SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR KEPADA ADIK-ADIK YANG MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR HARI INI
Cikgu Ayu Home Tutor
Cikgu Ayu Home Tutor; Perkhidmatan Tuisyen di Rumah dengan teknik & formula belajar berkesan untuk SPM, PT3 dan UPSR.
PROMOSI BELAJAR SECARA BERKUMPULAN BERSAMA HOME TUTOR SEPANJANG CUTI SEKOLAH (UPSR,PT3,SPM) ‼‼
============================================
Cuti Sekolah Datang Lagi 😍😍😍
Sempena Cuti Sekolah yang bakal tiba tidak lama lagi, kami di Cikgu Ayu Home Tutor menawarkan harga SUPER MURAH bagi mana-mana ibu bapa yang berhasrat untuk mendapatkan khidmat home tutor bagi anak-anak anda di rumah.
3 SEBAB KENAPA PERLU GRAB PROMOSI INI DENGAN CEPAT!!!!
+++++++++++++++++++++++
♥Harga yang ditawarkan adalah SUPER MURAH
♥Khidmat tutor yang SUPER BERKESAN
♥Boleh pilih sama ada nak belajar secara perseorangan atau berkump**an ( LAGI RAMAI LAGI MURAH HARGA PER HEAD)
♥Pakej Half Day ( Boleh belajar banyak subjek dalam 1 hari)
++++++++++++++++
BERMINAT PROMOSI INI ???
++++++++++++++++
Komen " SAYA NAK" di ruangan komen di bawah bagi menempah slot anda !!!
Komen " SAYA NAK"
Komen " SAYA NAK"
Komen " SAYA NAK"
Komen " SAYA NAK"
Whatsapp : Cikgu Ayu : O104155005 😉
18/08/2017
7 TIPS HEBAT PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN 😱😱😱
=========================
1⃣SEMAK JADUAL
Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.
Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.
2⃣KUNCI PEPERIKSAAN
Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.
Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.
3⃣TENTUKAN KEUTAMAAN
Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda s**ai saja, sebaliknya merangkumi semua.
Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.
4⃣BANYAK MENGINGAT DAN MEMNUAT KAITAN
Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.
Apa-apa pun cara digunakan, terp**ang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.
5⃣MERANCANG PERSIAPAN PEPERIKSAAN
Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.
♥ Pertama, SEBELUM PEPERIKSAAN ♥
khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.
Selain di sekolah dan rumah, anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telah dipelajari.
Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit.
Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di sekolah mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu, apatah lagi akan menduduki peperiksaan.
Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan itu.
Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda.
Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan menulis khususnya pensel 2B, pemadam dan penajam pensel, jika tidak sediakan beberapa batang pensel. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan.
Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah.
♥ Kedua, PADA HARI PEPERIKSAAN ♥
Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke sekolah.
Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan.
Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya.
Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.
Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan s**ar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian.
Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya tersalah tanda, padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel
Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir.
Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda.
♥ Ketiga, SELEPAS PEPERIKSAAN ♥
Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.
Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir.
Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.
6⃣ELAKKAN TERBABIT DENGAN SITUASI YANG BOLEH MENGGANGGU PERASAAN
Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.
7⃣BERDOA DAN TAWAKAL
Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.
☝☝☝ Itulah di antara tip-tip yang boleh digunakan oleh pelajar sebagai panduan persedian dan meghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Di harap dengan panduan tip-tip di atas, pelajar-pelajar akan berkeyakinan dan membuat persiapan yang cukup untuk menghadapi ujian itu nanti.
Jadi, bagaimana persediaan anda sekarang ? Adakah anda sudah benar-benar bersedia ?? Jomm…Mai kongsi bersama cikgu..he he he…
17/08/2017
Ayuh !! sama -sama kita rasai debaran ini 😊😁..masih belum terlewat adik-adik..semoga kita terus bersemangat dan berjaya ‼
16/08/2017
⚠⚠MATHS DAN SCIENCE PUNCA ANAK TIDAK DAPAT “STRAIGHT A’s” DALAM PERCUBAAN UPSR ⚠⚠
CUBA 3 TIPS INI UNTUK PASTIKAN ANAK DAPAT 6A ‼
Teruskan bacaan untuk kejayaan anak anda 👉
==============================
“Semasa keluar keputusan percubaan UPSR baru-baru ini, saya sangat excited untuk mengetahui keputusan peperiksaan anak saya kerana sebelum ini anak saya memang menunjukkan prestasi yang meningkat dan konsisten dalam setiap ujian dan penilaian di sekolah. Namun, saya sedikit hampa kerana anak saya tidak dapat “ Straight A’s “ dalam percubaan UPSR baru-baru ini. Anak saya, Anis hanya mendapat “4A2B” dan yang ” B” itu adalah subjek Maths dan Science. Saya bersyukur namun apa tindakan yang patut saya lakukan dengan saki baki masa yang singkat ini Cikgu Ayu ?“
Puan Rahimah, Serdang.
