11/06/2026
π± Are You the Next Young Roots? π
Got strong perspectives on sustainable palm oil, biodiversity, or climate action? Here is your chance to voice your ideas, get featured globally, and win exciting rewards!
In conjunction with PUTRA Synergy Month, the Institute of Plantation Studies (IKP) and the Roundtable on Sustainable Palm Oil (RSPO) invite you to join:
π A Writing Competition on Sustainable Palm Oil
π° What You Can Win
π₯ Winner: RM400 Cash + RM200 Grab Voucher + Featured Column on the RSPO Website!
π₯ 1st Runner-up: RM300 Cash + RM150 Grab Voucher
π₯ 2nd Runner-up: RM200 Cash + RM100 Grab Voucher
π
5x Consolation: RM50 Cash + RM50 Grab Voucher
π Who Can Join?
UPM Postgraduate Students (Aged 35 and below)
π Quick Guidelines
Format: Opinion articles, feature stories, reflective essays, or creative non-fiction.
Length: Maximum 700 words (written in British English).
Originality: Must be your own original, unpublished work.
β³ Key Dates
π₯ Submission Period: 10 β 25 June 2026
π’ Winner Announcement: 30 June 2026
π Register & Submit Here:
π https://tinyurl.com/SinergiPUTRAIKPRSPO
π For full competition topics and layout guidelines, please refer to the attached UPM Writing Competition Poster.png.
π§ For any enquiries, contact: [email protected]
05/06/2026
β¨ Bulan Sinergi PUTRA 2026: IKP Perkukuh Kerjasama Strategik Bersama FGV Holdings Berhad β¨
KUALA LUMPUR, 5 Jun 2026 β Institut Kajian Perladangan (IKP) memulakan tirai Aktiviti Bulan Sinergi PUTRA 2026 dengan pelaksanaan Roadshow IKP Bersama FGV Holdings Berhad yang berlangsung di Wisma FGV, hari ini, sebagai langkah proaktif memperkukuh jaringan kerjasama strategik bersama pemain industri utama.
Delegasi IKP yang terdiri daripada Ahli Pengurusan Tertinggi telah diketuai oleh Pengarah IKP, Prof. Ts. Dr. Siti Khairunniza Bejo, dan disambut mesra oleh En. Izham Mustaffa, Pengarah Kumpulan Divisyen Perladangan FGV, bersama barisan pengurusan serta pegawai penyelidik FGV.
Program ini membuka ruang kepada kedua-dua pihak untuk berkongsi kepakaran dalam bidang penyelidikan, aktiviti R&D serta perkembangan terkini industri. Selain itu, sesi ini turut menjadi platform penting bagi membincangkan potensi kolaborasi strategik khususnya dalam bidang perladangan, teknologi pintar dan kelestarian.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen bersama dalam memperkukuh pembangunan sektor perladangan negara melalui pendekatan inovatif dan berimpak tinggi.
05/06/2026
Tahniah Prof. Dr. Wong Mui Yun!
26/05/2026
β¨Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026 Masihi dari kami di Institut Kajian Perladangan (IKP), UPM.
Semoga Aidiladha yang penuh keberkatan ini dipenuhi dengan rasa syukur, kedamaian, dan kemakmuran bersama keluarga tercinta. Berhati-hati di jalan raya bagi yang pulang ke kampung halaman! πβ¨
14/05/2026
π±Masa Depan Perladangan di Tangan Jurutera Muda! π
Serdang, 13 Mei 2026 - Kunjungan pelajar Bacelor Kejuruteraan Proses dan Makanan, Process and Food Engineering UPM Fakulti Kejuruteraan ke Institut Kajian Perladangan (IKP) untuk melihat sendiri bagaimana teknologi mengubah wajah sektor perladangan negara!
