26/08/2023
Akademi Ilmu Sahabat Amal Care
Akademi Ilmu Sahabat Amal Care ialah pusat pengajian al-Quran dan fardhu ain dibawah seliaan Ustazah
26/08/2023
08/05/2023
"Apa Khabar Al-Quran kita dibulan Syawal? Jika tak dapat satu juzu' sehari, paksakan diri untuk 1 muka surat sehari. Dengan segala nikmat Allah, luangkanlah masa untuk Allah, bimbang kita hidup dan mati dalam lalai." 😢
Dalam bergembira menyambut lebaran, jangan dilupakan Al-Quran yang menjadi sahabat kita sewaktu bulan Ramadan dahulu.🤲🏻
Semoga kita tetap istiqamah membaca surat cinta dari Tuhan ini dan menjadi penguat rindu kita buat Rasulullah SAW ❤️
——————————————————
🔸Sedih bacaan al-Quran masih merangkak-rangkak?
🔸Nak mendalami ilmu tajwid ?
🔸Tak tahu cara untuk berhenti dan sambung bacaan ?
🔸Nak belajar cara sebutan huruf dengan betul ?
🔸Tak yakin bila baca al-Quran sendiri, perlukan bimbingan guru?
✊ Ayuh sertai Akademi Ilmu Sahabat Amal Care (AISAC) untuk kami bantu anda,
✅Kelas secara online
✅Kelas secara bersemuka
✅Pengajian personal (one to one bersama guru)
✅Waktu kelas fleksibel mengikut masa pelajar
✅Percuma kepada asnaf dan mualaf
✅Tiada had umur
Jangan segan-segan, jemput klik link dibawah 🤗
http://www.wasap.my/601156861869/JomBelajarBersamaAISAC
Semoga dengan segala usaha dan kesungguhan yang diberikan, dapat memperoleh reda dan ganjaran terbaik di sisi-Nya. 🤲
05/05/2023
PERGINYA SEORANG MURABBI AL-QURAN TANAH AIR 😢
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Maksudnya: “Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya kami dikembalikan.”
Kita dikejutkan dengan khabar duka atas pemergian Allahyarham Dato' Abdul Hak atau Abdul Ghani Abdullah yang merupakan ayahanda kepada Ustaz Azraie Abdul Hak.
Menerusi satu posting anakanda Allahyarham mengkhabarkan ayahanda mereka telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu Hampar Kanan, Pendang pada pagi Isnin yang lalu.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 9.45 malam di usia 81 tahun. Allahyarham juga pernah menyandang Juara Qari Kebangsaan dan Antarabangsa sebanyak 4 kali. SubhanAllah.
LATAR BELAKANG ALLAHYARHAM DATO’ HAJI ABDUL HAK @ ABDUL GHANI ABDULLAH
Tuan Guru Dato' Haji Abdul Hak @ Abdul Ghani Abdullah adalah satu nama yang tidak asing lagi dalam arena seni lagu tarannum al-Quran. Beliau juga bukan setakat dikenali di Malaysia malah di peringkat antarabangsa.
Allahyarham dilahirkan di Kedah dan merupakan salah seorang tokoh Qari yang dikenali sebaris bersama tokoh-tokoh Qari seperti Allahyarham Dato’ Haji Ismail Haji Hashim, Allahyarham Haji Abdul Hamid Desa, Dato’ Haji Kasim Ahmad serta ramai lagi dalam era 60-an hingga 80-an.
Allahyarham dilahirkan pada 15 Jun 1942 di Kampung Batu Hampar, Pendang, Kedah.Dibesarkan dan menetap di Kampung Batu Hampar Kanan, Pendang.
Allahyarham mendirikan rumah tangga bersama Allahyarhamah Datin Hajjah Juhariah Mahamud pada tahun 1965 yang dan dikurniakan 6 orang anak. Allahyarhamah isteri tercinta Allahyarham telah meninggal dunia sekitar tahun 2014 yang lalu.
Allahyarham mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Pendang hingga tamat darjah 5 dan seterusnya menyambung pengajian di Pondok Kampung Batu Hampar, Pendang atau lebih dikenali dengan nama Pondok Tok Guru Haji Hamid selama beberapa tahun.
Antara guru-guru Allahyarham Dato’ Haji Abdul Hak @ Abdul Ghani Abdullah iaitu:
1- Allahyarham Haji Kamaluddin Haji Saad
2- Allahyarham Dato’ Haji Ismail bin Haji Hashim
3- Allahyarham Haji Abdul Hamid Desa
4- Haji Abdul Rahman Kuala
5- Allahyarham Haji Abdul Somad
Allahyarham pernah menyandang jawatan:
1- Penyelia Zakat Negeri Kedah tahun 1972 - 1997
PENGLIBATAN DAN SUMBANGAN ALLAHYARHAM DATO’ HAJI ABDUL HAK @ ABDUL GHANI ABDULLAH
1- Pertandingan Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Daerah Pendang pada tahun 1960 di usia 18 tahun.
