03/03/2024
Jom sertai telegram KELAS AGAMA PETANG SK AMPANGAN.. untuk maklumat yang lebih cepat dan tepat
khas buat seluruh warga SK Ampangan, bekas-bekas pelajar dan juga para ibu bapa untuk mendapatkan maklumat tentang aktiviti sekolah yang telah dijalankan
03/03/2024
Jom sertai telegram KELAS AGAMA PETANG SK AMPANGAN.. untuk maklumat yang lebih cepat dan tepat
11/07/2022
JOM kongsi gambar2 semasa zaman persekolahan anda... jangan lupa tuliskan tahun dan nama aktivitinya sekali ya....
01/12/2021
Assalamualaikum wrt. wbt
*RAYUAN SUMBANGAN BAGI PEMBINAAN SURAU AL FALAH, SK AMPANGAN*
Seremban Negeri Sembilan
Dato/Datin, Tuan/Puan
🕋 *Dijemput sama-sama BERINFAQ & niat WAQAF pembinaan Surau Al Falah Sk Ampangan , Seremban , Negeri Sembilan.*
Pembinaan akan dimulakan pada:
28 Rabiulakhir 1443 / 3 Disember 2021
Derma yang disalurkan ini akan memberi peluang kepada pelajar-pelajar Sk Ampangan menunaikan solat secara berjemaah dalam suasana yang kondusif (surau lama tidak dapat dijalankan sebarang aktiviti kerana dalam keadaan uzur , reput dimakan anai-anai)
🌺Sumbangan boleh dibuat atas nama :
*SURAU SEKOLAH KEBANGSAAN AMPANGAN*
🟢 BANK ISLAM
No Akaun :
05012010097756
🌺Terima kasih atas sumbangan yang dihulurkan. Semoga Allah mengurniakan pahala yang berganda di dunia serta syurga yang kekal abadi di akhirat. Amin
JADI SAHABAT SYURGA #
Atau sila klip pautan di bawah untuk sumbangan:
https://toyyibpay.com/DANA-BINA-SURAU-SK-AMPANGAN
01/12/2021
Assalamualaikum wrt. wbt
*RAYUAN SUMBANGAN BAGI PEMBINAAN SURAU AL FALAH, SK AMPANGAN*
Seremban Negeri Sembilan
Dato/Datin, Tuan/Puan
🕋 *Dijemput sama-sama BERINFAQ & niat WAQAF pembinaan Surau Al Falah Sk Ampangan , Seremban , Negeri Sembilan.*
Pembinaan akan dimulakan pada:
28 Rabiulakhir 1443 / 3 Disember 2021
Derma yang disalurkan ini akan memberi peluang kepada pelajar-pelajar Sk Ampangan menunaikan solat secara berjemaah dalam suasana yang kondusif (surau lama tidak dapat dijalankan sebarang aktiviti kerana dalam keadaan uzur , reput dimakan anai-anai)
🌺Sumbangan boleh dibuat atas nama :
*SURAU SEKOLAH KEBANGSAAN AMPANGAN*
🟢 BANK ISLAM
No Akaun :
05012010097756
🌺Terima kasih atas sumbangan yang dihulurkan. Semoga Allah mengurniakan pahala yang berganda di dunia serta syurga yang kekal abadi di akhirat. Amin
JADI SAHABAT SYURGA #
Atau sila klip pautan di bawah untuk sumbangan:
SURAU SEKOLAH KEBANGSAAN AMPANGAN | DANA BINA SURAU SK AMPANGAN SERTAI KAMI DALAM MENYUMBANG DANA PEMBINAAN SURAU BAHARU SK AMPANGAN RM
Kem Bestari Solat & Pertandingan Gema Zikir peringkat Sekolah Kebangsaan Ampangan.
