12/04/2026
Salam Syawal, semoga hidup sentiasa dirahmati.
Syukur alhamdulillah, selesai sudah majlis jamuan raya kami untuk tahun ini. Seronok tengok masing-masing segak bergaya dengan baju kurung dan baju melayu, lari sekejap dari rutin kerja yang padat. Momen macam nilah yang buat kita rasa lebih akrab sebagai satu pasukan. Terima kasih kepada semua yang terlibat menyumbang tenaga dan juadah. Semoga semangat kerjasama ini terus dibawa dalam urusan kerja kita selepas ini!
Maaf zahir batin, semoga ukhwah terus erat.