2- Peringkat Wilayah Dalam Majlis Tilawah al-Quran sebelum menyertai Peringkat Negeri pada tahun 1966 ketika berusia 24 tahun.
3- Pertama kali Memenangi Majlis Tilawah al-Quran peringkat negeri Kedah.
4- Naib Johan Dalam Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan.
5, Johan Qari Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa kali ke-9 pada tahun yang sama.
6- Di Peringkat negeri Kedah dalam Majlis Tilawah Al-Quran dinobatkan sebagai johan sebanyak dua belas kali (1967, 1968, 1971, 1972, 1975, 1976, 1977, 1980, 1982, 1984, 1987 dan 1992)
7- Di peringkat Kebangsaan dinobatkan sebagai johan Qari sebanyak lima kali (1972, 1977, 1978, 1980 dan 1982)
8- Peringkat Antarabangsa memegang gelaran johan Qari sebanyak empat kali (1967, 1972, 1980 dan 1982)
9- Menyumbangkan suara untuk rakaman bacaan ayat-ayat suci al-Quran kepada beberapa stesen radio tempatan.
10- Turut menyumbangkan bacaan al-Quran ke negara-negara asing (Kuwait, Bangladesh, Indonesia dan Arab Saudi) pada tahun 1969 atas jemputan negara-negara tersebut.
11- Fasilitator kepada Kursus Tahsin al-Quran sama ada di peringkat negeri Kedah mahupun Kebangsaan.
12- Juri Majlis Tilawah al-Quran peringkat kebangsaan (2005 dan 2006) dalam bahagian fasohah oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
13- Tokoh Ma'al Hijrah peringkat negeri Kedah pada tahun 2006.
14- Pingat Setia Diraja Kedah (SDK) dan Pingat Bintang Kebaktian Masyarakat (BKM) oleh Sultan Kedah Darul Aman, Almarhum Tuanku Al-Haj Sultan Abdul Halim Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah.
15- Pingat Ahli Mangku Negara (AMN) oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang ke-7 ketika itu, iaitu Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah al-Musta’in Billah ibni al-Marhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin al-Muadzam Shah.
16- Pingat Darjah Dato' Setia Diraja Kedah (D.S.D.K.) yang membawa gelaran Dato’ oleh Sultan Kedah Darul Aman, Almarhum Tuanku Al-Haj Sultan Abdul Halim Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah pada tahun 2011.
SubhanAllah, sumbangan dan penglibatan Allahyarham dalam bidang Al-Quran dan tarannum memang tidak dapat disangkal lagi, betapa ramai anak didik dan anaknya yang kini merupakan Qari dan Qariah negara yang telah berjaya dalam bidang al-Quran antaranya:
1- Haji Othman Azumi b. Ahmad
2- Haji Abdul Razak Hassan
3- Haji Pisol bin Yusob
4- Ismail Mat Isa
5- Haji Ghazali
6- Mohd Termizi Mustafa
7- Hajjah Halimah Jusoh
8- Hajjah Aishah Mustafa
9- Hajjah Habsah Mustafa
10- Hajjah Sobariyah Abd Hamid
11- Hajjah Sobiroh Mohd Zain
12- Hajjah Sarina Che Yahya
13- Alauddin Abdul Hak, (Anakanda Allahyarham) naib johan negeri Kedah pada tahun 2002 serta johan kebangsaan Majlis Tilawah al-Quran peringkat warga Pendidikan Malaysia tahun 2005.
14- Azra'ie Abdul Hak (Anakanda Allahyarham), Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan bagi negeri Melaka pada tahun 2003, 2004 dan 2007 serta finalis program realiti Akademi al-Quran musim pertama anjuran TV9 pada tahun 2006
SAHABAT,
Kehilangan beliau bukanlah kehilangan yang biasa, tetapi ia sungguh memberi kesan buat kita semua. Dunia bagaikan kehilangan permata ummah yang tiada gantinya. Bahkan Nabi Muhammad SAW bersabda:
إِنَّ اللَّهَ لاَ يَقْبِضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعًا يَنْتَزِعُهُ مِنْ الْعِبَادِ وَلَكِنْ يَقْبِضُ الْعِلْمَ بِقَبْضِ الْعُلَمَاءِ حَتَّى إِذَا لَمْ يُبْقِ عَالِمًا اتَّخَذَ النَّاسُ رُءُوْسًا جُهَّالاً فَسُئِلُوا فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ فَضَلُّوا وَأَضَلُّوا
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT tidak menghapus ilmu pengetahuan dengan cara mengambil sekaligus daripada hamba-hamba-Nya. Tetapi Allah SWT menghapus ilmu pengetahuan itu dengan kematian ulama sehingga tiada lagi orang yang alim. Ketika itu, orang ramai melantik ketua-ketua mereka dalam kalangan orang yang jahil dan apabila mereka ditanya, mereka memberi fatwa dengan sewenang-wenangnya tanpa berpandukan ilmu pengetahuan. Maka, mereka sesat lagi menyesatkan.”