15/07/2021
Assalamualaikum w.b.t
E-MUNAJAT SKA
"Kepada Allah kita berdoa"
( Aware Alert Action )
🗓Tarikh : Setiap Pagi Jumaat
⏰Masa : 7.45-8.20 am
📱Medium : Google meet
🔗 https://meet.google.com/hef-rddh-dkt
Dijemput semua murid, guru dan Ibu Bapa seisi keluarga bersama-sama mengimarahkan program ini sebagai usaha kita memohon keselamatan dan kesejahteraan daripada Allah swt serta doa untuk para arwah.
📌Atucara majlis:
📣 7.45 : Bacaan Yasin,tahlil & doa
📣 8.10: Tips 3A ( pekA, sedAr, tindAk )bersama Tuan Azizi bin Lamat, Pen. Setiausaha Kanan Bhgn. Psikologi Kaunseling, KPM
📣 8.25 : Ucapan ringkas oleh Tn. Guru Besar
Tamat *
📌Link kehadiran juga akan diberikan untuk murid tahap 2 yang menyertai bacaan yaasin ini sebagai kredit untuk PAJSK di ruangan komen GM.
Terima kasih,
Pengurusan Sekolah
Team Panitia PAI & BA
Unit Bimbingan Kaunseling
Sk Ampangan, Seremban🌹
17/03/2021
Assalamualaikum..
Mesej dari Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Pesanan untuk semua ibu bapa... cikgu juga adalah ibu bapa kepada seseorang anak... peringatan untuk semua... mudah2an membantu membentuk anak2 dlm masyarakat yg perihatin...
Tanamkan dalam hati bahawa;
1. Anak kita bukan baik sangat.
Walau kat rumah dia taat, dia mungkin nakal dibelakang kita. Jadi dia mungkin lawan cakap cikgu, pukul kawan dia, dan buat pelbagai perkara yang kita tak jangka.
2. Bukan anak kita sorang aje kat dalam kelas tu.
Kita kat rumah paling banyak anak 6 7 orang. Itu pun kita tak mampu nak beri perhatian pada semua. Anak cakap banyak sikit kita dah suruh diam. Just imagine kita ada anak kembar seramai 40 orang. Macam tu lah apa yang cikgu alami sewaktu mengajar anak-anak kita.
3. Anak kita juga pandai menipu.
Jangan percaya sangat dengan cerita2 anak kita. Dia mungkin menipu. Tak kiralah seyakin mana kita dengan kesolehan dia, dia mungkin menipu. Siasat dan jangan cepat melatah. Nanti kita yang malu.
4. Anak kita layak dimarah.
Anak kita bukan malaikat. Dia tidak sempurna. Dia pasti melakukan banyak silap. Dia perlu dididik. Character dia di rumah dan di sekolah tak sama. Dia mungkin sangat annoying waktu di dalam kelas dan kita takkan tahu itu. Jika dia dimarah, itu tandanya gurunya sedang mendidiknya.
5. Ingat semula kenapa kita hantar dia kesekolah.
Untuk dia jadi diva kah? Sampai tak boleh diusik.
Untuk dia jadi samseng? Sampai tak boleh dijentik.
Untuk dia jadi biadap? Sampai tak boleh dididik.
6. Dia sedang dididik. Dengan cara yang kita s**a, mahupun tidak s**a.
Jika tak boleh terima orang lain didik dia dengan cara yang tak sama dengan didikan kita, jangan hantar dia ke sekolah. Kita tak boleh harapkan orang ikut cara kita. Cara kita tak semestinya betul.
7. Kita tak mampu berikan semua ilmu yang diperlukannya.
Kita perlukan guru2. Kita mungkin pakar kimia, tapi kita tak tahu matematik, geography, biology dan sebagainya. Kita mengharapkan guru2 itu mencurahkan ilmu kepada anak kita. Hormati mereka.
8. Duit bukan segalanya.
Kita mungkin kaya. Tapi duit tak mampu jadikan anak kita sempurna. Duit tak boleh membentuk akhlaknya. Dia perlu didik, diajar, dibentuk. Baru dia mampu menjadi manusia.
