Sekolah Kebangsaan Jimah Port Dickson

Sekolah Kebangsaan Jimah Port Dickson Halaman ini diwujudkan untuk perkongsian maklumat dan makluman berkaitan Sekolah Kebangsaan Jimah

09/09/2026
JUMAAT 28 OGOS 2026SUMBANGAN CERMIN MATA OLEH WORLD VISIN OPTICSSetinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepa...
07/09/2026

JUMAAT 28 OGOS 2026

SUMBANGAN CERMIN MATA OLEH WORLD VISIN OPTICS

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada World Vision Optics atas sumbangan cermin mata kepada murid-murid kami.

Sumbangan ini amat bermakna dan pastinya memberikan manfaat kepada para penerima, khususnya dalam membantu mereka menjalani proses pembelajaran dengan lebih selesa dan yakin. πŸ’™

Terima kasih World Vision Optics kerana sentiasa prihatin dan cakna terhadap keperluan anak-anak kami. 🌷🀍





JUMAAT 28 OGOS 2026PERARAKAN SEMPENA MAULIDUR RASULAlhamdulillah, telah berlangsung Perarakan Sempena Maulidur Rasul seb...
07/09/2026

JUMAAT 28 OGOS 2026

PERARAKAN SEMPENA MAULIDUR RASUL

Alhamdulillah, telah berlangsung Perarakan Sempena Maulidur Rasul sebagai salah satu usaha menyemarakkan rasa cinta dan kasih kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. 🀍

Perarakan berlangsung dalam suasana meriah dan penuh penghayatan, diserikan dengan selawat serta semangat kebersamaan warga sekolah.

Semoga sambutan ini dapat menyemai rasa cinta kepada Rasulullah SAW serta menggalakkan kita semua untuk mencontohi akhlak dan sunnah Baginda dalam kehidupan seharian. 🌹




Assalamualaikum Kepada :Ibu bapa / Penjaga SK Jimah*MAKLUMAN CUTI PERSEKOLAHAN PENGGAL KE DUA*1. Sukacita dimaklumkan ba...
28/08/2026

Assalamualaikum

Kepada :
Ibu bapa / Penjaga
SK Jimah

*MAKLUMAN CUTI PERSEKOLAHAN PENGGAL KE DUA*

1. Sukacita dimaklumkan bahawa sekolah akan *bercuti* pada ketetapan seperti berikut :

*29 Ogos 2026 hingga 6 September 2026*

2. Semua murid perlu kembali ke sekolah pada *7 September 2026 (Isnin)*

3. Adalah diingatkan agar semua murid dapat menjaga keselamatan & kesihatan masing-masing ketika waktu cuti sekolah ini.

Sekian, terima kasih.

GPK HEM
SK Jimah

🌟 TAHNIAH & SYABAS! 🌟Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2025.Pengik...
27/08/2026

🌟 TAHNIAH & SYABAS! 🌟

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2025.

Pengiktirafan ini merupakan bukti atas dedikasi, komitmen, usaha dan kecemerlangan yang telah dicurahkan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar kecemerlangan serta menjadi inspirasi kepada warga pendidik yang lain.

Semoga terus cemerlang dan sukses dalam setiap langkah.

Ikhlas daripada Warga SK Jimah πŸ’

Assalamualaikum & Salam sejahtera, aktiviti Kokurikulum adalah seperti yang tertera. Mohon ibubapa/ penjaga menguruskan ...
25/08/2026

Assalamualaikum & Salam sejahtera, aktiviti Kokurikulum adalah seperti yang tertera.
Mohon ibubapa/ penjaga menguruskan pengangkutan balik anak2 seperti waktu yang dinyatakan. Terima kasih.

MAKLUMAN CUTI SEMPENA MAULIDUR RASULTarikh : 25.8.2026Hari : SelasaMakluman kepada semua ibubapa/penjaga, esok merupakan...
24/08/2026

MAKLUMAN CUTI SEMPENA MAULIDUR RASUL

Tarikh : 25.8.2026
Hari : Selasa

Makluman kepada semua ibubapa/penjaga, esok merupakan cuti Maulidur Rasul dan murid perlu hadir kembali bersekolah pada 26.8.2026 (Rabu).

Sekian, terima kasih
GPK HEM
SK Jimah

JUMAAT 21 OGOS 2026 LATIHAN KEBAKARAN DAN TAKLIMAT KESELAMATAN OLEH BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT PORT DICKSONAlhamdulillah...
24/08/2026

JUMAAT 21 OGOS 2026

LATIHAN KEBAKARAN DAN TAKLIMAT KESELAMATAN OLEH BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT PORT DICKSON

Alhamdulillah, telah berlangsung Latihan Kebakaran dan Taklimat Keselamatan bersama Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson.

Program ini bertujuan memberikan pendedahan dan meningkatkan kesedaran warga sekolah tentang langkah-langkah keselamatan, tindakan semasa kecemasan serta cara menyelamatkan diri ketika berlaku kebakaran.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson atas perkongsian ilmu, tunjuk ajar dan demonstrasi yang sangat bermanfaat. πŸ‘¨β€πŸš’πŸš’

Semoga ilmu yang diperoleh dapat menjadi panduan dan meningkatkan tahap kesiapsiagaan serta keselamatan kita bersama.


Address

Kampung Jimah
Seremban
70300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6067923201

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Kebangsaan Jimah Port Dickson posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sekolah Kebangsaan Jimah Port Dickson:

Shortcuts

Share

Category