19/05/2026
Malu rasanya untuk menyebut nama suci Rasulullah ๏ทบ di tengah keruhnya diri ini. ๐ญ
Namun, bukankah orang yang sakit paling memerlukan doktor, dan yang kotor paling memerlukan penyucian? Justeru kerana diri ini bersalut noda, kita bersandar pada kemuliaan Baginda Rasulullah ๏ทบ, memohon agar Baginda sudi memandang kita dengan penuh Kasih dan Rahmat.
Kita hadir bukan membawa segunung amal, tetapi hadir dengan segunung khilaf dan dosa. Namun rahmat Baginda ibarat mentari; menyinari bunga yang indah, juga tanah yang becak dan kotor. Marilah kita sejenak menenangkan hati, menghayati selawat ini sebagaimana yang diajarkan oleh Guru Mulia Maulana Syeikh Abdussalam Ali Syita:
๐ญ ุงููููููู
ูู ุตูููู ููุณููููู
ู ููุจูุงุฑููู ุนูููู ุณููููุฏูููุง ู
ูุญูู
ููุฏูุ ููุฌูู
ููููููุง ุจูุฃูุฎูููุงูููู ุงูุฒูููููููุฉูุ ููุฃููููุงุฑููู ุงูุณูููููููุฉูุ ููุฃููููุงูููู ููุฃูููุนูุงูููู ููุฃูุญููุงูููู ุงูุดููุฑููููุฉู ุงููู
ูุฑูุถููููุฉู. ููุฃูููุตููู ููุณูุจูููุง ุจูููุณูุจููู ุงูุฑููุจููุงูููุ ููุญูุจูููู ุงููููุฏูุงุฏููุ ููุงุฌูุนูููููุง ู
ูููุธููุฑูููู ุจูุนูููููููุ ู
ูุคููููุฏูููู ุจูุดูุฑููุนูุชูููุ ู
ูููุตููููููู ุนูููู ุจูุฑูุงูู ู
ูุญูุจููุชููู. ููุนูููู ุขูููู ุงููุฃูุทูููุงุฑู ููุฃูุตูุญูุงุจููู ุงููุฃูุฎูููุงุฑูุ ููุณููููู
ู ุชูุณููููู
ูุง ููุซููุฑูุงุ ููุงููุญูู
ูุฏู ููููููู ุฑูุจูู ุงููุนูุงููู
ูููู.
Selawat ini adalah sebuah rayuan agar batin kita dibersihkan dengan cahaya baginda. Kita memohon agar menjadi โManzhลซrin bi โainihiโ โ golongan yang sentiasa dipandang oleh Rasulullah ๏ทบ dengan kasih sayang Baginda, seperti seorang ibu yang tetap memeluk anaknya walaupun tubuhnya diselaputi lumpur. Dan kemuncaknya, kita memohon agar cinta menjadi โBuraqโ bagi roh kita; kerana walau langkah ini berat disebabkan dosa, cinta yang tulus mampu menerbangkan jiwa menuju reda Allah dalam sekelip mata.
โKerana bagi hati yang lelah, tiada pelabuhan yang lebih teduh selain cinta kepada junjungan Nabi. Semoga dengan satu selawat yang tulus, Allah menyucikan noda dalam batin kita, dan menjadikan kita jiwa-jiwa yang tenang di bawah naungan pandangan kasih Baginda.โ
๐Berikan Kegembiraan,
Rasai Kebahagiaan๐