KMBK UPM

KMBK UPM

Share

Kelab Mahasiswa Bimbingan Kaunseling UPM merupakan sebuah organisasi kesatuan pelajar Bacelor Kaunse

Ikuti kami di saluran KMBK sah;

{Telegram: KMBK UPM (INFO)}
https://t.me/kmbkupm

{Youtube: KMBK UPM}
https://youtu.be/Rl-EVEo9Y1A

05/10/2025

[TAHNIAH DAN SELAMAT DATANG KEPADA MAHASISWA BAHARU AMBILAN SESI AKADEMIK 2025/2026]

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam KMBK Cakna.

๐ŸŽ“ Kelab Mahasiswa Bimbingan dan Kaunseling sidang 2025/2026 ingin mengucapkan tahniah kepada mahasiswa/mahasiswi yang berjaya melanjutkan pengajian ke Universiti Putra Malaysia ambilan 2025/2026 bagi Ijazah Sarjana Muda.

๐ŸŽ“ Semoga mahasiswa/mahasiswi baharu dapat menimba ilmu di tempat baru dan mencapai kecemerlangan dalam bidang pelajaran yang diceburi.

"Help Yourself to Help Others"


/26

31/08/2025

[SELAMAT HARI MERDEKA YANG KE-68]

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam KMBK Cakna.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Kelab Mahasiswa Bimbingan dan Kaunseling sesi 2025/2026 mengucapkan *Selamat Menyambut Hari Merdeka* yang ke-68 kepada seluruh rakyat Malaysia.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พBertemakan โ€œMalaysia MADANI: Rakyat Disantuni", marilah kita menghayati erti perpaduan, meneguhkan jati diri dan menyemai semangat patriotisme demi tanah air tercinta.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พSemoga kita terus menjadi rakyat yang berjiwa merdeka, bersemangat patriotik, dan sentiasa bersatu padu menjaga kedaulatan negara tercinta.

Sekian, terima kasih.

โ€œHelp Yourself to Help Othersโ€


/26

Photos from KMBK UPM's post 25/08/2025

[BARISAN KEPIMPINAN TERTINGGI KMBK SESI 2025/2026]

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam KMBK Cakna.

Dengan penuh rasa syukur, kami memperkenalkan barisan kepimpinan tertinggi Kelab Mahasiswa Bimbingan dan Kaunseling (KMBK) bagi sesi 2025/2026.

Kepimpinan adalah amanah untuk membawa harapan dan menyemai semangat kebersamaan. Barisan ini hadir dengan iltizam meneruskan perjuangan dan membawa KMBK ke arah yang lebih bermakna.

Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan anda. Bersama kita bina sebuah keluarga yang saling menguatkan.

โ€œHelp Yourself To Help Othersโ€


/26

25/08/2025

[UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA BARISAN KEPIMPINAN KELAB MAHASISWA BIMBINGAN DAN KAUNSELING SESI 2024/2025]

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam KMBK cakna.

โœจ Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada barisan kepimpinan Kelab Mahasiswa Bimbingan dan Kaunseling (KMBK) sesi 2024/2025 atas komitmen dan usaha cemerlang dalam menerajui kelab sepanjang satu sesi kepimpinan.

โœจ Turut diucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan dan bantuan, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung, demi kelancaran pelaksanaan program serta perjalanan kelab sepanjang sesi ini.

โœจ Semoga segala pengalaman, ilmu dan nilai kepimpinan yang diperoleh sepanjang tempoh perkhidmatan ini menjadi kenangan manis serta panduan berguna untuk masa hadapan.

Sekian, terima kasih.

"Help Yourself to Help Others"


/25

16/05/2025

[SELAMAT HARI GURU 2025]

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam KMBK Cakna.

โœ๏ธ Kelab Mahasiswa Bimbingan dan Kaunseling sesi 2024/2025 merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan Selamat Hari Guru kepada semua pendidik yang telah mencurahkan ilmu, bimbingan dan kasih sayang tanpa jemu.

โœ๏ธ Terima kasih atas segala pengorbanan, keikhlasan dan kesabaran para pensyarah khususnya dalam membentuk generasi yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing.

โœ๏ธ Semoga segala usaha murni ini terus diberkati dan menjadi penyuluh kepada masa depan yang lebih gemilang.

"Guru Pemacu Reformasi Pendidikan"

"Help Yourself to Help Others"


/25

15/05/2025

๐ŸŒท Talk With the Sisters 2025 ๐ŸŒท

*ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู…*

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam KMBK Cakna.

Dengan penuh kesyukuran, Exco Kerohanian, Kelab Mahasiswa Bimbingan dan Kaunseling (KMBK) sesi 24/25 mempersembahkan program istimewa Talk With the Sisters bagi mengukuhkan kefahaman tentang keistimewaan wanita di sisi Islam.

๐ŸŽค Disampaikan oleh:
Dr. Dharatun Nissa binti Fuad Mohd Kari K.B., P.A.

