Pusat Tuisyen Khalifah Intelek Muda Senawang

Pusat Tuisyen Khalifah Intelek Muda Senawang

Share

PTKIM beroperasi di D'Cattleya Senawang menawarkan khidmat tuisyen sekolah rendah dan menengah.

05/10/2025

Bengkel Matematik SPM PTKIM bagi pelajar Tingkatan 5.
Kami buka juga kepada pelajar Tingkatan 4 sebagai pendedahan awal kepada mereka.

Perkongsian oleh Sir Azzim, seorang tutor berpengalaman dan banyak membantu calon SPM khususnya dalam subjek Matematik.

Masih ada masa lagi calon SPM 2025 untuk berusaha memperbaiki kelemahan.

ANDA USAHA, ANDA BERJAYA!💪🏻

28/09/2025

✨ BENGKEL MATEMATIK SPM 2025 ✨
📅 Tarikh: 5 Oktober 2025 (Ahad)
⏰ Masa: 8:30 pagi – 12:30 tengah hari
📍 Tempat: Pusat Tuisyen Khalifah Intelek Muda, D'Cattleya Senawang.

🔢 Matematik sering jadi cabaran utama pelajar SPM… tapi dengan teknik yang betul, ia boleh jadi subjek paling menyeronokkan!

Dalam bengkel ini, calon SPM 2025 akan:
✅ Menguasai teknik cepat & tepat menjawab soalan peperiksaan
✅ Mendapat tip & strategi “killer” untuk Skor yang tinggi
✅ Memahami topik penting yang sering keluar dalam SPM
✅ Menambah keyakinan menghadapi kertas peperiksaan sebenar

🌟 Kenapa perlu sertai?
Bengkel ini khas untuk membantu calon SPM membuat persediaan mantap, mengurangkan stres, dan meningkatkan prestasi Matematik sebelum peperiksaan sebenar tiba!

💢 Tempat adalah TERHAD!

28/09/2025

Alhamdulillah.

Selesai sudah Bengkel Algebra PTKIM hari ini.

Istimewanya bengkel hari ini adalah pelajar didedahkan dengan soalan-soalan Percubaan SPM dan SPM yang sebenar berkaitan dengan Algebra.

Bila asas Algebra kuat, pastinya mereka lebih yakin untuk menjawab soalan.


31/08/2025
TikTok · PT Khalifah intelek Muda 26/08/2025

Di PTKIM, kami amat menggalakkan pelajar supaya menghafal sifir.

Bila dah hafal sifir, mudah untuk mereka menyelesaikan soalan matematik yang berkaitan dengan sifir.

Jom kita tengok adik A'fifah baca sifir.

TikTok · PT Khalifah intelek Muda Check out PT Khalifah intelek Muda’s video.

24/08/2025

Esok adalah permulaan kepada satu perjalanan penting — peperiksaan percubaan SPM. Walaupun ini hanyalah “percubaan”, anggaplah ia sebagai peluang untuk menguji kekuatan diri, mengukur usaha, dan mengenal kelemahan untuk diperbaiki sebelum hari sebenar tiba.

Ingat, kejayaan bukan hanya milik yang bijak, tapi milik mereka yang tidak pernah berputus asa. Jangan takut salah, jangan gentar gagal — yang penting, terus mencuba dengan sehabis baik.

Semoga Allah SWT mempermudahkan urusan, melapangkan fikiran, dan memberi ilham semasa menjawab nanti.

*Good luck and give your best!*

ANDA USAHA, ANDA BERJAYA!💪🏻

17/08/2025

Bengkel Matematik Tahun 4, 5 & 6 hari ini:
➡️Pecahan
➡️Penyelesaian Masalah

Kami usaha, ibu ayah usaha, anak-anak juga berusaha.

Usaha anak-anak itu paling sukar sekiranya tiada sokongan di sekeliling mereka atau mereka tidak mahu berubah.

Jom ke PTKIM..💪🏻

22/07/2025

Admin kongsikan bacaan indeks kualiti udara pada hari ini 22 Julai 2025 jam 9.10 pagi

Berhati-hati terutamanya kepada warga bandar raya Seremban. Admin nak pesan sesuatu:-
✅️Pastikan pakai pelitup muka jika perlu keluar ;
✅️Sentiasa minum air kosong secukupnya ;
✅️ Kerap mencuci tangan, muka dan mandi ;
✅️ Kurangkan aktiviti di luar.
✅️ Dan lain-lain tips yang admin kongsikan semalam.

Sekiranya mengalami gejala tidak sihat, segera dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran bagi memastikan anda kekal sihat semasa jerebu.

Untuk bacaan indeks kualiti udara terkini boleh klik pautan : apims.doe.gov.my







21/07/2025

Kelas Asas Matematik Tahap 1.

Pelbagai aktiviti kami di PTKIM adakan untuk menarik minat anak-anak dalam Matematik.

Tidak hanya membuat latihan di lembaran kerja, aktiviti hands-on seperti ini mampu membuatkan pelajar lebih seronok dengan Matematik.

Matematik susah?
Benar!
Memang susah jika anak tak kuasai asasnya.


Want your school to be the top-listed School/college in Seremban?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


Jalan Cattleya
Seremban
70450