14/03/2023
MAJLIS IFTAR AMAL ASNAF MURNI 2023
Salam Ramadan 1444 Hijrah ..
Alhamdulillah kami sekeluarga (sebelum ini Al-Baghdadi Siamang Gagap https://www.facebook.com/AlBaghdadiSiamangGagap) dan Pertubuhan Asnaf Murni (https://www.facebook.com/badanamalasnafmurni) beserta rakan-rakan NGO lain akan mengadakan Majlis Iftar Amal Asnaf Murni 2023 pada ketetapan berikut:
Tarikh:
15hb. April 2023 (Sabtu)
Masa:
6.00 petang hingga 9.00 malam
Lokasi:
Astana Kayangan, Seremban 2
(https://www.facebook.com/astanakayanganzemi)
Untuk rekod, majlis pada tahun ini merupakan program tahunan ke 8 kami bergabung bersama Asnaf Murni sebelum Pandemik Covid19 melanda dari tahun 2020-2021. Butiran 7 program tersebut adalah seperti berikut:
20 Jul 2014
Majlis Iftar Badan Pemimpin Pelajar SMK KGV & Asnaf Murni
Lokasi: Asrama Puteri Asnaf Murni, Bandar Sri Sendayan
26 Jun 2015
Majlis Iftar Amal Asnaf Murni
Lokasi: Restoran Starfresh Bukit Putus, Jalan Seremban-Kuala Pilah
29 Mei 2016
Jualan Amal Asnaf Murni
Lokasi: Asrama Puteri Asnaf Murni, Bandar Sri Sendayan
16 Jun 2017
Majlis Iftar Amal Asnaf Murni
Lokasi: Asrama Putera Asnaf Murni, Bandar Sri Sendayan
10 Jun 2018
Majlis Iftar Amal Asnaf Murni
Lokasi: Zemi Garden Wedding, Jalan Rasah, Seremban
25 Mei 2019
Majlis Iftar Amal Asnaf Murni
Lokasi: Astana Zemi, Taman PJ Perdana, Paroi
30 April 2022
Majlis Iftar Amal Asnaf Murni
Lokasi: Galeri DiRaja Tuanku Jaafar, Taman Tasek Seremban
(Boleh layari https://www.facebook.com/azizwahab untuk melihat gambar-gambar semasa program)
Sehubungan dengan itu, dengan rasa rendah diri kami ingin memohon jasa baik dan kesudian tuan puan agar dapat bersama-sama MEMBERI SUMBANGAN TUNAI bagi menceriakan lagi kemeriahan 65 orang anak2 penghuni Asnaf Murni yang berumur diantara 5 tahun hingga 12 tahun beserta 10 orang petugas dewasa yang telah menjaga & mengurus anak2 Asnaf Murni ini.
Sumbangan tunai boleh dibuat melalui akaun di bawah dan kami akan serahkan kepada setiap sorg anak2 asnaf murni dan para petugas pada mlm kejadian nanti.
Bank Islam Malaysia Berhad
Sesegar HYRRA
0501 2010 0861 82
(Reference: ASNAF MURNI 2023)
TARIKH AKHIR SUMBANGAN : 14HB APRIL 2023 (JUMAAT)
Para penyumbang juga dijemput hadir bagi memeriahkan majlis disamping beramah mesra dengan anak2 Asnaf Murni beserta petugas mereka. Sila hubungi PUAN RAFIDA KAHAR di http://wasap.my/60162840084/Tempahan_Iftar_Asnaf_Murni_2023 untuk tempahan berharga RM48.00 (13 tahun ke atas) & RM35.00 (7-12 tahun)
p/s : sila nyatakan jika behasrat ingin menyerahkan sendiri sampul duit raya di atas pentas kepada anak2 Asnaf Murni & petugas mereka.
TARIKH AKHIR TEMPAHAN/BAYARAN : 12HB APRIL 2023 (RABU)
Moga segala sumbangan dapat membantu menceriakan anak-anak ini, in shaa Allah.
Sekian, terima kasih.
Aziz Wahab & Rafida Rahinna
Rauf Aziz , Yasmin Aziz & Kim Hakim Aziz
Assalamualaikum wbt ..
Kelas Mengaji Al Baghdadi untuk kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas d