23/06/2024
Tahukah anda apa itu Iltiqa' Sakinain (التقاء ساکنين) ??
Didalam hukum membaca ayat2 al-Quran, Iltiqa' Sakinain bermaksud 'Pertemuan Dua Sukun' atau pertemuan dua huruf mati, dimana di tengah-tengah dua sukun ini terdapat Hamzah Wasal iaitu dengan kata lain, apabila huruf Tanwin (yang berbaris dua) bertemu dengan huruf Sukun dihadapannya tetapi dihalang oleh Hamzah Wasal.
Hamzah Wasal adalah berupa huruf Alif (ا) tambahan di awal kalimah atau perkataan.
Mungkin ramai yang keliru cara hendak membaca ayat2 tersebut didalam al-Quran, apatah lagi sekiranya tidak pernah mempelajari hukum Iltiqa' Sakinain.
Bila berlaku demikian (iaitu pertemuan dua huruf mati atau sukun) maka kita s**ar nak baca, maka hendaklah huruf Tanwin yang berbaris dua itu dibuang satu yakni hanya tinggal satu (dibaca satu baris), dan kemudian ditambah Nun Kecil (ن) berbaris bawah.
Nun Kecil tersebut dinamakan Nun Iwad atau wiqoyah atau Penyambung.
Sebenarnya, simbol Tanwin itu asalnya adalah huruf Nun Mati. Sebab itu bila dibaca atau dibunyikan Tanwin ianya dibaca sama benar dengan bunyi Nun Mati. Secara rengkasnya, dalam Tanwin wujud Nun Mati. Sebab itu dalam hukum Iltiqa' Sakanain kita tukar Nun Mati itu dengan huruf Nun Kecil berbaris bawah. Huruf Mati pada kalimah (perkataan) berikutnya kekal tidak berubah.
Sebanyak 34 tempat dalam al-Quran yang terdapat pada 33 ayat daripada keseluruhan ayat2 al-Quran, iaitu perlu dibunyikan Nun Kecil berbaris bawah ketika membacanya. (Sila lihat al-Quran muka surat: 27, 151, 170, 172, 173, 190, 191, 226, 257, 259, 265, 276, 302, 303, 305, 309, 333, 335, 344, 360, 362, 371, 372, 374, 431, 446, 468, 499, 528, 541, 554, 577, 578 ).