30/05/2026
Sedang merancang kunjungan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026?
Pastikan Pavilion MAPIM menjadi destinasi utama anda!
Di sinilah himpunan karya ilmiah, akademik dan rujukan berkualiti tinggi daripada Penerbit UPM menanti para pencinta ilmu, pelajar, pensyarah, penyelidik dan pembaca umum. Daripada bidang sains, teknologi, pertanian, bahasa, sastera, pengurusan, kewangan Islam, sosial sains hinggalah kepada karya kreatif, semuanya tersedia di bawah satu bumbung.
Ribuan judul buku dipamerkan dengan susun atur yang kemas dan mudah diterokai, membolehkan anda mencari bahan rujukan, buku akademik serta bacaan berkualiti dengan lebih selesa. Sama ada anda sedang mencari buku untuk pengajian, penyelidikan, pembangunan kerjaya atau menambah koleksi peribadi, Pavilion MAPIM mempunyai sesuatu untuk semua.
Lebih menarik, pelbagai promosi eksklusif, tawaran istimewa dan aktiviti sepanjang PBAKL 2026 turut menanti pengunjung.
Jangan sekadar datang ke PBAKL. Jadikan Pavilion MAPIM sebagai destinasi wajib persinggahan anda.
Cari ilmu. Temui inspirasi. Miliki karya terbaik.
Pavilion MAPIM @ PBAKL 2026
Gerbang Khazanah Ilmu Negara
Kami menanti kehadiran anda!
28/05/2026
Penerbit UPM juga turut serta dalam PBAKL Online @ Book Capital!
Nikmati pengalaman membeli buku secara dalam talian 24/7 dengan pelbagai pilihan buku akademik, ilmiah dan umum daripada Penerbit UPM hanya di platform Book Capital.
Dapatkan diskaun RM10 bagi pembelian RM25 dan ke atas sepanjang tempoh promosi berlangsung.
Tarikh: 25 Mei 2026 – 14 Jun 2026
Platform: https://mall.bookcapital.com.my
Jangan lepaskan peluang mendapatkan buku pilihan anda dengan tawaran menarik secara atas talian. Layari sekarang dan semarakkan budaya membaca bersama Penerbit UPM!
28/05/2026
Jom ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026!
Penerbit UPM kembali membawakan pelbagai pilihan buku ilmiah, akademik, umum dan buku terlaris khas untuk anda. Nikmati tawaran diskaun menarik, promosi istimewa serta pelbagai judul terkini sepanjang pesta buku berlangsung.
Tarikh: 29 Mei – 7 Jun 2026
Masa: 10.00 pagi – 10.00 malam
Lokasi: Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL)
Bawalah keluarga dan rakan-rakan untuk sama-sama meriahkan pesta ilmu terbesar negara. Jangan lepaskan peluang mendapatkan buku berkualiti pada harga terbaik hanya di reruai Penerbit UPM.
Temui kami di PBAKL 2026. Jumpa di sana!
27/05/2026
Tahun ini, reruai Penerbit Universiti @ lebih dikenali sebagai MAPIM di pesta buku tampil dengan jenama Pavilion MAPIM di PBAKL, bernafas baharu yang pastinya memberikan pengalaman berbeza kepada setiap pengunjung. Dengan kelainan konsep yang lebih eksklusif, susun atur yang selesa serta gabungan hebat pelbagai agensi dan rakan strategik, Pavilion MAPIM bukan sekadar ruang pameran tetapi sebuah destinasi ilmu yang wajib dikunjungi.
Pelbagai aktiviti menarik menanti anda sepanjang acara berlangsung termasuk jualan istimewa, sesi interaktif, promosi buku akademik dan ilmiah, perkongsian eksklusif, khidmat nasihat dari Kementerian Pendidikan Tinggi serta pelbagai pengisian yang akan memeriahkan suasana pavilion tahun ini.
Setiap sudut direka untuk memberikan keselesaan kepada pengunjung sambil menikmati pengalaman eksplorasi ilmu dalam suasana yang moden, tersusun dan mesra pengunjung.
Dan menariknya, jika anda zoom foto ini, anda akan dapat melihat sendiri layout sebenar booth MAPIM tahun ini!
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada pengalaman luar biasa di Pavilion MAPIM sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026. Temui kami dan rasai sendiri keterujaan Gerbang Khazanah Ilmu Negara.
26/05/2026
Penerbit UPM mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh warga UPM, rakan strategik, penulis, pembaca dan umat Islam.
Semoga Aidiladha yang diraikan membawa penghayatan terhadap nilai pengorbanan, keikhlasan dan kebersamaan dalam membina kehidupan yang lebih bermakna serta diberkati.
Semoga sambutan kali ini dipenuhi dengan ketenangan, kesejahteraan dan kebahagiaan bersama insan tersayang.
Ikhlas daripada
Pengarah Pusat Penerbit,
Profesor Ir. Ts. Dr. Mohamed Thariq Bin Haji Hameed Sultan, FASc
dan seluruh warga Penerbit UPM
17/05/2026
Penerbit UPM berada di Karnival Semarak Ilmu 2026!
Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan pelbagai pilihan buku akademik, ilmiah dan umum dengan tawaran menarik sepanjang karnival berlangsung.
Tarikh: 17 – 21 Mei 2026
Masa: 9.00 pagi – 7.00 malam
Tempat: Dewan Tuanku Canselor, Universiti Malaysia Kelantan
Ayuh hadir memeriahkan Karnival Semarak Ilmu 2026 dan bersama menyemarakkan budaya membaca serta kecintaan terhadap ilmu.
Temui kami di reruai Penerbit UPM.
01/05/2026
Selamat Menyambut Hari Pekerja kepada semua warga kerja yang terus komited dan berdedikasi dalam memacu kecemerlangan organisasi dan pembangunan negara.
Pengorbanan, usaha dan sumbangan anda amat dihargai dalam memastikan kelangsungan ilmu, inovasi dan perkhidmatan berkualiti kepada masyarakat.
Ikhlas daripada
Pengarah dan seluruh warga Pusat Penerbit UPM
27/04/2026
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Profesor Ir. Ts. Dr. Mohamed Thariq Hameed Sultan, FASC atas pelantikan dan pengiktirafan dalam Disiplin Sains Kejuruteraan (Engineering Sciences Discipline), Akademi Sains Malaysia (ASM).
Pengiktirafan ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan serta mencerminkan kecemerlangan dan sumbangan berterusan beliau dalam bidang sains dan kejuruteraan. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus melakar kecemerlangan serta menyumbang kepada pembangunan ilmu dan kemajuan negara.
Ikhlas daripada
Seluruh warga Penerbit UPM
24/04/2026
Penerbit UPM akan menyertai beberapa pesta buku utama sepanjang bulan April 2026. Orang ramai dijemput hadir bagi mendapatkan pelbagai buku akademik, ilmiah dan bacaan umum pada harga istimewa.
Lokasi & Tarikh:
• Bazar Buku Perak, Ipoh: 23 – 26 April 2026
• Kota Baca, Dataran Merdeka: 24 – 26 April 2026
• Pesta Buku UKM, Bangi: 24 – 27 April 2026
• Pesta Buku Utara, UUM Sintok Kedah: 25 – 29 April 2026
Kunjungi reruai Penerbit UPM untuk meneroka pelbagai judul menarik serta penerbitan terkini dalam pelbagai bidang. Jangan lepaskan peluang untuk menambah koleksi ilmu anda...