26/05/2026
Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha 1447H
Aidil Adha mengajar kita tentang erti pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan kepada Allah SWT.
Semoga setiap pengorbanan yang dilakukan menjadi asbab keberkatan, ketenangan dan kebahagiaan buat kita semua.
Ikhlas daripada
Smart Mukmin Lestri Putra
“Semoga Aidil Adha ini menyatukan hati dalam keimanan dan mengeratkan ukhuwah sesama insan.”
12/05/2026
Selamat Menyambut Hari Jururawat Sedunia 2026
Terima kasih kepada seluruh jururawat yang sentiasa menjadi insan hebat di barisan hadapan demi menjaga kesihatan dan kesejahteraan masyarakat.
Di Tadika Smart Mukmin Lestari Putra, kami mendidik anak-anak untuk menghargai jasa insan yang penuh kasih sayang dan pengorbanan ini.
💙 Terima Kasih, Wira Kesihatan! 💙
Ikhlas daripada
Tadika Smart Mukmin Lestari Putra
01/05/2026
Apresiasi Warga Pekerja: Teras Kecemerlangan Ummah.
Setiap keringat yang dicurahkan, setiap usaha yang dilakukan dengan penuh amanah, adalah asas kepada terbentuknya masyarakat yang maju dan berdaya saing.
Pekerjaan bukan sekadar tanggungjawab, tetapi satu ibadah yang menyumbang kepada kesejahteraan ummah dan kemakmuran negara.
Terima kasih kepada seluruh warga pekerja atas dedikasi, komitmen dan pengorbanan yang tidak ternilai.
Selamat Menyambut Hari Pekerja 2026
Ikhlas daripada
SMART MUKMIN
06/03/2026
SALAM NUZUL AL-QURAN 1447H
“Bulan Ramadan bukan sekadar berpuasa…
tetapi bulan untuk kita kembali mencintai Al-Quran.”
Sempena Nuzul Al-Quran, Tadika Smart Mukmin Lestari Putra ingin mengajak semua ibu bapa dan anak-anak untuk bersama-sama menghidupkan Ramadan dengan membaca, memahami dan mengamalkan Al-Quran dalam kehidupan seharian.
Didik anak cintakan Al-Quran sejak kecil kerana dari situlah lahirnya generasi yang berakhlak mulia dan berilmu.
Semoga Ramadan kali ini membawa keberkatan, ketenangan dan rahmat kepada kita semua.
Salam Nuzul Al-Quran 1447H
Ikhlas daripada warga
Tadika Smart Mukmin Lestari Putra
“Sebaik-baik kamu adalah yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya.”
28/01/2026
Anak anda bakal melangkah ke Tahun 1? 🎒
Persediaan awal hari ini menentukan keyakinan dan kejayaan mereka esok.
Di Smart Mukmin, kami bukan sekadar mendidik , kami membina keyakinan, emosi stabil dan asas pembelajaran kukuh,
agar anak bersedia menghadapi alam sekolah rendah dengan tenang & gembira.
✨ Anak lebih berdikari
✨ Berani bergaul & yakin ke sekolah
✨ Kukuh membaca, menulis & mengira
✨ Dibentuk dengan nilai Islam & akhlak mulia
Pendaftaran Murid Sesi 2026 masi dibuka tahun ini
Tempat adalah TERHAD.
Jangan tunggu saat akhir.
Daftarkan anak anda hari ini , demi langkah awal yang terbaik.
Daftar segera dengan link di bawah ini
https://app.smap.my/reg/add/1232771
📞 Hubungi sekarang: 011-5761 5763
📲 Ikuti kami di Facebook:
💡 “Go Smart, Be Mukmin” – tempat terbaik untuk anak anda mulakan langkah cemerlang, pintar & soleh/solehah! 🌸
Smart Mukmin Lestari Putra
19/01/2026
Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, berakhirlah Minggu Transisi Tadika Pintar Mukmin.
Sepanjang minggu ini, anak-anak telah berjaya menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu, mengenali rakan dan guru, serta mengikuti pelbagai aktiviti yang menyeronokkan dan bermakna.
Kami amat berbangga melihat keberanian, keceriaan dan perkembangan positif anak-anak semua.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan dan kerjasama sepanjang tempoh transisi ini.
Semoga pengalaman awal ini menjadi permulaan yang baik untuk anak-anak melangkah ke alam pembelajaran dengan lebih yakin, ceria dan bersemangat.
17/01/2026
Salam Isra’ Wal Mikraj | Jejak Perjalanan Agung Kekasih Allah ﷺ
Salam Isra’ Wal Mikraj
Peristiwa agung ini mengingatkan kita tentang kebesaran Allah SWT dan kemuliaan Rasulullah ﷺ dalam menerima perintah solat, tiang agama dan penghubung hamba dengan Pencipta-Nya.
Semoga peringatan Isra’ Wal Mikraj ini menyuburkan iman, memperbaiki amal dan menguatkan hubungan kita dengan Allah SWT dalam setiap langkah kehidupan.
Ikhlas daripada seluruh warga Smart Mukmin Lestari Putra
14/01/2026
Aktiviti Transisi Hari Ini di Smart Mukmin
Hari ini anak-anak Smart Mukmin melalui hari transisi yang ceria dan bermakna .
Daripada circle time, rutin ke tandas, hingga aktiviti kreatif Cupcake Decoration 🍰 — semuanya membantu anak-anak membina keyakinan, berdikari dan seronok belajar bersama rakan-rakan .
Wajah gembira, hasil tangan penuh warna 🎨
Inilah langkah kecil menuju permulaan besar anak-anak hebat Smart Mukmin 💪😊