15/08/2026
๐ฟ IMBAS KEMBALI | IHTIFAL ILMI AS SOFA 2026 ๐ฟ
๐
Rabu, 12 Ogos 2026
๐ Sekolah Tinggi Islam As Sofa, Rembau
Alhamdulillah, telah selesai Program Ihtifal Ilmi As Sofa 2026 yang berlangsung di Sekolah Tinggi Islam As Sofa, Rembau.
Pelbagai pertandingan telah dijalankan di peringkat sekolah rendah, antaranya Pertandingan Aqidatul Awam, Azan, Kuiz Sirah Nabi, Khat, Qasidah, Tilawah, Hafazan dan Bercerita.
๐ Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pemenang, khususnya wakil Tahfiz Rendah As Sofa Seremban yang telah berusaha bersungguh-sungguh menjalani latihan serta memberikan persembahan terbaik pada hari pertandingan.
Sesungguhnya kejayaan yang diraih merupakan hasil daripada usaha, latihan, kesungguhan dan doa. Tahniah sekali lagi kepada semua pemenang. Semoga terus melakar kejayaan dalam pertandingan-pertandingan yang akan datang.
๐ฑ Buat yang belum berjaya, jangan mudah berputus asa. Jadikan setiap pertandingan sebagai pengalaman dan peluang untuk memperbaiki kelemahan. Teruskan berlatih, berusaha dan tingkatkan kemampuan dari semasa ke semasa.
Semoga semua pelajar memperoleh manfaat daripada pengalaman ini dan terus mengamalkan segala ilmu yang dipelajari, di samping berkongsi ilmu serta manfaat tersebut bersama ahli keluarga dan masyarakat.
๐ Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para ibu bapa, guru-guru serta semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan Ihtifal Ilmi As Sofa 2026.
Semoga segala usaha dan pengorbanan yang dicurahkan mendapat ganjaran dan keberkatan daripada Allah SWT.
๐น Jumpa lagi pada tahun hadapan, insya-Allah!
Jazakumullahu khairan kathira.
โจ Terus berusaha, terus berilmu, terus cemerlang! โจ