(HR Bukhari dan Muslim, hadis sahih)
Mari sama-sama kita mendoakan agar Allahyarham dan seluruh umat Islam yang telah kembali kepada Yang Maha Pencipta mendapat keampunan dan rahmat Allah SWT.
اَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهُ وَاعْفُ عَنْهُ
Maksudnya: "Ya Allah, ampunilah, rahmatilah, kurniakanlah kesejahteraan dan ampunkanlah mereka berdua."
وَاَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرْدِ وَنَقِّهُ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ اْلاَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ
Maksudnya: "Dan muliakanlah kedatangan mereka berdua, luaskanlah tempat mereka. Mandikanlah mereka dengan air salji lagi sejuk. Bersihkanlah mereka dari segala kesalahan sebagaimana Engkau bersihkan baju putih dari kotoran."
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ قُبْرَهُ رَوْضَةً مِنْ رِيَاضِ الجِنَانِ، وَلَا تَجْعَلْ قُبْرَهُ حُفْرَةً مِنْ حُفَرِ النِّيْرَانِ
Maksudnya : “Ya Allah, jadikanlah kubur mereka salah satu daripada taman-taman syurga-Mu. Dan janganlah Engkau jadikan kubur mereka sebagai kawah daripada kawah neraka.”
Semoga keluarga Allahyarham terus tabah dan redha menerima ketetapan Allah SWT. Mudah-mudahan kita semua bersatu kembali di syurga Allah SWT.
ASMA' BINTI HARUN & TIM PENYELIDIKAN
22/04/2023
SYAWAL SEBUAH KESYUKURAN DAN KEBAHAGIAAN , 10 SUNNAH YANG BOLEH DILAKUKAN DI PAGI RAYA 🌷
اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ
SubhanAllah Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT kerana kita telah berjaya menempuh madrasah Ramadan yang terkumpul di dalamnya rahmat, keampunan, dan ganjaran yang sangat besar.
Kini, menjelang p**a Hari Raya Aidilfitri yang merupakan hadiah daripada Allah SWT buat umat Islam setelah bersungguh-sungguh melakukan ibadah dalam bulan Ramadan.
Sahabat, zahirkanlah rasa kesyukuran dan kegembiraan kita kali ini dengan mencontohi teladan Rasulullah SAW ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Antara sunnah-sunnah yang boleh kita amalkan adalah:
1. MEMPERBANYAKKAN TAKBIR
Antara syiar yang disunatkan bagi kita untuk melaksanakannya ketika Hari Raya Aidilfitri adalah memperbanyakkan bertakbir.
Firman Allah SWT:
وَلِتُكۡمِلُوا۟ ٱلۡعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا۟ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَىٰكُمۡ وَلَعَلَّكُمۡ تَشۡكُرُونَ
Maksudnya: “Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya, dan supaya kamu bersyukur.”
(Surah Al-Baqarah:185)
WAKTU UNTUK BERTAKBIR
Waktu bertakbir bagi Hari Raya Aidilfitri bermula daripada terbenamnya matahari malam raya (waktu maghrib 1 Syawal) sehingga takbiratul ihram solat sunat Aidilfitri.
LAFAZ TAKBIR
اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَاَللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ
Maksudnya: “Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Tidak ada sembahan yang benar melainkan Allah, dan Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan untuk Allah segala pujian.”
اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَلَا نَعْبُدُ إلَّا إيَّاهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ
لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الْأَحْزَابَ وَحْدَهُ لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَاَللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ
Maksudnya: “Allah Maha Besar dengan sebenar-benar Kebesaran-Nya, dan pujian bagi Allah sebanyaknya. Maha suci Allah di waktu pagi dan petang. Tiada Tuhan melainkan Allah dan tidaklah kami menyembah melainkan-Nya dengan tulus ikhlas menuruti Agama-Nya, sekalipun dibenci oleh orang kafir.