๐ŸŒน Tajuk:
โœจ Wanita, Dirimu Begitu Berhargaโœจ

๐Ÿ—“ Tarikh:
16 Mei 2025 (Jumaat)

๐Ÿ“ฑ Link Zoom Meeting:
https://us02web.zoom.us/j/89621100490?pwd=nPL5tHitaZj2x4g2ZRlgdTJKrsktyy.1

๐Ÿ•› Masa:
12:00 PM

๐Ÿ’ž Program ini khusus buat para siswi!
Ambillah kesempatan berharga ini untuk menambah ilmu dan memperkukuh jati diri untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Rasulullah ๏ทบ bersabda:
"Sesungguhnya dunia ini perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah."
(HR Muslim)

๐ŸŒธ Anda juga boleh menyaksikan program ini secara langsung di Facebook Live KMBK! Ayuh bersama-sama hadir dan hayati sesi yang penuh hikmah ini. Kongsikan juga dengan sahabat-sahabat lain kerana setiap wanita itu berharga di sisi Allah!

๐Ÿ”น Sebarang pertanyaan, boleh berhubung dengan:
Siti Maisarah:
[WhatsApp](https://wa.me/+60132735802)

ุจุงุฑูƒ ุงู„ู„ู‡ ููŠูƒู… ๐ŸŒท

"Help Yourself to Help Others"


/25

17/03/2025

[SALAM NUZUL AL-QURAN 1446H]

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam KMBK Cakna.

๐Ÿ“– Kelab Mahasiswa Bimbingan dan Kaunseling sesi 2024/2025 ingin mengucapkan Salam Nuzul Al-Quran sempena 17 Ramadan 1446H kepada semua.

๐Ÿ“– Semoga kita semua dapat menghayati peristiwa agung ini, memperkukuh hubungan dengan Al-Quran, serta mengamalkan ajarannya dalam kehidupan seharian.

๐Ÿ“– Dalam kesibukan menuntut ilmu, jangan lupa untuk mendekatkan diri kepada Al-Quran dan mencari keberkatan di dalamnya.

"Help Yourself to Help Others"


/25

17/03/2025

[SELAMAT MENJALANI SEMESTER 2 SESI 2024/2025]

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam KMBK Cakna.

โœ Kelab Mahasiswa Bimbingan dan Kaunseling sesi 2024/2025 ingin mengucapkan Selamat Menjalani Semester 2 Sesi 2024/2025 kepada semua mahasiswa Universiti Putra Malaysia khususnya mahasiswa dan mahasiswi jurusan kaunseling.

โœ Semoga semua mahasiswa dapat menimba banyak ilmu dan pengalaman sepanjang sesi ini berjalan.

_"Help Yourself to Help Others"_


/25

14/03/2025

[TAHNIAH ATAS KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 1 SESI 2024/2025]

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam KMBK Cakna.

๐ŸŒŸ Kelab Mahasiswa Bimbingan dan Kaunseling sesi 2024/2025 ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua mahasiswa atas kejayaan dalam Peperiksaan Akhir Semester 1 yang baru sahaja diumumkan.

๐ŸŒŸ Kejayaan ini merupakan hasil daripada usaha keras dan komitmen yang anda semua tunjukkan sepanjang semester ini.

๐ŸŒŸ Semoga pencapaian ini dapat menjadi pemangkin semangat untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan yang lebih tinggi.

"Help Yourself to Help Others"


/25

01/03/2025

[SALAM RAMADAN KAREEM 1446 HIJRAH]

Sabda Rasulullah SAW:
"Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan kerana iman dan mengharap pahala (keredhaan Allah), maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu."
(Hadis Riwayat Bukhari)

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam KMBK Cakna.

๐ŸŒ™ Dengan penuh rasa syukur dan keikhlasan, Kelab Mahasiswa Bimbingan dan Kaunseling (KMBK) sesi 2024/2025 ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan 1446 H kepada seluruh warga KMBK. Semoga bulan yang penuh dengan keberkatan ini membawa kedamaian, keampunan, serta rahmat dari Allah SWT kepada kita semua.

๐ŸŒ™ Marilah kita bersama-sama meningkatkan amalan dan memperbanyakkan doa sepanjang bulan yang mulia ini. Semoga kita dapat menunaikan ibadah puasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan, serta memperoleh ganjaran pahala yang berlipat ganda.

โœจ Marhaban Ya Ramadan โœจ

"Help Yourself to Help Others"


/25

11/02/2025

[SELAMAT MENYAMBUT HARI THAIPUSAM]

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam KMBK Cakna.

โœจ Kelab Mahasiswa Bimbingan dan Kaunseling sesi 2024/2025 mengucapkan Selamat Menyambut Hari Thaipusam kepada semua penganut agama Hindu.

โœจ Hari Thaipusam merupakan hari yang disambut oleh penganut agama Hindu bagi menghormati Dewa Murugan.

โœจ Semoga Hari Thaipusam pada kali ini lebih bermakna di samping yang tersayang.

_"Help Yourself to Help Others"_


/25

Want your school to be the top-listed School/college in Seri Kembangan?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Universiti Putra Malaysia (UPM)
Seri Kembangan
43400