04/06/2026
Congratulations to Prof. Ir. Dr. Siti Anom and team on successfully securing the IFAC International Grant.
[Credit: Department of Electrical and Electronic Engineering, Faculty of Engineering, Universiti Putra Malaysia]
29/05/2026
Women in the Halal Industry: Modest But Make It Powerful explores how female entrepreneurs and professionals are shaping a sector built on trust, ethics and innovation. This episode looks at breaking stereotypes, building brands with purpose, and why women belong at the forefront of one of the world’s fastest growing industries.
Guest: Puteri Sarah Liyana - Actress & Entrepreneur
Guest: Prof. IR. DR. Yus Anita Yusof - Industry Expert (HALAL CERTIFICATION & STANDARDS) UPM
27/05/2026
Warga Fakulti Kejuruteraan ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam di Malaysia.
Sambutlah Hari Raya Aidiladha kali ini dengan penuh keinsafan dan kesyukuran atas segala nikmat kurniaan Ilahi. Marilah kita mengamati dan menjadikan nilai pengorbanan, ketaatan dan keikhlasan yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim A.S. dan Nabi Ismail A.S. sebagai panduan dalam setiap langkah kehidupan sama ada dalam tugas, tanggungjawab, mahupun hubungan sesama insan.
Semoga setiap titis air mata pengorbanan membawa kepada keberkatan, ketenangan dan kebahagiaan yang berpanjangan kepada kita semua.
21/05/2026
20 Mei 2026 - Audit Dalaman Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) bagi Skop Penilaian Pengajaran Prasiswazah telah selesai dilaksanakan di Pejabat Timbalan Dekan (Akademik, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih dirakamkan kepada Encik Firdaus Zakaria atas pelaksanaan audit serta perkongsian pandangan, pelaksanaan semakan dan cadangan penambahbaikan yang diberikan sepanjang sesi audit berlangsung.
Semoga usaha ini terus memperkukuh tadbir urus, pematuhan dan budaya pengurusan keselamatan maklumat yang berkualiti demi penyampaian perkhidmatan akademik yang lebih cekap dan berintegriti.
20/05/2026
Sukacitanya warga Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia ingin mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Haji kepada sahabat-sahabat dari Fakulti Kejuruteraan yang telah terpilih menjadi tetamu Allah sebagai Jemaah Haji 2026M/1447H. Semoga YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan, memperoleh haji yang mabrur serta selamat pulang ke tanah air.
آمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
20/05/2026
Tahniah diucapkan kepada staf Fakulti Kejuruteraan Universiti Putra Malaysia (UPM) yang berjaya meraih anugerah di Majlis Gemilang Putra (MGP) 2026 yang berlangsung pada 19 Mei 2026 di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Abdul Aziz Shah UPM.
MGP merupakan majlis penghargaan dan pengiktirafan kepada pegawai akademik dan pegawai bukan akademik UPM yang mencapai kecemerlangan dalam perkhidmatan termasuk bidang pengajaran, penyelidikan dan inovasi, perkhidmatan profesional, penerbitan makalah serta perunding cemerlang untuk universiti dan negara. Ia turut dilaksanakan bagi menghargai integriti, dedikasi dan semangat warga UPM dalam memacu kecemerlangan dan memperkukuh reputasi UPM sebagai universiti bertaraf antarabangsa.
Warga Fakulti Kejuruteraan dengan seikhlas hati mengucapkan segulung tahniah kepada semua penerima anugerah atas usaha bakti, perkhidmatan dan kejayaan yang diraih. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga fakulti untuk terus maju ke hadapan dalam menggerakkan pembangunan modal insan yang berkualiti.