14/06/2021
Hari pertama PDPR, mak pak semua ok lagi ke tuu?
Cikgu zana share sikit 6 tahap belajar yang ibu bapa semua perlu tahu dan kuasai. Boleh tengok balik anak-anak anda berada di tahap yang mana.
Biasanya, tahap 1 dan 2 kita akan capai semasa dalam kelas. Pastikan anak-anak faham apa yang mereka belajar dalam kelas.
Tahap 3 p**a, boleh dicapai apabila anak-anak banyak memerhati dan membaca. Ibu bapa juga perlu banyak berinteraksi dengan anak secara santai. Kaitkan kerja seharian kita di rumah dengan apa yang mereka belajar di sekolah. Buku teks sekarang pun dah menarik dan ada banyak QR code yang tunjuk pelbagai info luar buku teks.
Untuk tahap 4, 5, dan 6, boleh dicapai dengan kemahiran berfikir. Banyakkan bertanya kepada anak-anak bagaimana sesuatu fenomena alam berlaku. Ia berkait banyak dengan sains.
Perhatikan sekeliling, ajak mereka sertai aktiviti di rumah bersama. Jangan biarkan saja mereka main game atau layan drama korea seharian. Ajak sekali mereka membantu memasak, kemas rumah, tanam pokok dan sebagainya. Mereka akan belajar sesuatu.
Contohnya, mentol bilik air terbakar. Jika anak-anak membantu dan memerhati kita tukar mentol, ada banyak benda yang boleh dipelajari. Tanya mereka, kenapa mentol terbakar? Kenapa perlu tutup suis utama elektrik? Apa yang berlaku jika suis utama tidak ditutup dahulu? Apa lagi ciri-ciri keselamatan kita perlu buat?
Semoga bermanfaat!
Sumber rujukan: MOE (Malaysia)