Pelajar telah didedahkan dengan:
β
Integrasi Upstream ke Downstream: Memahami pengurusan penyakit ladang dari pengenalpastian perosak & penyakit pokok melalui kaedah mikrobiologi di makmal dan integrasi dengan teknologi tinggi serta sistem pemantauan penyakit untuk skala besar.
β
Ekonomi Kitaran: Menukar sisa ladang kepada produk bernilai tinggi. Tiada yang terbuang, semua jadi nilai.
β
Solusi Kurang Buruh: Melihat aplikasi kejuruteraan pertanian moden yang mampu menggantikan kerja manual yang berat.
Semoga lebih ramai anak muda yang bijak teknologi dan mahir dalam bidang kejuruteraan menyahut cabaran untuk terjun ke sektor ini. Bukan sahaja untuk meningkatkan hasil negara, malah untuk membuktikan sektor perladangan adalah kerjaya masa depan yang berimpak tinggi dan lumayan! π°π
07/05/2026
β¨Naib Canselor UPM Rasmi AgriSMART Lestari, Inisiatif Pertanian Pintar IKPβ¨
SERDANG, 6 Mei 2026 β Bersempena Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU) Kali ke-1022, YBhg. Datoβ Prof. Ir. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) telah merasmikan AgriSMART Lestari, sebuah rumah tanaman pintar yang dibangunkan oleh warga Institut Kajian Perladangan (IKP) pada 13 April 2026.
AgriSMART Lestari merupakan inisiatif inovatif berkonsepkan pertanian pintar yang menggabungkan teknologi moden dan amalan lestari. Rumah tanaman ini dilengkapi dengan ekosistem IoT yang menyeluruh, automasi pengairan serta sistem pemantauan jarak jauh bagi memastikan pertumbuhan tanaman yang optimum di samping meningkatkan kecekapan penggunaan sumber. Selain itu, inisiatif ini turut menyokong penggunaan tenaga boleh diperbaharui dan mengamalkan konsep ekonomi kitaran demi kelestarian alam sekitar.
Sebagai projek rintis, AgriSMART Lestari dijalankan melalui kerjasama strategik antara IKP dan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) bagi penanaman cendawan sisir atau cendawan kukur. Melalui kolaborasi ini, LKTN membekalkan bongkah cendawan yang diperbuat daripada bahan tanaman industri kenaf, khususnya bahagian teras (core) kenaf.
Inisiatif AgriSMART Lestari ini mencerminkan komitmen IKP dalam memacu transformasi sektor pertanian melalui penerapan teknologi pintar dan amalan lestari. Dengan keupayaan integrasi Internet of Things (IoT), automasi serta pendekatan berasaskan data, rumah tanaman ini berpotensi menjadi model rujukan dalam pembangunan pertanian moden yang efisien dan mesra alam. AgriSMART Lestari diharap dapat memperkukuh agenda kelestarian serta menyumbang kepada pembangunan ekosistem pertanian masa hadapan yang lebih inovatif dan berdaya tahan.
07/05/2026
ποΈIKP UPM Tuan Rumah Mesyuarat JPU Kali ke-1022 ποΈ
SERDANG, 6 Mei 2026 β Institut Kajian Perladangan (IKP), Universiti Putra Malaysia (UPM) buat julung kalinya telah menjadi tuan rumah Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU) Kali ke-1022 yang dipengerusikan oleh YBhg. Datoβ Prof. Ir. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, FASc, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia.
Dalam mesyuarat tersebut, Pengarah IKP, YBhg. Prof. Ts. Dr. Siti Khairunniza Bejo telah membentangkan pencapaian IKP sepanjang tahun 2025 serta menggariskan hala tuju institut bagi tahun 2026.
Turut menceriakan kunjungan ini, YBhg. Datoβ Naib Canselor berkesempatan melawat dan meninjau kemudahan makmal di IKP selain beramah mesra bersama staf serta pelajar siswazah.
Warga IKP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YBhg. Datoβ Naib Canselor serta seluruh ahli JPU atas kehadiran dan sokongan yang diberikan.