Tiada Tuhan melainkan Allah sahaja. Dia membenarkan janji-Nya, membantu hamba-Nya dan memuliakan tentera-Nya serta mengalahkan pakatan tentera Ahzab secara bersendirian. Tiada Tuhan melainkan Allah. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan bagi Allah segala pujian.”
2. MANDI SUNAT HARI RAYA
Digalakkan untuk mandi sunat pada Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha sama ada menghadiri solat sunat raya ataupun tidak. Dalilnya diambil berdasarkan amalan para sahabat:
عَنْ نَافِعٍ أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ كَانَ يَغْتَسِلُ يَوْمَ الْفِطْرِ قَبْلَ أَنْ يَغْدُوَ إِلَى الْمُصَلَّى
Maksudnya: “Daripada Nafi' bahawa Abdullah bin Umar r.a. mandi pada Hari Raya Aidilfitri sebelum pergi ke tempat solat.”
(HR Muwatta’, Isnad Sahih)
3. MEMAKAI PAKAIAN YANG TERBAIK
Imam Syafie menjelaskan dalam kitab al-Umm:
Maksudnya: “Aku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik yang dimilikinya pada hari-hari raya, iaitu pada hari Jumaat, dua hari raya (Aidiladha dan Aidilfitri) dan tempat diadakan majlis (seperti majlis perkahwinan). Dia hendaklah memakai baju yang bersih dan memakai wangi-wangian.”
Ibnu Umar juga pernah memakai pakaian yang terbaik pada dua hari raya.
4. MAKAN SEBELUM SOLAT SUNAT HARI RAYA
Daripada Anas bin Malik r.a. beliau berkata:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَغْدُو يَوْمَ الْفِطْرِ حَتَّى يَأْكُلَ تَمَرَاتٍ
Maksudnya: "Pada Hari Raya Aidilfitri Rasulullah SAW tidak berangkat untuk melaksanakan solat hingga beliau makan beberapa butir kurma."
(HR Bukhari, hadis sahih)
Berdasarkan hadis ini, kita disunatkan untuk makan sebelum melaksanakan solat sunat raya. Hal ini bagi mengelakkan segala andaian bahawa dibenarkan berpuasa pada 1 Syawal.
5. MENUNAIKAN SOLAT SUNAT AIDILFITRI
Daripada Abu Sa'id Al Khudri r.a., ia berkata:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْرُجُ يَوْمَ الْفِطْرِ وَالْأَضْحَى إِلَى الْمُصَلَّى فَأَوَّلُ شَيْءٍ يَبْدَأُ بِهِ الصَّلَاةُ
Maksudnya: "Pada Aidilfitri dan Aidiladha Rasulullah SAW keluar menuju tempat solat (lapangan), dan pertama kali yang beliau kerjakan adalah solat hingga selesai.”
(HR Bukhari, hadis sahih])
6. MENGGUNAKAN JALAN YANG BERLAINAN KETIKA PERGI DAN PULANG DARI MASJID
Daripada Jabir bin 'Abdullah r.a., ia berkata:
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ يَوْمُ عِيدٍ خَالَفَ الطَّرِيقَ
Maksudnya: "Ketika hari raya, Rasulullah SAW mengambil jalan yang berbeza (antara pergi dan kembali ke tempat solat)."
(HR Bukhari, hadis sahih)
7. SALING MENDOAKAN
Ucapan doa:
تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْك
Maksudnya: “Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadah Ramadhan) kami dan kamu.”
Daripada Jubair bin Nufair r.a. Katanya:
كَانَ أَصْحَابُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا اِلْتَقَوْا يَوْمَ الْعِيدِ يَقُولُ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ : تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْك
Maksudnya: “Apabila para sahabat Rasulullah SAW bertemu di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain (Semoga Allah menerima amalan kami dan amalan kamu).”
(Rujukan: Kitab Fathul Bari, sanad hasan)
8. BERGEMBIRA
Daripada Anas r.a., ia berkata:
قَدِمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِينَةَ وَلَهُمْ يَوْمَانِ يَلْعَبُونَ فِيهِمَا فَقَالَ مَا هَذَانِ الْيَوْمَانِ قَالُوا كُنَّا نَلْعَبُ فِيهِمَا فِي الْجَاهِلِيَّةِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ قَدْ أَبْدَلَكُمْ بِهِمَا خَيْرًا مِنْهُمَا يَوْمَ الْأَضْحَى وَيَوْمَ الْفِطْرِ
Maksudnya: "Rasulullah SAW tiba di Madinah, sedangkan penduduknya memiliki dua hari khusus untuk permainan, maka beliau bersabda, "Apakah maksud dari dua hari ini?" mereka menjawab, "Kami biasa mengadakan permainan pada dua hari tersebut semasa masih jahiliah." Maka Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah telah menggantikan untuk kalian yang lebih baik dari kedua hari tersebut, iaitu Hari Raya Aidiladha dan Aidilfitri."
