SMK Bukit Kepayang

SMK Bukit Kepayang Peristiwa sepanjang tahun di SMK Bukit Kepayang

Tahniah anak-anak SMK Bukit Kepayang yang baik lagi cerdik πŸ‘πŸ‘πŸ‘Seramai 24 orang murid SMK Bukit Kepayang telah menyertai ...
21/08/2026

Tahniah anak-anak SMK Bukit Kepayang yang baik lagi cerdik πŸ‘πŸ‘πŸ‘

Seramai 24 orang murid SMK Bukit Kepayang telah menyertai Pertandingan Drone Edu Challenge IR 4.0 pada 24 Julai 2026 di Makmal Bestari.

πŸ† 4 peserta Tingkatan 4 berjaya mendominasi TOP 5 Peringkat Negeri bagi Kategori Menengah Atas.

πŸ† 7 daripada 20 peserta Tingkatan 2 dan 3 p**a berjaya menempatkan diri dalam TOP 10 Peringkat Negeri bagi Kategori Menengah Rendah.

πŸ’’ Muhammad Adam Haris bin Baharin (4UM) telah terpilih sebagai FINALIS dan akan meneruskan cabaran ke Peringkat Kebangsaan.

Tahniah dan syabas kepada semua peserta 🦾


Ada ibu bapa yang nak hantar anak untuk ke SBP atau MRSM ? Ini berita baik untuk andaπŸ₯°Pandai nak bantu! Kami nak menjemp...
21/08/2026

Ada ibu bapa yang nak hantar anak untuk ke SBP atau MRSM ?

Ini berita baik untuk andaπŸ₯°

Pandai nak bantu! Kami nak menjemput anak-anak untuk sertai Webinar Intensif PKSK PERCUMA bersama Cikgu Maria pada Sabtu ini (22 Ogos 2026).

Melalui webinar 2 jam ini, anak-anak akan dibimbing secara terus untuk:

1️⃣ Memahami format & topik penting PKSK.
2️⃣ Pelajari teknik & strategi menjawab yang betul.
3️⃣ Dapatkan Nota Eksklusif & 1 Set Latihan PKSK untuk praktis di rumah.

πŸ—“οΈ Pilihan Sesi:
β–ͺ️ Tingkatan 1: 10:00am – 12:00pm
β–ͺ️ Tingkatan 4: 2:00pm – 4:00pm

Ibu bapa boleh tekan link di bawah untuk masuk ke halaman info program & daftar dengan menekan butang mengikut tahap untuk *masuk ke Group WhatsApp Khas* bagi menerima info lanjut, bahan latihan, dan pautan live YouTube:

πŸ‘‰ https://go.pandai.org/pksk

Jom bantu anak-anak kita langkah dengan lebih yakin ke sekolah impian! 🌟

Projek Level Up PKSK, Pandai menyediakan bimbingan lengkap untuk membantu murid Tahun 6 & Tingkatan 3 bersedia menghadapi PKSK dengan yakin. Murid akan dibimbing secara sistematik agar lebih bersedia dan berpeluang tinggi untuk cemerlang dalam PKSK. Daftar sekarang!

πŸ‰πŸ”₯ AYUH SOKONG PASUKAN RAGBI NEGERI SEMBILAN! πŸ”₯πŸ‰SUKMA XXII Selangor 2026 kembali menyaksikan aksi hebat sukan ragbi! Pas...
20/08/2026

πŸ‰πŸ”₯ AYUH SOKONG PASUKAN RAGBI NEGERI SEMBILAN! πŸ”₯πŸ‰

SUKMA XXII Selangor 2026 kembali menyaksikan aksi hebat sukan ragbi!
Pasukan Ragbi Negeri Sembilan akan berentap dalam saingan Kump**an C bersama Sarawak, Wilayah Persekutuan dan Kelantan.

πŸ“… 20 – 23 Ogos 2026
πŸ“ Stadium Sultan Suleiman, Kota Raja, Klang, Selangor

Setiap perlawanan adalah perjuangan. Setiap tackle adalah semangat. Setiap mata adalah kebanggaan!

Ayuh kita sama-sama berikan sokongan, doa dan semangat buat anak-anak Negeri Sembilan terutamanya ex-Kepayang kita yang berjuang membawa nama negeri di pentas SUKMA! πŸ”₯

BANGKIT, BERJUANG, MENANG!l
Negeri Sembilan Boleh!

