Sekolah Rendah Agama Permataku

Sekolah Rendah Agama Permataku Sekolah Rendah Agama Permataku mula ditubuhkan pada tahun 2025. Berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS).

Merupakan kesinambungan dari kejayaan Taska Permataku dan Tadika Elit Permataku yang sudah mencecah umur 20 tahun.

23/08/2026

Sambutan Maulidur Rasul kali ke 2/2026

Persembahan dari murid Tahun 2 &3 menceritakan kisah sirah Rasulullah saw di dalam bahasa Arab .

21/08/2026

SAMBUTAN BULAN MAULIDUR RASUL KALI KE 2/2026

🌙 Sambutan Maulidur Rasul Kali Ke-2

Alhamdulillah, dengan penuh kesyukuran, telah berlangsung Sambutan Maulidur Rasul Kali Ke-2. 🤍

Sambutan ini diadakan sebagai salah satu usaha untuk:
✨ Menyemai rasa cinta dan kasih sayang murid-murid kepada Rasulullah SAW.
✨ Mengenali sirah serta perjuangan Rasulullah SAW dalam menyampaikan ajaran Islam.
✨ Mencontohi akhlak dan sifat terpuji Baginda dalam kehidupan seharian.
✨ Memupuk minat murid untuk berselawat dan mengamalkan sunnah Rasulullah SAW.
✨ Membentuk generasi yang berakhlak mulia serta mempunyai nilai-nilai Islam dalam diri.
✨ Mengeratkan ukhuwah dan silaturahim dalam kalangan warga sekolah.

Semoga sambutan ini bukan sekadar menjadi sebuah program tahunan, tetapi menjadi satu ruang untuk kita mengenali, menghayati dan menyemai kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. 🌹

“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah SAW itu contoh teladan yang baik.” 🤍

Terima kasih kepada semua yang telah terlibat dalam menjayakan Sambutan Maulidur Rasul Kali Ke-2. Semoga segala usaha dan penglibatan kita mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

SAMBUTAN BULAN MAULIDUR RASUL....SRA Permataku mengadakan sambutan bulan Maulidur Rasul dengan beberapa acara yang mengu...
21/08/2026

SAMBUTAN BULAN MAULIDUR RASUL....

SRA Permataku mengadakan sambutan bulan Maulidur Rasul dengan beberapa acara yang mengukuhkan rasa kasih sayang di kalangan murid-murid.

Pembukaan majlis dengan bacaan Surah Al 'Alaq yang disampaikan secara bergilir-gilir di kalangan murid Tahun 1 As asyafie.

PEMBELAJARAN HARIAN...Amalan solat Dhuha menjadi rutin pagi secara harian bagi para pelajar  sebelum sesi pembelajaran b...
21/08/2026

PEMBELAJARAN HARIAN...

Amalan solat Dhuha menjadi rutin pagi secara harian bagi para pelajar sebelum sesi pembelajaran bermula . Solat Dhuha mengajar murid-murid untuk mensyukuri nikmat-nikmat yang diberi Allah dan memohon rezeki ilmu yang bermanafaat dalam kehidupan menuntut ilmu.
Mensyukuri nikmat yang diberi oleh Allah SWT termasuklah nikmat sihat atas sendi-sendi di dalam badan kita ini.

PEMBELAJARAN HARIANMurid-murid kelas 1 As Syafie mempelajari subjek B.Arab Diniah kengenai topik mengenali nama-nama hai...
20/08/2026

PEMBELAJARAN HARIAN

Murid-murid kelas 1 As Syafie mempelajari subjek B.Arab Diniah kengenai topik mengenali nama-nama haiwan.

Guru meminta.mereka.menghafal dan mengenali nama-nama haiwan ,menyebut dengan betul.

Aktiviti kedua ialah guru memanggil murid ke hadapan dan membuat pengajaran p**a mengenalkan nama-nama haiwan dan rakan-rakan sekelas akan mengikutinya.
Latihan ini diberi peluang kepada murid-murid lain juga bagi mengasah bakat mereka yang lebih kreatif.

PEMBELAJARAN HARIAN...Subjek Akhlak Diniah (الآداب في المسجد)kelas 1 As Syafie.
20/08/2026

PEMBELAJARAN HARIAN...

Subjek Akhlak Diniah (الآداب في المسجد)kelas 1 As Syafie.

PEMBELAJARAN HARIAN....Murid -murid darjah 1 As Syafie mempelajari subjek B.Arab Diniah.Mereka menghafal nama-nama haiwa...
20/08/2026

PEMBELAJARAN HARIAN....

Murid -murid darjah 1 As Syafie mempelajari subjek B.Arab Diniah.Mereka menghafal nama-nama haiwan dan melakukan aktiviti di papan putih.

PEMBELAJARAN HARIAN..Hari ini murid-murid dibawa ke padang untuk aktiviti luar kokurikulum.Antara aktiviti yang telah di...
19/08/2026

PEMBELAJARAN HARIAN..

Hari ini murid-murid dibawa ke padang untuk aktiviti luar kokurikulum.

Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah mengelilingi kon sambil imbangkan beban di atas kepala,berjalan terompah,boling kelapa dan larian padang.

Alhamdulilah,semua aktiviti berjalan dengan lancar dan keadaan cuaca yang baik.

18/08/2026
18/08/2026

PEMBELAJARAN HARIAN....

Murid-murid kelas 2 Al Bukhari

تصريف الفعل الماضي

Address

No 27, Jalan Sri Telawi 1, Taman Sri Telawi
Seremban

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+601165290519

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Rendah Agama Permataku posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category