(HR Abu Daud, Isnad Sahih]
As-Son‘ani menjelaskan bahawa hadis ini menjadi dalil bahawa menzahirkan kegembiraan ketika dua hari raya adalah disunatkan dan ia adalah syariat Allah kepada hamba-Nya.
9. MENGERATKAN SILATURAHIM
Daripada Anas bin Malik r.a., ia berkata, aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ سَرَّهُ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِي رِزْقِهِ أَوْ يُنْسَأَ لَهُ فِي أَثَرِهِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ
Maksudnya: "Siapa yang ingin diluaskan rezekinya atau meninggalkan nama sebagai orang baik setelah kematiannya, hendaklah dia menyambung silaturahim."
(HR Bukhari, Sahih)
10. PUASA ENAM
Daripada Abu Ayub al-Ansari r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ
Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian meneruskan dengan enam hari di bulan Syawal sepertinya dia berpuasa selama setahun.”
(HR Muslim, Sahih)
SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahu Akbar.
Mari bersama hiasi Aidilfitri kita dengan mengikuti sunnah-sunnah yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW.
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri buat seluruh Muslimin dan Muslimat.
Semoga Allah memberikan kekuatan buat kita untuk terus istiqamah dalam meneruskan amalan-amalan yang dilakukan pada bulan Ramadhan.
تَقَبَلَ اللّٰهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ
كُلُّ عَامٍِ وَاَنْتُمْ بِخَيْرٍ
Sebagai penutup, s**a untuk saya berkongsi petikan nasihat Ibnu Rejab al-Hanbali untuk sama-sama kita bermuhasabah diri.
لَيْسَ الْعِيدُ لِمَنْ لَبِسَ الْجَدِيدِ *** إِنَّمَا الْعِيدُ لِمَنْ طَاعَاتِهُ تَزِيدُ
Maksudnya: “Bukanlah hari raya itu bagi orang yang memakai baju baru, *** Tetapi hari raya itu adalah bagi orang yang bertambah ketaatannya.”
لَيْسَ الْعِيدُ لِمَنْ تَجَمَّل بِاللِّبَاسِ وَالرُّكُوبِ *** إِنَّمَا الْعِيدُ لِمَنْ غَفَرَتْ لَهُ الذُّنُوبُ
Maksudnya: “Bukanlah hari raya itu bagi orang yang indah pakaian dan kenderaannya, *** Tetapi hari raya itu adalah bagi orang yang telah diampuni kesalahannya."
Rujukan:
1. Sahih Bukhari, Imam Muhammad bin Ismail al-Bukhari.
2. Sahih Muslim, Imam Muslim bin al-Hajjaj al-Naisaburi.
3. Sunan Abi Daud, Imam Abi Daud Sulaiman bin al-Ash'ath as-Sijistani.
4. Fathul Bari bi Syarh Sahih Bukhari, Imam Ahmad bin Ali bin Hajar al-'Asqalani.
5. Fiqh Manhaji 'ala Mazhab al-Imam as-Syafie, Dr. Mustafa Bugha.
Semoga bermanfaat buat semua.
SILAKAN SHARE, KITA BERKONGSI KEBAIKAN DAN GANJARAN PAHALA.
ASMA' BINTI HARUN & TIM PENYELIDIKAN
YA ALLAH, JADIKANLAH KAMI ORANG YANG MENCINTAI AL-QURAN. 🤲
Alhamdulillah, Program Tadarus al-Quran bersama penerima bantuan gerobok prihatin NGO Sahabat Amal Care yang berlansung sepanjang bulan Ramadan ini telah berakhir semalam. ✨
Terima kasih kepada semua tenaga pengajar Akademi Ilmu Sahabat Amal Care yang sentiasa bersemangat membantu dan membimbing bacaan al-Quran peserta yang hadir.
Tahniah kepada semua peserta yang memberikan komitmen yang terbaik. Tidak lupa juga kepada para penyumbang yang sentiasa memberikan sokongan dan kepercayaan kepada kami. Moga hadiah Hari Raya yang diberikan dapat menceriakan hati. ❤️
SELALU PANDANG REMEH DENGAN MUAZZIN (TUKANG AZAN) ?
