina generasi yang berilmu, berakhlak dan menghormati sesama insan.

Semoga pendidikan terus menjadi jalan untuk menyemai nilai, merawat prasangka dan membina masa depan Malaysia yang lebih sejahtera.

Kesejahteraan dinikmati. Wariskan hormat, tinggalkan prasangka. Selamat menyambut Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026.

[Berita] SMI Hidayah Johor Dinobat Johan Grand Sumo Rumble Kebangsaan 2026SUBANG JAYA – Sekolah Menengah Islam (SMI) Hid...
27/08/2026

[Berita] SMI Hidayah Johor Dinobat Johan Grand Sumo Rumble Kebangsaan 2026

SUBANG JAYA – Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah Johor Bahru melalui pasukan robotiknya, GUIDANCE, berjaya meraih Johan Grand Sumo Rumble Kebangsaan 2026 yang berlangsung di USJ Subang Jaya Mall pada Ahad, 23 Ogos lalu.

Kredit foto: Facebook Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru

Berita penuh: https://musleh.edu.my/2026/smi-hidayah-johor-dinobat-johan-grand-sumo-rumble-kebangsaan-2026/

[Aktiviti] Sekitar pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan di Sekolah Rendah Islam Hidayah Johor Bahru.
27/08/2026

[Aktiviti] Sekitar pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan di Sekolah Rendah Islam Hidayah Johor Bahru.

[Aktiviti] Sekitar pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan di Sekolah Rendah Islam Al-Hidayah Ipoh.
27/08/2026

[Aktiviti] Sekitar pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan di Sekolah Rendah Islam Al-Hidayah Ipoh.

[Tahniah] Tahniah buat Sekolah Rendah Islam I-Musleh (SRIIM) atas kejayaan meraih dua Pingat Emas dalam Hari Inovasi Keb...
27/08/2026

[Tahniah] Tahniah buat Sekolah Rendah Islam I-Musleh (SRIIM) atas kejayaan meraih dua Pingat Emas dalam Hari Inovasi Kebangsaan @ Melaka 2026 anjuran Multimedia University (MMU), Melaka.

🥇 Sisa Sakti
Fathul Ilham, Nurul Ismah & Izzuddin Mishary

🥇 Wira Kebersihan
Zahin Aidan, Izz Al Wafi & Sofea Zara Batrisya

Syabas kepada para murid, guru pembimbing dan Kelab Inovasi, Reka Cipta & Robotik SRIIM. Terus mencipta, terus berinovasi, terus menginspirasi. ✨

Address

No. 6-1, Jalan DaGang SB 4/1, Taman Sg. Besi Indah
Seri Kembangan
43300

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:30
Tuesday 09:00 - 17:30
Wednesday 09:00 - 17:30
Thursday 09:00 - 17:30
Friday 09:00 - 17:30

Telephone

+60162410277

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Musleh Integrated Education Berhad posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Musleh Integrated Education Berhad:

Shortcuts

Share