Untuk mendapatkan jadual perlawanan, keputusan terkini serta kedudukan pasukan bagi Acara Ragbi TEMASYA SUKMA XXII SELANGOR 2026, tuan/puan boleh memuat turun aplikasi Tournify melalui pautan berikut :

iOS:
https://apps.apple.com/my/app/tournify/id1504284547

Android:
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.tournifyapp&hl=en_US&gl=MY

Carian (Search) : SUKMA Selangor 2026

Live streaming

Day 1 - https://youtube.com/live/IqkGQ-fL1sI?feature=share
Day 2 - https://youtube.com/live/_4DbTJJozrg?feature=share
Day 3 - https://youtube.com/live/xiNYEecHUWY?feature=share
Day 4 - https://youtube.com/live/osi2XRI6CsA?feature=share



TAHNIAH ATAS KENAIKAN PANGKATSetinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Cik Salina binti Samsudin atas kenaikan pangkat da...
13/08/2026

TAHNIAH ATAS KENAIKAN PANGKAT

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Cik Salina binti Samsudin atas kenaikan pangkat daripada Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (GPK HEM), SMK Bukit Kepayang kepada Guru Penolong Kanan Pentadbiran.

Kenaikan ini merupakan satu pengiktirafan atas komitmen, dedikasi, kepimpinan dan kecemerlangan yang telah dicurahkan sepanjang menjalankan amanah sebagai GPK HEM.

Semoga dengan amanah dan tanggungjawab baharu ini, Cik Salina terus melakar kecemerlangan, menjadi pemimpin yang inspiratif serta membawa SMK Bukit Kepayang ke tahap yang lebih gemilang.

Selamat melangkah ke lembaran baharu kepimpinan, Cik Salina...
Semoga terus sukses dan dipermudahkan dalam setiap amanah yang dipikul.
Tahniah dan syabas!



LAWATAN EKSPLORASI TVET KE KOLEJ VOKASIONAL AMPANGAN Alhamdulillah, telah berlangsung Lawatan Eksplorasi TVET ke Kolej V...
13/08/2026

LAWATAN EKSPLORASI TVET KE KOLEJ VOKASIONAL AMPANGAN

Alhamdulillah, telah berlangsung Lawatan Eksplorasi TVET ke Kolej Vokasional Ampangan (KVA) yang melibatkan seramai 40 orang murid Tingkatan 3 pada 12 Ogos 2026.

Program anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling ini bertujuan memberi pendedahan kepada murid tentang laluan pendidikan TVET serta peluang melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran dan teknikal. Sepanjang lawatan, murid berpeluang meneroka bidang-bidang TVET, mengikuti sesi taklimat dan penerangan, menyaksikan demonstrasi kemahiran serta berinteraksi secara lebih dekat dengan persekitaran pembelajaran di Kolej Vokasional Ampangan.

Pendedahan seperti ini amat bermakna dalam membantu murid mengenali minat, bakat dan potensi diri, sekali gus membuat pilihan yang lebih tepat untuk hala tuju pendidikan dan kerjaya mereka pada masa hadapan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Cikgu Aishah dan Cikgu Lidyazurra atas usaha, komitmen dan kesungguhan dalam merancang serta menjayakan lawatan ini. ❀️

Terima kasih juga kepada pihak Kolej Vokasional Ampangan atas sambutan, perkongsian ilmu dan pengalaman yang sangat bermanfaat buat anak-anak murid.
Terokai kemahiran, kenali potensi, cipta masa depan! πŸ’™





MESYUARAT AGUNG KOPERASI KALI KE-20 SMK BUKIT KEPAYANG Tarikh : 12 Ogos 2026Tempat : Dewan Sri Kepayang, SMKBK Alhamduli...
13/08/2026

MESYUARAT AGUNG KOPERASI KALI KE-20 SMK BUKIT KEPAYANG

Tarikh : 12 Ogos 2026
Tempat : Dewan Sri Kepayang, SMKBK

Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Koperasi SMK Bukit Kepayang Kali Ke-20 telah berlangsung dengan lancar dan penuh bermakna.

Mesyuarat ini menjadi ruang untuk membentangkan laporan serta pencapaian koperasi, berkongsi perkembangan semasa dan merancang hala tuju koperasi agar terus kukuh, progresif dan memberi manfaat kepada seluruh warga sekolah.