Jom tengok video dibawah 👇
08/04/2023
SEGALA YANG TERKAIT DENGAN AL-QURAN PASTI AKAN MENJADI SEBAIK-BAIK KEJADIAN 🌷
“Jibril a.s.diutus Allah untuk membawa Al-Quran,maka ia menjadi pemimpin kepada para malaikat sehingga digelar Ruhul Amin. Nabi Muhammad SAW dianugerahkan Al-Quran, maka baginda menjadi pemimpin bagi seluruh manusia serta sebaik-baik nabi dan rasul. Umat Nabi Muhammad SAW diberikan Al-Quran, maka mereka menjadi sebaik-baik umat. Bulan Ramadan diturunkan padanya Al-Quran, maka ia menjadi sebaik-baik bulan. Lailatul Qadr merupakan malam yang diturunkan Al-Quran, maka ia menjadi sebaik-baik malam.”
SubhanAllah, Ramadan merupakan satu-satunya bulan yang disebutkan di dalam al-Quran. Ramadan juga sekali lagi menjadi bulan yang mulia apabila diturunkan al-Quran di dalamnya. Berdasarkan firman Allah SWT:
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِيَ أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ
Maksudnya: “Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.”
(Surah al-Baqarah: 185)
Di dalam Tafsir Ibnu Kathir menyatakan :
“(Dalam ayat ini) Allah SWT memuji bulan puasa -iaitu bulan Ramadan- dibandingkan dengan bulan-bulan yang lain kerana bulan ini telah dipilih oleh Allah untuk diturunkan al-Quran, tidak pada bulan-bulan lain.”
🔹 KEISTIMEWAAN AL-QURAN
Amalan membaca al-Quran serta memahami dan mengamalkan ajarannya sangat dituntut di dalam Islam. Allah SWT menjanjikan pelbagai ganjaran dan kelebihan kepada pembaca kitab Allah ini, dan antara ganjarannya ialah:
1. PUASA DAN AL-QURAN MEMBERI SYAFAAT
Nabi Muhammad SAW bersabda:
الصِّيَامُ وَالْقُرْآنُ يَشْفَعَانِ لِلْعَبْدِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ يَقُولُ الصِّيَامُ أَيْ رَبِّ مَنَعْتُهُ الطَّعَامَ وَالشَّهَوَاتِ بِالنَّهَارِ فَشَفِّعْنِي فِيهِ وَيَقُولُ الْقُرْآنُ مَنَعْتُهُ النَّوْمَ بِاللَّيْلِ فَشَفِّعْنِي فِيهِ قَالَ فَيُشَفَّعَانِ
Maksudnya: “Puasa dan al-Quran kelak pada hari kiamat akan memberi syafaat kepada seorang hamba. Puasa berkata, Duhai Rabb, aku telah menahannya dari makanan dan nafsu syahwat di siang hari, maka izinkahlah aku memberi syafaat kepadanya. Dan al-Quran berkata, aku telah menahannya dari tidur di malam hari, maka izinkanlah aku memberi syafaat kepadanya. Beliau melanjutkan sabdanya: maka mereka berdua (puasa dan al-Quran) pun akhirnya memberi syafaat kepadanya.”
(HR Ahmad, bertaraf hasan)
Di dalam hadis lain yang diriwayatkan daripada Abu Umamah Al-Bahili bahawa Nabi SAW bersabda:
اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِى يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لأَصْحَابِهِ
Maksudnya: “Bacalah al-Quran. Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat kepada pembacanya.”
(HR Muslim, Hadis sahih)
2. MENDAPAT SEPULUH KEBAIKAN
Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
مَن قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ ، وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا ، لَا أَقُوْلُ آلم حَرْفٌ ، وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلَامٌ حَرْفٌ وَمِيْمٌ حَرْفٌ
Maksudnya: “Barangsiapa yang membaca satu huruf di dalam al-Quran maka baginya satu kebaikan dan setiap kebaikan itu digandakan menjadi sepuluh kebaikan yang semisal dengannya. Aku tidak mengatakan “الم” satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf dan Miim satu huruf”.
(HR al-Tirmizi, bertaraf hasan sahih)
3. TETAP MENDAPAT GANJARAN PAHALA WALAUPUN TIDAK LANCAR
Daripada `Aisyah r.a., Rasulullah SAW pernah bersabda:
الْمَاهِرُ بِالْقُرْآنِ مَعَ السَّفَرَةِ الْكِرَامِ الْبَرَرَةِ وَالَّذِي يَقْرَأُ الْقُرْآنَ وَيَتَتَعْتَعُ فِيهِ وَهُوَ عَلَيْهِ شَاقٌّ لَهُ أَجْرَانِ
Maksudnya: “Seorang yang mahir dalam membaca al-Quran akan bersama para malaikat yang mulia dan sentiasa taat kepada Allah dan bagi yang membaca al-Quran namun tersangkut-sangkut dan berasa susah buatnya maka untuknya itu dua ganjaran.”