++++++++++++++++++++++++++++
ADAKAH ANDA DALAM KELOMPOK INI?
++++++++++++++++++++++++++++
❌Dah hantar kelas tuisyen tapi RESULT…emm..masih kurang memuaskan.
❌Dah belikan banyak buku latihan, tapi TAK TAU NK JAWAB SOALAN.
❌Belikan buku rujukan, tapi FAHAMAN MASIH KURANG MENDALAM. Kadang-kadang soalan pun masih tak tahu cara nak jwab.
❌Nak pantau pun tak tahu nak jawab sebab SILIBUS DAN SISTEM BERUBAH..
TENANG..JANGAN KUATIR IBU SEKALIAN…
++++++++++++++++++++
JOM CUBA 3 TIPS BAGI MEMASTIKAN ANAK KESAYANGAN ANDA DAPAT KEPUTUSAN YANG CEMERLANG!
++++++++++++++++++++
1⃣ JAGA SOLAT
- Bagi yang Muslim, jangan tinggal solat
- Amalkan Surah Luqman tiap kali selepas solat subuh/sebelum ke sekolah
- Ingat! Kita jaga Allah, Allah jaga kita
2⃣ JADUAL BELAJAR YANG SISTEMATIK
✅Pastikan setiap topik daripada setiap subjek terangkum di
dalam jadual
✅Pastikan ada masa untuk belajar sendiri ( sekurang-
kurangnya 2 jam sehari) kerana disitu baru kita dapat kesan
di mana kelemahan diri kita
3⃣ HANTAR ANAK KE HOME TUITION
✅Tutor datang kerumah dan mengajar ONE TO ONE dalam group sampai faham.
✅Boleh tanya soalan face to face
✅Jimat masa perjalanan untuk belajar
✅Ibubapa boleh pantau macam mana cara anak belajar
Kami di Cikgu Ayu Home Tutor menawarkan khidmat belajar secara ONE to ONE coaching yang efektif dengan PEMANTAUAN secara berterusan di rumah anda.
++++++++++++++++++++++++
♥ KELEBIHAN CIKGU AYU HOME TUTOR ♥
++++++++++++++++++++++++
♥ FOKUS SUBJEK MATHEMATICS, SCIENCE, BM DAN BI
✅Kami menfokuskan 4 Subjek utama yang selalu pelajar tidak dapat skor dan menghadapi masalah untuk memahaminya
♥ JADUAL YANG LEBIH FLEKSIBEL
✅Ibu bapa boleh berbincang dengan kami masa yang dirasakan sesuai untuk pembelajaran anak-anak mereka. Tanpa perlu pergi ke mana-mana, hanya tunggu dan guru-guru kami akan sampai ke rumah tuan/puan pada masa yang telah dijanjikan.
♥ MEWAJIBKAN BACAAN DOA SEBELUM BERMULA
✅Kami telah melatih guru-guru kami untuk memulakan sesi pembelajaran dengan doa dan selawat bagi menambah keberkatan dalam ilmu yang dituntut.
♥ PEMANTAUAN YANG BERTERUSAN
✅Kami mempunyai ‘Report Card” atau Laporan Rekod Pembelajaran dan Pengajaran (P&P) setiap pelajar. Setiap pelajar juga diminta untuk menulis target keputusan mereka bagi menambah keyakinan mereka dalam subjek yang diajar
♥ SESI KHAS ONE TO ONE
✅Pelajar boleh belajar face to face dengan guru mereka dan boleh tanya apa sahaja soalan
sehingga betul-betul faham tanpa perlu bergerak ke mana-mana tempat sebaliknya kami yang datang ke rumah anda
++++++++++++++++++++
📚 PROMOSI PECUT UPSR 2017 📚
++++++++++++++++++++
KELAS INTENSIF SELAMA SETENGAH HARI
✅ SESI PAGI:3 JAM , SESI PETANG:3 JAM
✅ BOLEH PILIH SUBJEK ( BM, BI, MATHS,SC)
PERSEORANGAN / KUMPULAN ( KUMP MAX: 5 ORANG)
✅ HARGA PROMOSI : RM250/ HALF DAY( 6 JAM )
🔈🔈🔈Kami kini berada di Serdang, Bangi, Putrajaya dan Sri Kembangan
Adakah kami sudah dekat dengan rumah anda? Lebih mudah bukan??
