28/03/2023
🕌 1 HARI 1 HADIS 🕌
Bulan Ramadan bulan berkat, namun bukan pada bulan ini sahaja amal dipertingkat lalu ditinggal amal-amal tersebut apabila Syawal dan bulan lain menjelma.
Jadikan bulan ini sebagai batu loncatan untuk kita meningkatkan kualiti dan konsisten dengan amalan pada bulan seterusnya.
Antara kualiti amal yang boleh ditingkatkan ketika Ramadan ini ialah bacaan Al-Quran. Al-Quran ini biarlah hidup dalam jiwa. Menjadi penawar saat kita berduka.
Pelajari tajwid, fasohah, dan pelbagai ilmu tentang mukjizat agung yang mampu menjadi peneman kita di dalam kubur kelak ini.
Carilah guru mahupun teman yang ahli dalam Al-Quran, baik dari segi bacaan mahupun ilmu lain yang mampu menambah kemahiran bacaan dan cinta kepada Al-Quran.
Akhir sekali, jangan sia-siakan waktu pada Ramadan ini dengan banyaknya melakukan perkara yang lagha, ambil kesempatan ini untuk meningkatkan kualiti amal kita, insya-Allah!
/24
&Multimedia23/24