01/04/2026
1 APRIL 2026 | RABU
JAMUAN RAYA PLP
_______________
Alhamdulillah selesai sudah jamuan raya kita pada tahun ini . Ribuan terima kasih semua ibu bapa yang sangat prihatin dan bermurah hati atas sumbangan duit raya serta juadah potluck sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di PASTI kami ✨
Sokongan dan kerjasama yang diberikan amat kami hargai dan memeriahkan lagi sambutan ini. Anak-anak juga sangat gembira dan teruja menikmati suasana Hari Raya bersama rakan-rakan 🌷
Semoga segala kebaikan dan sumbangan yang diberikan dibalas dengan keberkatan dan rezeki yang melimpah ruah. Terima kasih sekali lagi atas sokongan berterusan anda semua ❤️