Ingin mengetahui dengan lebih lanjut PAKEJ ISTIMEWA PECUT UPSR 2017 ?
++++++++++++++++++++
NAK TAHU LEBIH LANJUT??
++++++++++++++++++++
KOMEN “NAK TAHU“ DI BAWAH SEKARANG
KOMEN “NAK TAHU“ DI BAWAH SEKARANG
KOMEN “NAK TAHU“ DI BAWAH SEKARANG
ATAU,
KLIK SINI SEKARANG --> www.wasap.my/60104155005
KLIK SINI SEKARANG --> www.wasap.my/60104155005
KLIK SINI SEKARANG --> www.wasap.my/60104155005
14/08/2017
Bersihkan Hati
Ilmu itu cahaya, cahaya hanya boleh masuk ke dalam hati yang bersih.
6 Cara Yang Menyeronokkan Bagi Merangsang Anak Membaca Dan Menulis..
▩▩▩▩▩▩▩▩▩▩▩▩▩▩▩▩▩▩▩▩▩
Suasana bermain, keseronokan dan kesanggupan anak-anak amat besar pengaruhnya dalam melahirkan minat membaca. oleh kerana itu, cipta suasana yang menyeronokkan dan tanamkan minat membaca pada diri anak anak sejak mereka kecil. Sebagai hasilnya nanti, buku akan menjadi alat bermain yang paling menyenangkan untuk anak anak.
Keterujaan ibu ayah untuk mengajar anak membaca akan bermula saat si kecil pandai meminta dibelikan buku dan warna. Sebenarnya bukanlah satu paksaan untuk mengajar anak membaca ABC saat mereka menunjukkan minat terhadap buku dan alat tulis.
Ramai pakar yang mahir dalam pendidikan mental kanak-kanak telah mengkaji cara yang paling berkesan untuk mengajar anak-anak membaca. Glenn Doman misalnya menulis sebuah buku yang berjodol “How To Teach Your Baby To Read”. Sejujurnya saya tidak pernah mengikut langkah demi langkah apa yang disarankan oleh Glenn Doman di dalam bukunya itu tetapi saya telah mendedahkan anak-anak saya kepada buku di peringkat mereka masih bayi seperti membacakan cerita untuk mereka dan sebagainya.
Ibu bapa tidak perlu rasa tertekan jika tidak termampu untuk mengikut cara yang disarankan oleh pakar kanak-kanak. Ada banyak cara atau aktiviti yang dapat membantu kita merangsang kebolehan anak-anak membaca. Kuncinya.. buat dengan rasa seronok baik pada ibu bapa atau pun pada anak-anak.
Untuk mengajar anak-anak mengenal perkataan, kita tidak perlu memaksa serta menimbulkan perasaan yang kurang senang kerana ini akan menimbulkan kesan yang negatif p**a. Anak-anak yang diajar membaca dalam keadaan yang terpaksa dan kurang seronok juga akhirnya boleh membaca tetapi minatnya terhadap buku dan membaca akan terbantut.
Yang perlu kita pupuk ke dalam diri anak-anak ialah minat membaca bukan pandai membaca. Anak yang tiada minat membaca, apabila dia telah pandai membaca, dia akan berhenti membaca. Kita mahukan anak-anak yang akan berterusan membaca.
Di antara aktiviti yang BOLEH DILAKUKAN dengan anak-anak untuk merangsang mereka membaca dan menulis ialah…
1. Membaca Dengan Kad Perkataan.
Membaca buku cerita bersama-sama mereka sambil bermain-main dengan kad-kad perkataan yang anda buat sendiri. Perkataan yang ditulis di atas kad tersebut, ambil daripada buku yang mereka baca ketika itu. Banyak permainan yang boleh dicipta dengan kad-kad perkataan tersebut. Biasanya selepas membaca, kita boleh meminta mereka menyusun kad-kad perkataan tersebut menjadi ayat yang lengkap.