9. Kita tak mampu membentuknya seorang diri.
Anak kita perlu dilatih hidup dengan masyarakat. Dia perlu diajar bagaimana menghadapi dunia yang ganas di luar sana. Dia perlukan sekolah sebagai langkah pertama untuk memahamkan dia bagaimana untuk survive di dunia ini. Guru2 itulah yang akan membantu kita membuatnya melihat dunia. Beri guru2 itu ruang untuk membantu kita.
10. Kita bukanlah orang yang paling betul dalam dunia.
Cara guru dan kita mungkin berbeza. Tapi pengalaman mereka mendidik memang kita tak mampu menandinginya. Paling hebat kita didik 6 7 orang anak kita sendiri. Mereka dah didik 6 7 orang anak sendiri dan beratus malahan beribu anak-anak orang lain yang mereka didik seperti anak-anak mereka sendiri.
11. Jangan sombong dengan guru2. Allah sebut darjat mereka tinggi di dalam al quran.
Mereka bukan sahaja bekerja kerana gaji, tapi mereka melakukan amal jariah dengan memberi ilmu yang bermanfaat kepada ribuan manusia, dan amal ini allah kira sahamnya walaupun setelah mereka meninggal dunia.
Amal kita?
12. Ilmu anak kita takkan berkat tanpa redha gurunya.
Tanamkan itu dalam peribadi anak-anak kita. Yang 11A tapi jika biadap dengan guru belum tentu berkat ilmunya, belum pasti tenang hidupnya. A kurang tak apa. Asalkan tak kurang adabnya. Biar berkat ilmunya. Kejayaan akan datang dalam pelbagai cara.
13. Guru2 sentiasa mengingatkan anak kita agar hormat ibu bapanya.
Ibu bapa sentiasa menjadi sentimen utama yang digunakan oleh guru2 untuk menasihati anak-anak kita. Mengapa kita tak boleh buat perkara yang sama? Satu sahaja, kerana kita rasa kita lebih bagus dari segenap segi daripada guru2 anak-anak kita.
Berlapang dadalah.
Ilmu itu bukan bilangan A.
Tapi apa yang anak kita dapat untuk dia jadikan panduan untuk jalani kehidupan di dunia dan diakhirat.
Terima Kasih
12/03/2021
Siapa pernah belajar kat sini dulu..km4 jalan kuala pilah.. kalau ada gambar² lama blh PM FB ... Kami sedang mengumpul gambar² lama berkaitan SK Ampangan untuk galeri kami... segala bahan yang dikongsi akan kami abadikan dalam galeri sebagai bahan sejaràh... tmksh ...
25/02/2021
Permohonan Pendaftaran Sekolah Anak Murid Darjah 1 Ambilan Tahun 2022-2023.
Ibu bapa dan penjaga yang mempunyai anak / jagaan masing-masing yang lahir pada 2 Januari 2015 hingga 1 Januari 2016 dan 2 Januari 2016 hingga 1 Januari 2017 boleh mendaftarkan anak jagaan masing-masing ke sekolah bagi kemas**an tahun satu (1) ambilan 2022 dan 2023.
https://public.moe.gov.my
Rujuk gambar dibawah 👇
25/02/2021
*PEMOHONAN KEMASUKAN KE PRASEKOLAH KPM SESI 2022*
Permohonan secara dalam talian dan manual dibuka dari 1 Mac 2021 sehingga 31 Mei 2021.
Sila isi borang permohonan atas talian di link berikut:
http://eprasekolah.moe.gov.my
Borang permohonan berserta dokumen berkaitan perlu di hantar ke sekolah selewatnya 31 Mei 2021.
Sebarang pertanyaan sila rujuk PPD berhampiran atau sekolah yang dimohon.
Sekian, terima kasih.
07/08/2020
Part 2
TB Pelancaran Bulan Kebangsaan 2020
07/08/2020
TB pelancaran Bulan Kebangsaan 2020