24/10/2024
Ketidakakuran berkaitan Syariah:
(i) Ketidakakuran berkaitan pengesahan status tidak halal terhadap sesuatu bahan mentah atau ramuan, produk, menu, perkhidmatan, peralatan dan lain-lain yang berkaitan oleh pihak berkuasa berwibawa dan/ atau badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf;
(ii) Ketidakakuran berkaitan penggunaan, pengendalian, penyimpanan, dan percampuran bahan tidak halal meliputi bahan mentah, produk, menu, perkhidmatan, premis, peralatan dan perkakasan, produk dagangan (trading product) dan lain- lain;
(iii) Ketidakakuran berkaitan membawa masuk makanan dan minuman termasuklah bahan mentah, produk dan lain-lain yang tidak halal ke premis yang dipersijilkan halal;
(iv) Ketidakakuran berkaitan pengendalian proses pelalian (stunning) yang menyebabkan kematian kepada haiwan atau hilangnya hayah al-mustaqirrah; dan
(v) Ketidakakuran berkaitan memproses haiwan yang tidak sempurna sembelihan atau tidak mati dengan sempurna sebagai produk yang dipersijilkan halal.