(HR Muslim, hadis sahih)
4. SEBAIK-BAIK MANUSIA IALAH YANG BELAJAR AL-QURAN DAN MENGAJARKANNYA
Daripada Uthman bin Affan RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ القُرْآنَ وَعَلَّمَهُ
Maksudnya: “Sebaik-baik kamu adalah orang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya”.
(HR Bukhari)
🔹 NAMA-NAMA AL-QURAN
1- AL-KITAB
Al-Kitab dari segi bahasa bermaksud “himpunan”. Oleh itu, dinamakan al-kitab kerana dihimpunkan di dalamnya pelbagai ilmu, kisah dan pengkhabaran.
Firman Allah SWT:
وَهَـٰذَا كِتَابٌ أَنزَلْنَاهُ مُبَارَكٌ فَاتَّبِعُوهُ وَاتَّقُوا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
Maksudnya: “Dan ini sebuah Kitab (al-Quran) yang Kami turunkan, yang ada berkatnya (banyak manfaatnya). Oleh itu, hendaklah kamu menurutnya; dan bertaqwalah (kepada Allah), mudah-mudahan kamu beroleh rahmat.”
(Surah al-An’am: 155)
2- AL-MUSHAF
Di dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah menyatakan al-Mushaf adalah nama yang ditulis padanya kalam Allah SWT.
Firman Allah SWT:
فِي صُحُفٍ مُّكَرَّمَةٍ
Maksudnya: “(Ayat-ayat Suci itu tersimpan) dalam naskhah-naskhah yang dimuliakan.”
(Surah Abasa: 13)
Imam al-Suyuti di dalam kitabnya al-Itqan fi Ulum al-Quran menyatakan, bahawa nama al-Nur ini kerana memberi cahaya petunjuk kepada permasalahan yang tidak jelas dalam hal halal dan haram.
3- AN-NUR
Firman Allah SWT:
يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَكُم بُرْهَانٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَأَنزَلْنَا إِلَيْكُمْ نُورًا مُّبِينًا
Maksudnya: “Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu: Bukti dari Tuhan kamu, dan Kami p**a telah menurunkan kepada kamu (al-Quran sebagai) Nur (cahaya) yang menerangi (segala apa jua yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak).”
(Surah an-Nisa’: 174)
4- AL-FURQAN
Di dalam kitab al-Itqan fi Usul al-Quran Imam al-Suyuti menyatakan bahawa, Ia dinamakan al-Furqan untuk membezakan di antara perkara yang benar dan batil.,
Firman Allah SWT:
تَبَارَكَ الَّذِي نَزَّلَ الْفُرْقَانَ عَلَىٰ عَبْدِهِ لِيَكُونَ لِلْعَالَمِينَ نَذِيرًا
Maksudnya: “Maha berkat Tuhan yang menurunkan Al-Furqan kepada hambaNya (Muhammad), untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh penduduk alam.”
(Surah al-Furqan: 1)
Semoga bermanfaat buat ummah.
SILAKAN SHARE, KITA BERKONGSI KEBAIKAN DAN GANJARAN PAHALA.
ASMA' BINTI HARUN & TIM PENYELIDIKAN
“DAPAT MENGAJI DEKAT TEMPAT USTAZAH ASMA’ HARUN, USTAZ DAN USTAZAH PUN BAIK, ITU YANG MAKCIK S**A TU” 😁
SubhanAllah, Alhamdulillah.
Syukur mendengar maklum balas dari peserta-peserta yang mengikuti Kelas Tadarus Ramadhan Akademi Ilmu Sahabat Amal Care.
Pengajian tadarus secara percuma, ustaz dan ustazah yang mesra dan professional, tempat pengajian yang sangat selesa disediakan buat mereka yang hadir.
Marilah sama-sama kita mempertingkatkan amalan kita di bulan yang mulia ini. 🌙
Semoga dengan segala usaha dan kesungguhan yang diberikan, dapat memperoleh reda dan ganjaran terbaik di sisi-Nya. 🤲
22/03/2023
ALLAHU AKBAR, AKHIRNYA KITA BERTEMU JUA 🤲🏻 AHLAN WASAHLAN YA RAMADAN, BULAN YANG PENUH KEBERKATAN 🌙
Akhirnya penantian kita selama ini bakal berakhir. Bulan Ramadan yang penuh rahmat dan barakah hampir hadir. Maka, bergembiralah jiwa para mukmin yang merindukan bulan ini dan telah membuat persiapan yang terbaik untuk menghidupkannya.
