Sekolah Islam Integrasi Temanku

Sekolah Islam Integrasi Temanku keseimbangan dunia akhirat SEKOLAH RENDAH TAHUN 1 HINGGA TAHUN 6 AKADEMIK DAN KAFA RENDAH FULL DAY

25/08/2026
🌟 OPEN DAY SKIIT 2026 🌟Alhamdulillah, telah berlangsung Open Day SKIIT 2026 pada Sabtu yang lalu, 22 Ogos 2026. 🏫✨Terima...
24/08/2026

🌟 OPEN DAY SKIIT 2026 🌟
Alhamdulillah, telah berlangsung Open Day SKIIT 2026 pada Sabtu yang lalu, 22 Ogos 2026. 🏫✨
Terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir memeriahkan Open Day kami serta mendapatkan maklumat berkaitan pengambilan pelajar sesi 2027.
Semoga kunjungan ini menjadi langkah pertama dalam memilih pendidikan terbaik untuk anak-anak, seiring dengan motto kami:
💚 “Adab dan Ilmu Perlu Seiring” 💛
📚 Pengambilan pelajar sesi 2027 kini dibuka bagi murid berumur 6 hingga 12 tahun.
Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan ibu bapa kepada SKIIT – Sekolah Islam Integrasi Temanku. 🌿

22/08/2026

🌹*SEKALUNG PENGHARGAAN & TERIMA KASIH* 🌹

Alhamdulillah, Program Minggu Bahasa SRAI Temanku 2026 melabuhkan tirainya.💝

🎉 Tahniah buat semua para pemenang bagi setiap aktiviti dan pertandingan yang telah diadakan sepanjang program. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih buat ibu ayah yang tidak jemu memberikan sokongan, meluangkan masa serta mengerah tenaga sepanjang tiga minggu ini bagi merealisasikan impian anak-anak untuk menghasilkan Mini Library impian mereka.

Segala sumbangan, idea, tenaga dan usaha yang dicurahkan amat kami hargai. Semoga Mini Library yang terhasil menjadi ruang yang bukan sahaja menceriakan kelas, tetapi turut menyemai minat membaca dan kecintaan terhadap ilmu dalam diri anak-anak. 📚✨

🌷 Majlis Penutupan Program Minggu Bahasa SRAI Temanku 2026 diserikan lagi dengan kehadiran wakil YB Muhaimin, ADUN Batang Kali iaitu, Tuan Kamal Abshah bin Abdul Ghani, Puan Aisyah dan Puan Azi.

Terima kasih atas kesudian turut serta dalam memberikan penilaian Mini Library setiap kelas serta atas sumbangan hadiah buat para pemenang pertandingan Mini Library. 🤍

🌸 Didoakan semoga anak-anak SRAI Temanku terus maju, terus berani mencuba, sentiasa yakin pada diri dan berjaya dalam setiap langkah yang dilalui. Semoga segala ilmu, pengalaman dan kenangan sepanjang Minggu Bahasa ini terus terpahat dalam ingatan.

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi;
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi. 🌷

Terima kasih💐

21/08/2026

PSV: Terendak lampu

20/08/2026

Belajar sambil bermain anak-anak belajar mengenali wang dan memahami nilai setiap wang.

Kemudian, mereka mencuba aktiviti Hasil Tambah Wang (Treasure Hunt). Anak-anak perlu mencari duit yang disembunyikan, kemudian mengira jumlah wang yang berjaya dijumpai.

20/08/2026

*Bermain Susun Perkataan*

Murid menyusun perkataan yang diberikan untuk membentuk ayat yang betul. Aktiviti ini membantu meningkatkan kemahiran membaca, mengeja dan memahami struktur ayat dengan lebih baik.

*Game Musical Chair (Kerusi Berirama)*

Murid bermain permainan kerusi berirama bagi menguji kepekaan, fokus dan tindak balas pantas. Aktiviti ini turut memupuk semangat kesukanan, kerjasama dan keyakinan diri.

*Mystery Jar (Balang Misteri)*

Murid memilih satu batang aiskrim daripada Balang Misteri dan melaksanakan arahan atau menjawab soalan yang diberikan. Aktiviti ini menggalakkan murid berfikir secara kreatif, berkomunikasi dengan yakin serta meningkatkan penguasaan pembelajaran secara menyeronokkan.

Address

Serendah
Serendah
48200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Islam Integrasi Temanku posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sekolah Islam Integrasi Temanku:

Shortcuts

Share