2. Melukis dan Ceritakan Lukisan
Melukis bersama-sama mereka kemudian menulis beberapa ayat-ayat mudah yang menceritakan tentang gambar itu. Gambar berserta cerita tentangnya anda lekatkan pada peti ais ataupun pinkan pada soft board. Setiap kali mereka terpandang gambar tersebut, mereka akan membaca ceritanya. Untuk menyeronokkan lagi, anda beri hak milik cipta dengan mencatatkan… ‘Cerita ini ditulis oleh…” pada bahagian bawah kertas.
3. Menulis Barangan Dapur yang Hendak Dibeli
Mengajak mereka supaya bersama-sama menulis dan menyenaraikan nama barang-barang keperluan dapur yang perlu dibeli dan meminta mereka menyerahkan senarai tersebut kepada ayah mereka.
4. Menulis Wish List.
Meminta mereka menulis senarai barang permainan atau apa saja yang mereka inginkan sebagai hadiah harijadi dan meletakkan senarai tersebut di dalam sekeping sampul surat yang dialamatkan kepada anda. Surat berserta senarai tersebut biasanya mereka lekatkan pada peti ais dengan menggunakan magnet.
5. Menulis Pesanan Ringkas.
Menggalakkan mereka menulis pesanan ringkas di atas nota kecil. Semua pesanan dan kepada siapa pesanan itu ditujukan dilekatkan pada peti ais atau pada soft board. Pada peringkat permulaan, sudah tentu mereka memerlukan bantuan untuk mengeja perkataan dan sebagainya tapi mereka seronok melakukannya apabila mendapat respon yang positif daripada anda.
6. Menulis Buku "Rahsia"
Menggalakkan mereka menulis buku catatan rahsia. Mereka bebas menulis apa saja di dalamnya dan hanya mereka saja yang boleh membacanya. Anak-anak s**a kepada idea “rahsia” itu dan sudah tentu tidak menjadi rahsia lagi kepada anda apabila mereka datang bertanya bagaimana untuk mengeja sesuatu perkataan yang agak susah tetapi ia tetap menjadi rahsia kepada ahli keluarga yang lain.
Kesimp**annya, peranan ibu bapa sangat penting dalam menarik minat anak untuk membaca sama ada dengan bahan bacaan atau teknik digunakan mestilah menarik dan ceria.Yang penting jangan paksa anak untuk membaca jika anak anda tidak mahu. Jadikan aktiviti membaca sesuatu yang menyeronokkan sehingga anak anda tertarik untuk membaca.Luangkan banyak masa bersama anak-anak walaupun anda sibuk dengan kerja seharian. Percayalah,pelaburan masa untuk permata hati anda sungguh berbaloi.
12/08/2017
TIPS Ibu Bapa Kawal Anak-Anak Guna Internet
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
Keadaan di dalam rumah senyap-sunyi, ibu bapa masing-masing baru sahaja p**ang dari pejabat. Di meja makan, anak lelaki 16 tahun sibuk dengan laptop, mungkin melayari Facebook atau Youtube. Sementara adik perempuannya yang berusia 10 tahun sedang leka dengan tabletnya di ruang tamu.
Ibu bapa berfikir mungkin anak-anaknya sibuk membuat carian di Internet berkaitan kerja sekolah atau leka dengan permainan di tabletnya.
Apa pun, senario ini melegakan ibu bapa kerana anak mereka ada di dalam rumah dan dalam keadaan selamat. Ibu bapa yang beranggapan begini diharap berfikir semula!
Memang tidak dapat dinafikan Internet memberi banyak manfaat kepada manusia. Mereka boleh mengakses sebanyak mungkin maklumat, kebudayaan, komunikasi serta hiburan. Peluang ini sudah tentu menggalakkan daya kreativiti dan melahirkan peluang dalam setiap sudut kehidupan.
Malangnya, Internet juga mempunyai keburukan kerana mengandungi ancaman terutamanya kepada golongan kanak-kanak dan remaja. Membuli siber, pornografi, keganasan, penderaan perkauman dan penipuan kini adalah ancaman serius bagi mereka yang melayari Internet. Dalam konteks ini, peranan ibu bapa sangat penting dalam memantau dan membimbing anak-anak tentang penggunaan Internet.
Mungkin benar anak ada di rumah tetapi gajet yang ada di tangan mereka itu adalah 'pintu' kepada dunia yang lain.