Koperasi bukan sekadar tempat menjalankan aktiviti jual beli, tetapi turut menjadi platform untuk memupuk nilai keusahawanan, kepimpinan, kerjasama, amanah dan tanggungjawab dalam kalangan murid.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada barisan Ahli Lembaga Koperasi, warga sekolah serta semua yang telah memberikan komitmen dan sokongan dalam memastikan perjalanan koperasi terus cemerlang.

20 tahun berdiri, terus melangkah dan mencipta kejayaan...
Semoga Koperasi SMK Bukit Kepayang terus berkembang maju dan menjadi kebanggaan seluruh warga Kepayang




🎳 TAHNIAH & SYABAS!Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Alisya Syahira Nor Binti Ahmad Sulong atas kejayaan melayakk...
12/08/2026

🎳 TAHNIAH & SYABAS!

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Alisya Syahira Nor Binti Ahmad Sulong atas kejayaan melayakkan diri ke Kejohanan Tenpin Boling Kebangsaan!

Kejohanan akan berlangsung di Melaka Tenpin Bowling, Melaka pada 28 Ogos 2026 hingga 4 September 2026.

Semoga terus fokus, bersemangat dan memberikan aksi terbaik sepanjang kejohanan. Jadikan peluang ini sebagai pengalaman berharga untuk terus melakar kejayaan yang lebih gemilang.

Seluruh warga SMKBK mendoakan agar Alisya Syahira dipermudahkan segala urusan dan mencapai keputusan yang terbaik.

Good luck & all the best, Alisya!
Buat yang terbaik, harumkan nama dan teruskan mencipta kejayaan! πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ†



Alhamdulillah selesai tugasan Projek Countdown SPM 2026. Projek merupakan idea dan inisiatif pihak pentadbir di bawah ke...
12/08/2026

Alhamdulillah selesai tugasan Projek Countdown SPM 2026. Projek merupakan idea dan inisiatif pihak pentadbir di bawah kelolaan GPK Pentadbiran, sebagai salah satu usaha untuk menyuntik semangat, motivasi dan kesedaran kepada calon-calon SPM 2026.

Sebagai tanda sokongan dan peringatan kepada anak-anak Tingkatan 5, Board Countdown SPM 2026 telah disediakan dan ditampal di sudut info setiap kelas Tingkatan 5. Countdown ini akan menjadi peringatan visual kepada murid bahawa masa semakin singkat dan setiap hari perlu dimanfaatkan sebaiknya.

Projek ini telah dibantu dan direalisasikan oleh guru-guru ROS:
πŸ’œPuteri Nurliyana Syamimi binti Mohd Nizam
🩡Nuruljannah Munirah binti Norzambri
🩷Nur Izzah Izzati binti Hasmi Anuar

Terima kasih atas komitmen, kreativiti dan kerjasama dalam menjayakan inisiatif ini.
Terima kasih Puan Pengetua dan GPK Kokurikulum atas ruang dan sokongan yang berterusan.

Semoga setiap kali melihat countdown ini, anak-anak SPM akan terus TERINGAT, TERSENTUH DAN TERUS BERUSAHA untuk mencapai impian masing-masing.

PELANCARAN PECUTAN 100 HARI MENJELANG SPM 2026 β€œBersama Melangkah, Bersama Cemerlang!”100 hari bukan sekadar tempoh masa...
10/08/2026

PELANCARAN PECUTAN 100 HARI MENJELANG SPM 2026
β€œBersama Melangkah, Bersama Cemerlang!”

100 hari bukan sekadar tempoh masa, tetapi 100 hari yang penuh dengan peluang untuk berusaha, memperbaiki diri dan mengejar impian.

Pada 7 Ogos 2026 (Jumaat), SMK Bukit Kepayang telah melaksanakan Pelancaran Pecutan 100 Hari Menjelang SPM 2026 yang melibatkan semua murid Tingkatan 5. Program ini merupakan satu inisiatif khas untuk menyuntik semangat, motivasi dan kesedaran kepada calon-calon SPM agar lebih fokus serta bersedia menghadapi detik penting dalam perjalanan pendidikan mereka.

Antara pengisian program termasuklah Pengumuman Ikrar Perjuangan Pelajar, Ikrar Murid serta sesi motivasi ringkas bersama Kaunselor Sekolah yang diharapkan dapat membangkitkan kembali semangat juang anak-anak Tingkatan 5. Puan Pengetua sendiri memberikan semangat dan galakan untuk calon SPM terus berusaha hingga ke titik terakhir.