Nabi Muhammad SAW bersabda:
مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
Maksudnya: "Sesiapa yang menghidupkan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran serta keampunan, akan diampunkan buatnya dosa-dosa yang terdahulu."
(HR al-Bukhari, hadis sahih)
Namun begitu, Nabi Muhammad SAW juga telah memberikan amaran bahawa terdapat satu golongan yang bertemu dengan bulan Ramadan tetapi mereka termasuk dalam kalangan orang-orang yang rugi dan akhirnya tidak dimasukkan ke dalam syurga, malahan jauh daripada rahmat Allah SWT.
Daripada Abu Hurairah r.a., beliau berkata:
أنَّ النَّبيَّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم صَعِدَ المِنْبَرَ فَقَالَ آمِيْنَ آمِيْنَ آمِيْنَ قِيْلَ يَا رَسُوْلَ اللهِ إنَّكَ صَعِدْتَ المِنْبَرَ فَقُلْتَ آمِيْنَ آمِيْنَ آمِيْنَ فَقَالَ إنَّ جِبْرِيْلَ عَلَيْهِ السَّلَامُ أَتَانِيْ فَقَالَ مَنْ أَدْرَكَ شَهْرَ رَمَضَانَ فَلَمْ يُغْفَرْ لَهُ فَدَخَلَ النَّارَ فَأَبْعَدَهُ اللَّهُ قُلْ آمِيْنَ فَقُلْتُ آمِيْنَ
Maksudnya: “Ketika Nabi SAW menaiki mimbar, Baginda SAW bersabda: “Amin, Amin, Amin (sebanyak 3 kali)”. Baginda SAW ditanya: “Wahai Rasulullah, apabila engkau menaiki mimbar, engkau telah berkata amin, amin, amin”. Maka Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Jibril a.s. telah datang kepadaku, lalu dia (Jibril) berkata: "Barang siapa yang bertemu dengan bulan Ramadan tetapi tidak diampunkan baginya maka dia akan dimasukkan ke dalam neraka serta dijauhkan (daripada rahmat) oleh Allah SWT. Katakanlah (wahai Muhammad): Amin. Maka aku katakan: Amin.”
(HR Ibnu Hibban, sahih)
Allahuakbar.
Letakkanlah kesungguhan dalam diri untuk menghayati dan menghidupkan Ramadan kali ini seolah-olah kita tidak lagi bertemunya pada masa akan datang.
LAFAZ NIAT PUASA DI BULAN RAMADAN
Di sisi jumhur fuqaha termasuklah mazhab al-Syafi'ie, niat bagi puasa Ramadan hendaklah dilakukan pada setiap hari pada waktu malam atau sebelum masuk waktu Subuh. Hal ini kerana setiap hari dalam Ramadan dikira berasingan.
Diriwayatkan oleh Saidatina Hafsah r.a.:
مَنْ لَمْ يُجْمِعْ الصِّيَامَ قَبْلَ الْفَجْرِ فَلَا صِيَامَ لَهُ
Maksudnya: “Barang siapa yang belum berniat untuk berpuasa sebelum fajar, maka tidak ada (tidak sah) puasa baginya.”
Adapun, sebagai langkah keselamatan kerana dikhuatiri terlupa untuk perbaharui niat setiap malam di bulan Ramadan, kita dibolehkan untuk terus berniat puasa sebulan setelah masuknya bulan Ramadan.
1. Lafaz Niat Puasa Harian di Bulan Ramadan.
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ شَهْرِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Maksudnya: “Sahaja aku berpuasa esok hari pada bulan Ramadan tahun ini kerana Allah Ta’ala.”
2. Lafaz Niat Puasa Sebulan di Bulan Ramadan.
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كُلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Maksudnya: “Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadan kerana Allah Ta’ala.”
Semoga Allah merezekikan buat diri kita, keluarga kita serta umat Islam di seluruh dunia akan kesihatan serta kesejahteraan yang baik dalam menempuhi bulan Ramadan yang kita rindukan ini.
Ahlan wasahlan, ya Ramadan. 
--------------------------------
Untuk memiliki PLANNER RAMADAN EKSKLUSIF BY USTAZAH ASMA’ HARUN, boleh klik link berikut:
🌷http://bit.ly/3ZdJC1e
SILAKAN SHARE, KITA BERKONGSI KEBAIKAN DAN GANJARAN PAHALA. 
ASMA' BINTI HARUN & TIM PENYELIDIKAN
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Telephone
Address
103A-G, Jalan BPS 6, Bandar Prima Senawang
Seremban
70450