Kelas Agama Petang SK Ampangan

Kelas Agama Petang SK Ampangan Iman Ilmu Amal

24/07/2026

Pernah sedang scroll Facebook, tiba-tiba muncul gambar lama dari telefon sebagai cadangan untuk dikongsi?

Itu ialah fungsi “Camera roll sharing suggestions”.

Apabila diaktifkan, Facebook boleh memaparkan foto dan video daripada camera roll ketika anda sedang browsing, sebagai peringatan bahawa terdapat kandungan baharu yang boleh dikongsi. Tetapan ini boleh dihidupkan atau dimatikan pada bila-bila masa.

Nampak harmless.

Tetapi camera roll kita bukan sekadar gambar makanan dan percutian.

Di dalamnya mungkin ada:

Screenshot perbankan.
Dokumen peribadi.
Gambar anak-anak.
Maklumat tempat kerja.
Gambar atau video yang tidak sepatutnya muncul ketika orang lain sedang melihat skrin.

Ini bukan bermaksud semua gambar anda terus dipaparkan kepada umum.

Tetapi ia satu peringatan penting bahawa aplikasi mungkin mempunyai akses kepada lebih banyak kandungan berbanding yang kita sedari.

Untuk semak:

Facebook → Settings & privacy → Settings → Camera roll sharing suggestions.

Matikan fungsi tersebut sekiranya anda tidak memerlukannya. Anda juga boleh menyemak semula kebenaran akses foto Facebook melalui tetapan telefon.

Jangan tunggu sehingga gambar sensitif muncul pada waktu yang salah.

Dalam dunia digital, privacy bukan sekadar menutup akaun.

Privacy bermula dengan mengetahui aplikasi apa yang sedang kita benarkan masuk.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada  Afdhal & Zul Eisyraf atas kejayaan cemerlang dinobatkan sebagai Pelajar Terbai...
24/07/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Afdhal & Zul Eisyraf atas kejayaan cemerlang dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik Peringkat Negeri dalam Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2025.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada semua murid untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam ilmu dan sahsiah.

Tahniah sekali lagi! Teruskan melakar kejayaan demi agama, bangsa dan negara.

Alhamdulillah…tahniah adik Atif Imtiyaz bin Mohd Aerwan atas kejayaan dinobatkan Johan Tilawah Al-Quran peringkat Negeri...
11/07/2026

Alhamdulillah…tahniah adik Atif Imtiyaz bin Mohd Aerwan atas kejayaan dinobatkan Johan Tilawah Al-Quran peringkat Negeri Aura KAFA 2026 yang berlangsung di SK Simpang Durian.

26/06/2026

Johan Tilawah Al-Quran Aura KAFA Daerah Seremban Zon A 2026

Alhamdulillah dan tahniah kepada semua pemenang.
26/06/2026

Alhamdulillah dan tahniah kepada semua pemenang.

11/06/2026

Persembahan AURA Daerah Seremban daripada Kumpulan Shoutul Ummah

Selamat Hari Guru buat semua yang bergelar pendidik.   Kebaikan dan jasa kalian tidak ternilai. Teruskan mendidik anak b...
16/05/2026

Selamat Hari Guru buat semua yang bergelar pendidik. Kebaikan dan jasa kalian tidak ternilai. Teruskan mendidik anak bangsa menuju jalan Allah. Semoga ganjaran yang tertinggi Allah s.w.t kurniakan buat kalian.

Sambungan…Lensa📸 9 Mei 2026Program Lawatan ke Putrajaya dan Kuala Lumpur🦋Alhamdulillah Kelas Agama Petang berjaya mengan...
11/05/2026

Sambungan…Lensa📸 9 Mei 2026

Program Lawatan ke Putrajaya dan Kuala Lumpur

🦋Alhamdulillah Kelas Agama Petang berjaya menganjurkan program lawatan pelajar tahun 5 pada hari Sabtu yang lepas. Lawatan ini disertai oleh pelajar-pelajar tahun 5 yang terdiri daripada 66 orang murid dan 11 orang guru pengiring.

Tempat yang dilawati

🍫Kilang coklat Beryls di Seri Kembangan
🏢Nasyrul Quran,Putrajaya
🦅KL Bird Park,Kuala Lumpur

Bergerak dari SK Ampangan pukul 7:45 pagi dan pulang ke sekolah semula pukul 8:00 malam.

Terima kasih kepada ibubapa yang bersama-sama mendoakan keselamatan peserta rombongan sepanjang perjalanan.

Diharap aktiviti lawatan ini memberi ilmu dan faedah kepada yang menyertainya.

Lensa📸 9 Mei 2026Program Lawatan ke Putrajaya dan Kuala Lumpur🦋Alhamdulillah Kelas Agama Petang berjaya menganjurkan pro...
11/05/2026

Lensa📸 9 Mei 2026

Program Lawatan ke Putrajaya dan Kuala Lumpur

🦋Alhamdulillah Kelas Agama Petang berjaya menganjurkan program lawatan pelajar tahun 5 pada hari Sabtu yang lepas. Lawatan ini disertai oleh pelajar-pelajar tahun 5 yang terdiri daripada 66 orang murid dan 11 orang guru pengiring.

Tempat yang dilawati

🍫Kilang coklat Beryls di Seri Kembangan
🏢Nasyrul Quran,Putrajaya
🦅KL Bird Park,Kuala Lumpur

Bergerak dari SK Ampangan pukul 7:45 pagi dan pulang ke sekolah semula pukul 8:00 malam.

Terima kasih kepada ibubapa yang bersama-sama mendoakan keselamatan peserta rombongan sepanjang perjalanan.

Diharap aktiviti lawatan ini memberi ilmu dan faedah kepada yang menyertainya.

05/05/2026

Assalamualaikum wbt

*Keputusan semakan semula UPKK SKA 2025*

Seramai 20 orang calon yang telah menghantar borang untuk semakan semula. Hanya 6 orang sahaja yang terdapat perubahan keputusan (muktamad).

1. Ayesha In'aan - 9A
2. Mustofa Muqri - 8A 1B
3. Yusoff Assouffy - 9A
4. Aqilah Syuhada - 8A 1B
5. Dahlia Hazeelia - 7A 2B
6. Rusydina Aisyah - 5A 4B

✨ Bagi calon lain, keputusan UPKK kekal sama, tiada perubahan.

Tahniah dan syabas diucapkan 👏🏼

Address

Sekolah Kebangsaan Ampangan
Seremban
70400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelas Agama Petang SK Ampangan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category