Pintu itu membuka laluan kepada pelbagai kemungkinan dan mendedahkan mereka kepada orang asing serta kenalan yang berniat jahat.
Tambahan, mereka juga terdedah kepada pelbagai visual dan maklumat yang tidak disaring.
Kawalan Kendiri
============
Penggunaan gajet dalam kalangan kanak-kanak kecil atau pelajar tidak patut disekat, tetapi mereka perlu dibimbing untuk menggunakannya ke arah kebaikan.
Oleh itu, kawalan kendiri sebenarnya bermula di rumah yang memerlukan pembabitan ibu bapa secara langsung dalam memantau aktiviti pelayaran Internet anak-anak.
Tanpa pantauan dari ibu bapa, tidak mustahil anak-anak boleh tersasar jauh dan melayari laman sesawang yang tidak sepatutnya.
10 Cara Mudah Pantau Anak Layari Internet ialah:
1. Jika anak anda didekati seseorang yang diragui melalui internet, segera dapatkan seberapa banyak maklumat termasuk nama laman sesawang atau e-mel orang yang menghubungi anak anda. Dapatkan juga tarikh dan masa anak anda dihubungi. Laporkan kepada polis atau CMCF.
2. Pindahkan komputer atau gajet ke kawasan keluarga dan bukannya bilik persendirian anak.
3. Terangkan kepada anak anda mengenai bahaya dalam talian. Contohnya tentang ancaman atau gangguan seksual.
4. Apabila anak anda mula menggunakan internet, pastikan anak anda mula mengetahui tentang faktor keselamatan dan cara menggunakan laman sesawang dengan betul. Mulakan pemantauan dengan tegas.
5.Nasihatkan mereka untuk menggunakan internet dengan baik dan perlu berkelakuan baik sama seperti mereka berkelakukan dalam kehidupan seharian.
” Jika anda tidak akan melakukan sesuatau perkara secara terbuka, maka jangan lakukannya walaupun dalam talian.”
`
6. Internet adalah gerbang maklumat yang sangat hebat dan pantas. Namun, perlu berhati-hati dengan apa yang kita lakukan apabila berinternet. Nasihatkan anak anda supaya tigak melakukan sesuatu yang buruk, fikir dahulu sebelum melakukan apa-apa di internet. Ini kerana mungkin anak anda dan anda juga akan menyesal di kemudian hari. Ingatlah ‘kuasa viral’ itu sememangnya berkuasa pada masa kini.
7. Anak anda tidak boleh melayari laman sesawang dalam apaapa keadaan jika tidak mempunyai pengawasan orang dewasa. Anak anda mungkin memili gajet dan lebih cekap daripada anda. Jadi, sila tetapkan gajet tersebut untuk melupakan kata laluan agar mereka tidak boleh akses internet tanpa kebenaran anda.
8. Anda juga boleh menetapkan akses secara autmatik untuk gajet mereka dan menyekat akses ke laman-laman sesawang yang berisiko dan tidak sesuai dengan anak anda.
9. Ibu bapa perlu bijak melibatkan diri dalam perbincangan terbuka yang sesuai dengan usia anak-anak. Bincang tentang kehidupan bersama mereka agar mereka tidak meluahkan segalanya di internet tanpa memikirkan kebaikan dan keburukan.
10. Hubungi CMCF atau laporkan kepada polis jika anda memerlukan bantuan dan sudah tidak boleh mengawal anak anda di dalam penggunaan internet.
Kita hidup di zaman ini merasa kagum dengan perkembangan internet sehingga maklumat dan komunikasi dapat dilakukan dengan mudah, cepat dan jimat. Namun kita perlu sedar juga bahawa perkembangan tersebut turut membawa perubahan kepada hidup kita, seperti cara bersosial, berkomunikasi dan sebagainya.
Kita sebagai ibu bapa, penjaga, guru dan masyarakat wajib melindungi kanak-kanak dengan sentiasa memberi bimbingan dan nasihat kepada mereka akan etika ketika melayari internet.
11/08/2017
Kisah Anak Kecil Yang Perlu Dijadikan Teladan!
■■■■■■■■■■■■■
“Pada setiap hari Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan beberapa karya Islamik yang lain.
Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa menghulurkan risalah² Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.
Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata : “Ayah! Saya dah bersedia.”
Ayahnya terkejut dan berkata : “Bersedia utk apa?”
“Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah”
”Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat.”
”Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun.”
