21/06/2023
BICARA TANPA SUARA
Video ini memaparkan poster-poster yang telah dihasilkan oleh pelajar Bacelor Sastera Bahasa dan Linguistik Melayu Dengan Kepujian bagi melengkapkan kursus Multimedia Dalam Bahasa (BBM3410) yang dikendalikan oleh PM Dr Arba’ie Sujud. Poster yang dihasilkan menggunakan dua elemen iaitu multimedia dan juga bahasa. Poster yang dihasilkan berkonsep *bicara tanpa suara*. Poster yang dipaparkan dalam video ini berjumlah 42. Poster yang telah dihasilkan memberi pengertian indah dari segi bahasanya. Oleh itu, pelaksanaan Pogram Manifestasi Bahasa Dalam Multimedia dapat menyebarluaskan lagi daya ketersampaian maklumat ini kepada anda.
Semoga anda dapat menghubung jalinkan bahasa dalam bentuk media dan ianya juga dapat memberi sumber ilham kepada anda dalam berkarya.