πŸ”œ Sasaran utama kecemerlangan : GPS 4.55

Namun, kecemerlangan bukan hanya tentang angka. Ia terhasil daripada disiplin yang konsisten, usaha tanpa henti, doa, tawakal dan keberanian untuk terus mencuba.

Buat semua calon SPM 2026, 100 hari ini adalah milik kalian. Gunakan setiap hari dengan sebaiknya. Jangan takut untuk bermimpi besar. Jangan mudah mengalah. Dan jangan pernah berhenti percaya bahawa kalian BOLEH! πŸ’ͺπŸ”₯

Fokus hari ini, kejayaan esok! Bersama kita capai GPS 4.55!
SMK Bukit Kepayang Sepakat Hidup Cemerlang πŸ’™πŸ’›




DUA PASUKAN ROBOTIK, DUA KEJAYAAN MEMBANGGAKAN!  πŸ€–πŸ€–πŸ€–πŸ€–πŸ€–πŸ€–πŸ€–πŸ€–πŸ€–πŸ€–πŸ€–πŸ€–πŸ€–πŸ€–πŸ€–πŸ€–πŸ€–πŸ€–πŸ€–πŸ€–πŸ€–Kreativiti mencetus inovasi, teknologi membuka pel...
10/08/2026

DUA PASUKAN ROBOTIK, DUA KEJAYAAN MEMBANGGAKAN!
πŸ€–πŸ€–πŸ€–πŸ€–πŸ€–πŸ€–πŸ€–πŸ€–πŸ€–πŸ€–πŸ€–πŸ€–πŸ€–πŸ€–πŸ€–πŸ€–πŸ€–πŸ€–πŸ€–πŸ€–πŸ€–

Kreativiti mencetus inovasi, teknologi membuka peluang!
Tahniah dan syabas buat pasukan Robotik SMK Bukit Kepayang atas pencapaian membanggakan dalam MYRC 2026 peringkat Negeri Sembilan!

πŸ₯ˆ MIKROBOTIK – NAIB JOHAN
Pasukan MechaGirls berjaya meraih Tempat Kedua dalam kategori Mikrobotik.
Guru Pembimbing:
Pn. Muzaiyanah binti Samilan
Murid:
β€’ Airis Intan Adelia binti Mohd Fadly – 3UM
β€’ Maritza Raisha binti Shurika Khairin – 3UM

πŸ₯‰ AIROBOTIK – TEMPAT KETIGA
Pasukan BK1 p**a berjaya meraih Tempat Ketiga dalam kategori Airobotik.
Guru Pembimbing:
Pn. Siti Rasyidah Adlin binti Sheikh Ismail
Murid:
β€’ Muhammad Irfan Rayyan bin Hairuazmi – 3UM
β€’ Muhammad Qais Weldan bin Ros-Azril - 3UM

🦾 AIROBOTIK - PENYERTAAN
Guru Pembimbing:
Pn. Siti Rasyidah Adlin binti Sheikh Ismail
Murid:
- Mas Nur Darwisyah bintiI Mohd – 3UM
- Nur Fsthia Soleha binti Zakaria – 3UM

Pencapaian ini membuktikan bahawa anak-anak SMK Bukit Kepayang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah mampu menyerlah dalam bidang STEM. Di sebalik kejayaan ini ada idea, percubaan, kegagalan, penambahbaikan, kerja berpasukan dan kesungguhan yang akhirnya membuahkan hasil.

Setinggi-tinggi penghargaan buat guru pembimbing yang tidak pernah jemu membimbing serta tahniah buat semua anak-anak yang telah membawa nama SMK Bukit Kepayang ke pentas pertandingan.
πŸ₯ˆ MIKROBOTIK – NAIB JOHAN
πŸ₯‰ AIROBOTIK – TEMPAT KETIGA

Terus cipta, terus inovasi dan terus melangkah lebih jauh!
Robotik memacu kreativiti, inovasi menentukan masa depan!
πŸ’™ SMK Bukit Kepayang
Sepakat Hidup Cemerlang


Address

SMK Bukit Kepayang
Seremban
70300SEREMBAN2

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Bukit Kepayang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SMK Bukit Kepayang:

Shortcuts

Share

Category