Ayahnya menambah : “Ayah tidak bersedia hendak keluar dlm keadaan cuaca sebegini”
Dgn merintih anaknya merayu : “Benarkan Saya pergi ayah?”
Ayahnya berasa agak ragu² namun menyerahkan risalah² itu kpd anaknya
“Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!”
”Terima kasih Ayah.”
Dgn wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dlm kelebatan hujan itu.
Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.
Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah “Jalan-jalan Syurga” ada pada tangannya.
DaIam berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya.
Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.
Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu.
Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk p**a pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan.
Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan.
Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi.
Akhirnya pintu rumah itu dibuka. Berdiri di depan pintu adalah seorg perempuan dlm lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih.
“Nak, apa yang makcik boleh bantu?”
Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah Malaikat yg turun dari langit.
“Makcik, maaf Saya mengganggu, Saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik.
Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah.”
Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.
”Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu” dalam nada yang lembut.
Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya :“Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu?”
Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dgn perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu.
“Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal Saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali.
Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas, Saya bukan seorang Muslim. Suami Saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan Saya keseorangan dalam dunia ini”
Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.
”Pada hari Jumaat minggu lepas Saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi Saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menurun. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat Saya unttjk terjun, tiba-tiba loceng rumah Saya berbunyi.
Saya tunggu sebentar, pada anggapan Saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab.
Kemudian ia berbunyi lagi.
Kemudian Saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi.”
”Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama.
Lantas Saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu”
”Seumur hidup Saya, belum pernah Saya melihat anak yang secomel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti Malaikat”.
“Makcik, maaf Saya mengganggu, Saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik” itulah kata-kata yang paling indah yang pernah Saya dengar”.
Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat.
Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka.
Saya tak perlukan itu lagi.”
“Lihatlah, skrg sy sudah menjadi seorg yang bahagia, dan menjadi hamba kpd Tuhan yang satu ... ALLAH.
Di belakang risalah terdpt alamat ini dan itulah sbbnya sy di sini hari ini. Jika tidak disbbkan budak kecil yang dtg pd hari itu tentunya roh sy ini akan berada selama-lamanya di dlm neraka”.
Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai p**a yg berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!
Imam lantas turun dgn pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.
Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya.
Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama Malaikat.
Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang.
Saya panjangkanlah risalah ini. Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu!
ALLAHUAKBAR !!
P/s: Sekecil-kecil amalan kalau tak buat pasti dipersoal kelak ... Allah ... Moga dakwah walau sepotong ayat dapat sampai kepada insan lain yang memerlukan HIDAYAH ALLAH SWT
Sempena Percubaan PT3. Moga bermanfaat.. 👍👍🌈🌈🌈
ZIKIR DAN DOA SEBELUM PEPERIKSAAN
==============================================
Ini adalah zikir n bicara hati (doa) yg di kongsi oleh sahabat untuk ibu2 atau ank bca bila menghadapi exam...
sungguh cantik susunan bicara hati yg dikarangnya (gantikan aku dgn anak ku atau yg bersesuaian)
ALLAH HUMMA,
Ya Allah Ya Fattah buka lah jalan penyelesaian agar aku(ank ku) mampu menghadapi exam ini.
Ya Allah Ya Haadi bimbing lah aku(ank ku) kerana Engkau maha membimbing.
Ya Allah Ya Zohir nampak kan kepada ku(ank ku)jawapan jawapan yg betul bagi soalan soalan peperiksaan ini.
Ya Allah Ya Haadi beri lah petunjuk utk ku(ankku) kepada jawapan soalan ini.
Ya Allah Ya Nuur pancarkan cahaya Mu supaya aku(ank ku) nampak jawapan kepada soalan soalan ini.
Ya Allah Ya Baari' atur kan jari jemariku (ankku) untuk menulis jawapan yg betul dan tepat dalam peperiksaan ini.
2. Sewaktu ank2 dlm dewan exam atau interview ibu2 zikir dan solat taubat, dhuha dan hajat dan bicara hati dgn Allah.
Doakan sahabat kita yg berkongsi bicara hati ini diberkati Allah di dunia dan akhirat dan perkongsian ini mendapat perhatian dan redha Allah swt.
Bicara hati (doa) ini blh di tambah bersesuaian dgn ank masing2. .semoga bermanafaat.
09/08/2017
Kreatif..semoga membantu 😉
Math itu Indah 😄
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Website
Address
Serdang
Seri Kembangan
43400